1: DIA MISTERI

453 35 4
                                    

Aldean semak file kerja sebelum menurunkan tandatangan lalu ditolak tepi. Badan disandarkan ke belakang melepaskan lelah. 

"Tuan Dean,  fikir apa tu?"

"Kau tak payah nak tuan sangatlah, Han."

Lelaki itu tergelak di tepi pintu. "Macam mana semalam?" Han tarik kerusi dan duduk depan Aldean. 

Aldean mengeluh. "Apa kurangnya aku ni? Dahlah hensem. Duit  berkepuk, rumah besar, kereta mewah, syarikat aku pun besar. Apa lagi tak cukup?"

"Arin rejected kau lagi?" Han mengeleng kepala. 

"Itu yang aku tak puas hati." Aldean meraup wajah.

"Aku rasa dia dah ada lelaki lain ni." bisik Han. Aldean memandang Arin yang lalu di depan biliknya. 

Aldean menongkat dagu. Kening terjongket ke atas. Panas pula telinga ni dengar. "Kau tengah tak ada kerja ke? Atau nak aku tambah kerja kau?" katanya serius.

"Alah aku nak sembang sekejap pun tak boleh."

"Tak boleh. Aku tak ada mood. Macam ni la, malam kita lepak tempat biasa aku cerita."

"Baik boss!"

Hari kian melarut malam.  Kesibukan bandar semakin surut. Jalan raya semakin lengang. Mujur besok hari minggu. Boleh dia bermalas malasan besok. Tak lama kemudian, langit malam memuntahkan air hujan dengan lebat.

Aldean memperlahankan kenderaan apabila ada sesuatu menghalang tengah-tengah jalan.  Semakin dia dekat semakin dia jelas melihat sekumpulan serigala mengerumuni seekor serigala berbulu coklat.

Kehadiran Aldean tidak mencuri perhatian sekumpulan serigala itu malah terus menerus mengasak serigala tersebut.  Aldean mengerut dahi dan rasa pelik.  Sekumpulan serigala itu tak hirau kehadiran Aldean pun.

Dia memanjangkan leher. Timbul rasa kesian bila dia tengok serigala coklat itu dikerjakan sampai tak terdaya.

Aldean menghentak tangan pada stereng. Bunyi hon bergema panjang sampailah sekumpulan serigala itu mengelupur melarikan diri. 

Dia keluar dari kereta.  Dia berjalan menghampiri tanpa rasa takut padahal dalam hati mengeletar jiwa. Semakin dia dekat semakin dia pelik melihat perubahan serigala coklat itu.

"M-manusia? Bukan ke tadi ...." Aldean pandang kiri dan kanan.  Hanya dia sorang di situ. 

Hujan semakin lebat.  Mungkin perasaan dia je. Aldean menyimpulkan sekumpulan serigala itu mungkin lapar dan menyerang gadis itu. 

Mata digosok sebelum melurut ke bawah. Seorang gadis berambut coklat baring tertiarap dalam keadaan lemah. Pakaiannya koyak rabak dan dipenuhi kesan luka serta lebam.

Dia tak ada pilihan lain lalu mengendong gadis itu dan dibawa masuk ke dalam kereta.  Tak akan dia nak tinggalkan gadis itu terbaring dekat situ pula kan?

Aldean merempuh masuk biliknya lalu merebahkan gadis itu atas katil bersaiz king. Kepala digaru sambil mundar-mandir. Dia tak tahu nak buat apa sebenarnya. Ni pertama kali dia bawa perempuan balik rumah dia jadi buntu. Padahal dulu dia dah biasa bawa balik perempuan. 

Almari dibuka besar. Pakaian diselongkar habis. Akhir sekali dia ambil tshirt putih dan track suit hitam.  Sekali lagi dia jadi buntu. Sama ada dia nak tukarkan pakaian ke tak. Orang gaji pula kerja siang je. Jadi malam memang Aldean duduk sorang. 

Air liur ditelan. Dadanya bergelora seakan air lautan ditimpa badai.  Jantungnya berdetak laju. Bajunya digenggam.  Entah kenapa dia jadi begini. Bukannya tak biasa tengok badan perempuan sebelum ni. Pernah malah berkali-kali merasainya. Mungkin dah lama dia tak buat sebab sibuk kan diri dengan kerja. 

"Aku mintak maaf! Aku terpaksa!" katanya sebelum menanggalkan pakaian.

Keesokan pagi Aldean terlajak tidur sampai matahari menegak atas kepala. Apa yang mengejutkannya adalah bunyi kaca pecah dari biliknya. Ya,  dia tidur bilik berasingan.  Tak akanlah dia nak tidur sebilik dengan gadis itu pula. Dia tak akan meniduri perempuan melainkan perempuan itu sendiri menyerahkan badannya kepada Aldean. Dia tak pernah paksa pun.

Aldean mengeliatkan badan. Selimut ditolak tepi dan bangun menuju ke biliknya. Mahu menjengah keadaan gadis itu. Buka saja pintu biji mata Aldean hampir tersembul keluar. 

Sumpah! Biliknya macam tongkang pecah!  Cermin besar dalam biliknya habis pecah berderai atas lantai. Cadar koyak rabak dan terdapat beberapa cakaran di atas katil sampai isinya terkeluar. Mata Aldean melilau mencari bayangan si gadis.  

Bunyi cakaran dan menggeram. Aldean paling ke almari lalu anak mata naik ke atas.  Gadis itu duduk di atas almari sambil menggeram. Matanya tajam mahu menerkam Aldean yang sedang tergangga. 

"Oh maigad! " jerit Aldean seperti suara perempuan. Panik!

Dia mencapai bantal lalu dihalakan ke depan sebagai perisai pertahanan. Dahi penuh berpeluh. Kaki menggeletar menanti rebah.

"Meh sini! Aku tak takut pon!" cabar Aldean acah berani. Siapa je yang tak takut weh kalau berdepan orang liar persis serigala. Lagi-lagi memang betul-betul depan mata macam ni! Tempah kubur tau tak!

Gadis itu menyeringai menunjukkan gigi taring sebelum melompat turun dari almari.  Aldean yang ketakutan terus menghayunkan perisainya sekuat hati!

Bagaikan nangka busuk jatuh ke tanah,  gadis itu baring terlentang tidak sedarkan diri. Aldean campak bantal ke tepi.

"Gila! Mati aku kalau macam ni." katanya seraya menghela nafas. Sekali lagi Aldean terkebil-kebil memandang bilik. Tiba-tiba rasa menyesal sebab bawak gadis itu balik.

Ini baru satu hari. Belum lagi besok atau lusa dan seterusnya.  Boleh runtuh rumah agam dia ni!

Aldean tarik tangan gadis itu lalu mengendong untuk bawa ke bilik lain. Dia mendiamkan diri, merasai sensasi panas tubuh si gadis. Kulitnya muka yang halus merembeskan darah. Mungkin terkena kaca.

Letak saja atas tilam,  Aldean perasan Tshirt putih mencorak darah merah.  Nampaknya luka yang dia balut semalam dah terbuka.

"IRIS macam mana?" tanya Aldean apabila wanita berpakaian doktor keluar dari bilik.

"Cuma demam biasa. Luka semua aku dah cuci dan balut."

"Terima kasih, Iris."

"Dean, mana kau dapat perempuan ni?"

"Aku jumpa dia tengah jalan malam tadi. Nak biarkan aku tak sampai hati. Dengan hujan lebat lagi. Tak akanlah aku nak biarkan macam tu?"

Iris bercekak pinggang. Keningnya terjungkit naik atas. "Yeke? Kenapa tak terus bawa hospital?"

"Bukan tak nak bawak. Sebab aku tak tahu siapa dia. Dengan tak ada kad identiti mana boleh."

Iris menjuih bibir. "Betul jugak.  Apa kata kau bawak pergi balai polis. Mana tahu keluarga dia ada buat report hilang."

"Nantilah aku bawak."

" Jangan nanti ... Kau mana boleh percaya. Silap-silap kau yang makan dia." sindir Iris. Pedih betul ayat Iris.

Aldean silang tangan ke dada. " Itu dulu. Aku tak buat apa-apa pun lah." katanya geram.

Iris tergelak kecil. Bahu Aldean ditampar kuat. "Aku bergurau je. Okay,  kalau ada apa-apa panggil je aku. Jangan lupa bagi dia ubat."

Aldean mengangguk perlahan. Dia bersandar pada pintu. Otaknya tak henti-henti berfikir. Betul ke apa yang dia buat ni? Bawa balik gadis itu dan tinggal dengan dia? Masalahnya gadis itu tak ada kad identiti. Memang tak ada langsung!

Mulanya disangka serigala rupa-rupanya manusia sebab itu dia bawa balik. Tapi dia yakin malam tadi dia nampak serigala sebelum berubah jadi gadis ini. Apa pun Aldean kena tunggu gadis itu bangun dulu baru dia akan tahu cerita sebenar!


Hi! Ini cerita baru saya, harap korang suka❤️ btw terima kasih korang sudi baca cerita ni!

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now