The Worst Nightmare

163 9 3
                                    

Nice to meet you, where you been?
I could show you incredible things
Magic, madness, heaven, sin
Saw you there and I thought
"Oh, my God, look at that face"
"You look like my next mistake"
Love's a game, wanna play? Ay

Melodi lagu 'Blank space' nyanyian Taylor swift bergema disegenap ruangan ruang tamu. Anas duduk santai sambil kakinya disilangkan diatas meja. Kepalanya disandarkan di sofa sambil tangan dihayun hayunkan mengikut rentak muzik itu. Minatnya pada Taylor swift sudah mekar sejak dia berumur 17 tahun lagi. Masih ingat lagi dia dengan lagu yang berjudul 'You belong with me' yang pernah hit suatu ketika dahulu sekaligus menjadi antara lagu kesukaannya dan meletakkan Taylor swift sebagai penyanyi nombor satu dihatinya.

Terasa sangat selesa dia kala itu. Duduk disofa empuk dan menghayati lirik lagu penyanyi kesayangannya sambil menikmati keindahan dihadapan mata. Sekujur tubuh Amy seperti orang sedang lena tidur di sofa panjang itu diperhatinya dari jauh. Baju tidur Amy yang terselak sedikit menampakkan kulit perutnya yang putih merah membuahkan senyuman dibibir Anas.

"Sexy!" Ucap Anas sepatah.

Dia mengerling jam didinding. Sudah pukul 2.30 minit pagi tapi Amy masih tidak sedarkan diri lagi. Satu keluhan keluar dari mulut Anas. Apa? Kuat sangat ke aku ketuk kepala dia tadi? Sampai dah dekat satu jam tak bangun bangun lagi perempuan ni. Haih.. boring la kalau macam ni. Rungutnya dalam hati.

Dalam kebosanan, Anas kembali memejam mata sambil menghayati lirik lagu.

"Boys only want love if it's torture
Don't say I didn't say, I didn't warn ya.."

Dia turut menyanyikan lagu itu bersama sama penyanyinya. Dalam dia sedang seronok menyanyi, tiba tiba dia perasan pergerakan daripada Amy.

"Aauh!" Bunyi Amy mengaduh kesakitan.

Amy akhirnya tersedar selepas sekian lama tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja membuka mata, telinganya terdengar melodi lagu yang tidak asing bagi dirinya. Siapa pulak yang pasang lagu malam malam buta ni? Dia cuba untuk bangun namun belakang kepalanya terasa berdenyut. Dia menggosok gosok belakang kepalanya dengan harapan agar dapat menghilangkan kesakitan itu.

"Are you up?"

Tiba tiba dia terdengar suara seseorang bertanya. Inas? Lantas dia menoleh dan melihat Syafinas sedang duduk di sebuah sofa dengan gaya yang sangat asing. Dahinya mula berkerut.

"Nas, kau buat apa dekat situ?"

Anas menjongkit kedua bahunya.

"Tak buat apa apa." Katanya bersahaja.

Amy memerhati sekeliling. Tiba tiba dia teringat kejadian tadi. Dengan pantas dia bangun dan menuju ke tingkap villa. Langsir diselak dan matanya memerhati luar villa. Pelik dengan tindakan Amy itu, Anas terus menyoal.

"What the bloody hell are you doing?"

"Tadi ada orang cuba nak ceroboh masuk villa."

"Ye ke?"

Anas pergi ke tingkap tempat Amy berdiri. Dengan dahi yang masih berkerut, dia turut memerhati kawasan luar villa.

"I don't see anyone."

"Ada! Aku fikir sorang je tadi. Tak tau pula ada dua orang. Haihsy.. kalau aku tau, memang aku cari sorang lagi tu!" Gumam Amy geram.

Amy melepaskan keluhan. Kepala digeleng geleng kecil mengutuk kebodohan diri. Tiba tiba dia merasakan tubuhnya dihimpit dari belakang. Amy terdorong kedepan dan tubuhnya tersepit diantara tingkap dengan 'Syafinas'. Tidak semena mena nafasnya tersekat dikerongkong. Terhenti segala perbuatannya sebentar tadi. Amy memejamkan matanya menikmati pelukan wanita dibelakangnya. Ya, pelukan itu yang amat dinanti nantikan dan dirinduinya. Pelukan si 'dia'. Bukan Sara, bukan Alia, tapi Inas. Ya, Inas. Amy terlupa tentang penceroboh misteri tadi buat seketika.

Possible 2Where stories live. Discover now