Find The Answer

142 8 0
                                    

"You!" Kata Zetty bersama jari telunjuk tepat ke wajah Sara

"Who are you?" Soal Sara serius.

Suasana sepi seketika. Ketiga tiga pasang mata bertembung antara satu sama lain.

"Hey, Zyy.. Kenalkan ni Sara. Sara, ni Zetty." Ujar Fira memecah kejanggalan.

Sara dan Zetty bersalaman. Dimata Fira kedua wanita dihadapannya seperti musuh yang terpaksa berbaik.

"So, you the popular girl aren't you, huh?" Soal Zetty memandang tepat dalam mata Sara.

"Sorry?" Soal Sara dengan wajah terkejut.

"After you two kiss last night, I dengar diorang gossip pasal girl yang my best friend kiss. And it turns out to be you, Sara. One of the most popular girl in this bar. You know, even kita pernah jumpa face to face malam tu, I barely even recognise you. Tapi tu la, tak sangka harini kita jumpa empat mata sekali lagi ye?" Zetty memerhati setiap inci wajah Sara bersama senyuman senget dibibirnya.

"Wait, how can you be one of the most popular girls in this bar kalau yang cakap tadi you jarang ada kat sini?" Soal Fira penuh keterujaan.

Sara membiarkan soalan itu tergantung. Dia mengeluh sebelum botol wine tadi diambil semula lalu sisanya yang tinggal sedikit ditonggang sehingga habis. Fira dan Zetty memerhati tingkah laku Sara. Sesekali mereka berpandangan antara satu sama lain. Semakin mencanak keterujaan Fira untuk mengenali gadis dihadapannya dengan lebih dalam. Sedang Zetty, api cemburu membara dalam hatinya saat melihat keterujaan Fira terhadap gadis yang dirasakan baru dikenalinya itu.

"Mungkin I selalu datang sini. Tapi bukan I." Kata Sara memandang Fira. "And you, nice to meet you too, dear Zetty. You know what? I don't know I am that popular. Well, who cares?" Katanya kepada Zetty pula.

Malas melayan dua orang ini lama lama, Sara bangkit untuk beredar. Terasa rimas pula dia duduk disitu lama lama. Sebelum berjalan sempat dia mengambil purse merah ditangan Fira.

"This is mine, right? I'm taking it!" Katanya sambil merampas purse itu dan terus berjalan dengan langkah terhuyung hayang.

"You nak pergi mana tu!? I tanya you soalan. Jawab la dulu." Suara Fira sedikit kuat.

Tangannya spontan memegang lengan Sara menahannya daripada pergi namun Sara dengan kasarnya merentap lengannya kembali.

"Lepas! Jangan pegang la! Get your dirty hands off me!!!" Jeritnya lantang.

Fira terpana manakala Zetty sedikit terlompat terkejut dengan jeritan Sara itu. Mulutnya ternganga memandang sahabatnya yang baru ditengking oleh wanita yang dirasainya baru sahaja dikenali itu. Gila perempuan ni! Pergi jerit macam tu dekat Fie. Aku yang housemate dia aka best friend dia ni tak berani nak tengking dia macam tu. Berdebar hebat jantungnya melihat reaksi muka Fira yang mula bertukar serius itu. There you go!

Fira memandang tepat dalam mata Sara. Dilihatnya anak mata itu merah menahan amarah. Timbul persoalan dikepalanya saat itu. Dalam masa yang sama, egonya benar benar tercalar dengan tindakan kasar Sara itu. Perlahan lahan mimik mukanya bertukar menjadi beku. Seumur hidupnya tidak pernah ada orang yang berani menengking dia sebegitu rupa. Walaupun Riz yang panas baran tu pon tak pernah tengking dia depan depan. Mulutnya ingin membalas namun otaknya melarang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melepaskan wanita dihadapannya itu.

"Sorry." Ucapnya sepatah.

Sara tidak memberi sebarang respon. Dia kembali meneruskan langkah menuju ke pintu keluar. Pemergian itu hanya dihantar oleh pandangan mata Fira sahaja. Dalam hatinya saat itu bercampur baur. Dia sendiri tidak pasti kenapa. Yang pasti dia merasakan sesuatu. This girl really are something!

Possible 2Where stories live. Discover now