The Night At The Club

262 8 0
                                    

Malam itu, jam menunjukkan pukul 1.15 pagi. Seorang lelaki separuh abad yang bertubuh gempal serta berkemeja biru tua sedang asyik menari didampingi dua orang wanita di sampingnya. Masing masing berpakaian sexy dah macam tak cukup kain. Terkadang dipeluknya pinggang salah seorang wanita sexy itu. Seorang lagi wanita menyuakan botol alkohol ke mulutnya. Kemudian, mereka kembali menari di dancefloor.

Dari kejauhan, seorang wanita berambut purple tersenyum sinis sambil melihat gambar di skrin hand phone kemudian diperhatikan lelaki tua tadi. 'Target dah ada depan mata, tunggu apa lagi?' Desis hatinya. Ditutupnya hand phone itu dan disimpannya ke dalam beg tangannya yang bewarna merah. Dia bangkit dan berlajan secara menggoda ke arah lelaki tua itu.

"Tan Sri Rahman?" Soalnya dengan lenggok yang sangat menggoda.

Sebaik mendengar namanya disebut, Tan Sri Rahman mengukir senyuman sebelum menjawab.

"Who is this if it's not me?" Suara garaunya berkata dengan selembut mungkin.

"Someone sent me, he said it's your birthday.."

"Ouh, really..? Emm let me guess, it's Dato' Faruk, right? I know he would send me a special gift. He is such a good friend." Katanya sambil tersenyum senang.

"Wow! You know what? You're a quicker guess." Jawab wanita itu sambil tersenyum.

Tan Sri Rahman menghampiri wanita berambut purple itu dan cuba menyentuh lengan putih gebu wanita itu yang jelas terdedah. Baju yang dipakai wanita itu hanya menutupi bahagian buah dada dan terbelah di bahagian kaki. Sengaja dipilihnya baju seperti itu pada malam itu kerana akan lebih memudahkan 'kerjanya' nanti. Sewaktu Tan Sri itu mula meraba raba bahagian belakang badannya, wanita itu sengaja merapatkan tubuhnya sehingga menempel ke badan Tan Sri itu. Habis tersekat sekat nafas Tan Sri itu menahan gelora nafsu.

Baru sahaja Tan Sri Rahman ingin memeluk tubuh langsing itu, tiba tiba wanita itu melepaskan badannya secara pantas membuatkan sang lelaki tua menjadi terkejut dengan tindakan tidak terduga itu. Tan Sri Rahman tergelak kecil cuba untuk menghilangkan kegusaran di dalam hati. Seperti tau tau sahaja bahawa dia cepat turn on dengan sikap dominan wanita pada dirinya. Tali leher yang dipakai elok dilehernya ditarik wanita itu. Si Tan Sri yang sudah dikuasai nafsu hanya mengikut seperti lembu dicucuk hidung.

***

Dalam masa yang sama, Fira dan Zetty baru sahaja masuk ke club itu. Mereka bergelak ketawa sambil bergosip tentang pasangan kekasih yang baru sahaja mereka terserempak sedang berhubungan seks di dalam kereta tadi.

"Eeww, weh! Ni mata aku ni, rasa nak cuci je kau tau? Eeyh tak kuasa aku nak menegurnya. Kau tu asal tak tegur?" Soal Fira sambil membuat muka loya.

"Dah kenapa pulak aku nak kena tegur? Eh tak ada kerjanya aku. Yang diorang pun satu, kot ya pon kalau dah tak tahan sangat, get a room please.. Apa punya perangai la buat dalam kereta." Kutuk Zetty.

"Tapi kan beb kau perasan something tak?" Soal Fira memandang Zetty.

"Apa dia?"

"Bukan haritu kita nampak perempuan tu dengan laki lain. Tak silap aku boyfriend dia kot."

"Auch! Kau nak cakap yang tadi kita nampak tu, scandal dia ke? Awww lagi la aku tak berani aku nak menegurnya nak.." Lagi sekali Zetty membuat reaksi geli geli.

Mereka berdua ketawa.

"Fie, jom gi sana. Aku rasa nak minum la malam ni." Ajak Zetty.

"Let's go!" Jawab Fira ringkas.

***

Wanita itu membawanya sehingga ke tandas lelaki. Seorang lelaki keluar dari dalam salah satu toilet dan hanya tersenyum melihat mereka berdua.

Possible 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora