2. BILIK PUAKA

201 26 5
                                    

Aldean pandang dia dan dia pandang Aldean.  Mata bertentang mata.  Dari mata turun ke hati Aldean. Bukan jatuh hati tapi hati dan jantung dia nak terlompat keluar dah ni!

Aldean meneguk air liur. Mata perempuan itu tak lepas dari memandangnya. Tajam macam nak terkam. Nampak lapar macam kebulur.  Atau pandang macam musuh yang dah berdendam bertahun-tahun! 

Terlompat ke belakang Aldean dibuatnya bila  gadis itu menyeringai tunjuk gigi taring.  Tangannya dah pegang tombol pintu. Bersiap siaga untuk cabut lari!

"Hey  ... Erm, tak ada guna aku cakap dengan kau kalau macam ni."

Betul. Memang tak ada guna. Macam bercakap dengan kucing! Bila ditanya meow, meow dan meow!  Cuma perempuan ini balas dengan menyeringai dari tadi.

Ting Tong!

"Ah,  ni mesti makanan kau dah sampai. Aku tahu kau mesti lapar kan?"

Cepat-cepat Aldean berlari keluar dari bilik bila kata-katanya dibalas cakaran pada tilam.  Auto bilik ni jadi bilik paling seram dekat rumah dia.  Mana taknya, lalu depan bilik pun dah seram sejuk apatah lagi bila masuk! Hati tak kental janganlah masuk.

"Opochott!" terkejut beruk dia bila buka je pintu perempuan itu dah tercongok depan pintu seperti menanti Aldean.

Plastik berlogo MEKDI dipegang kemas. Perempuan itu hanya tengok dengan hidung kembang kempis. Dia berlari kejar lalu mencium-cium plastik Mekdi. 

"Aku tahu kau lapar. Sebab tu aku order ayam goreng Mekdi ni. Harap cukuplah untuk kau." perempuan itu hanya kejar dari belakang. Aldean duduk hujung katil.

Letak je plastik itu atas katil,  terus  bungkusan itu dirobek. Ayam goreng digigit. Lagaknya seperti anjing.

"Kau tak boleh bercakap ke?"

Dia pandang Aldean. Kunyahan terhenti. Antara faham dan tak faham. Itu je. Tapi dari pandangan mata coklat cair tu macam dia faham apa yang Aldean cakap.

Hampa.

Ingatkan nak bercakap tapi dia sambung makan balik. Ingat bolehlah borak-borak tanya asal usul ke. Begitu gelojoh makan sampai Aldean pandang dengan muka jijik. Habis makan dicampaknya tulang merata tempat. Baju putih Aldean tak payah cakap habis comot.

Aldean terus bangun dan keluar dari bilik. Terasa sesak dia bila duduk lama-lama dalam bilik tu. 

"HAN,  kau kena tolong aku."

Aldean datang terus duduk depan Han. Terkejut lelaki itu sampai tertumpah air coffe atas meja. Nasib baik tak kena kertas kerjanya.

"Datang terus je sergah, apa kau ni!" Han angkat muka. Pandang Aldean yang bermata macam tak cukup tidur.  Serabut sikit tak macam selalu nampak kemas.

"Apahal kau ni? Tahulah Arin rejected kau tapi janganlah sampai macam ni. Baru sorang  rejected dah meroyan. Berlambak lagi la perempuan dekat luar sana."  katanya lagi.

"Heii, aku tampar juga kau ni. Mengeleset tepi dinding kejap lagi."

"Okay ... Maaf. Kalau bukan sebab tu kenapa kau macam tak cukup tidur je ni? Kau buat apa malam tadi." Kening Han terangkat sebelah.

"Aku cakap mesti kau tak percaya."

"Kau tak cakap lagi macam mana aku nak percaya." Han tepuk dahi.

"Sebenarnya aku ada bawa balik perempuan ni tau.  Tapi peliknya masa aku nampak dia mula-mula tu ... dia ...."

Aldean berhenti sejenak. Nak bagitahu Han ke tak? Kalau dia bagitahu mesti Han tak percaya.

"Kenapa dengan dia, Dean?" Han menanti.

"Serigala?"

"Hah?"

"Serigala macam dalam movie The Warewolf yang baru keluar tu." terangnya bila tengok Han bermuka blur. 

"Apa jadah kau merepek ni?" Han terus gelak besar. Aldean diam memerhati. Tak guna punya kawan. Memang dia sudah agak itu reaksi Han bila dengar.

"Hmm ... aku dah agak dah." balas Aldean sedih.  Dia bangun mahu berlalu pergi.

"Dean! Aku bukan tak nak percaya tapi cerita kau ni macam cerita fantasi! Terlampau mengarut!"

Han tergelak besar sambil menekan perut. Tangannya sampai menghentak-hentak meja. Sakit hati Aldean tengok.

"Kau tunggu kejap lagi kerja berlambak aku bagi. "

"Ah, kejap. Jangan macam tu Dean!"

Aldean menghempas pintu tanda geram.

Kereta Aldean masuk perkarangan rumah lalu masuk ke lot parking yang kosong.  Dia membawa keluar bungkusan plastik ayam goreng Mekdi baru dibeli. Ya, untuk perempuan tu.

"Dean, akak nak tanya bilik tingkat 2 hujung sekali tu dari pagi lagi asyik bising. Akak takut nak buka." adu  Maria orang gaji.  Risau. 

"Bunyi bising macam mana kak?" Aldean melonggarkan tali leher.

"Macam-macam."

"Tak apa biar saya tengok. Akak jom ikut saya."

Aldean berjalan diikuti Maria dari belakang. Maria memandang bungkusan di tangan.

"Eh, akak dah masak untuk makan malam tadi tapi kenapa beli Mekdi? Dean teringin nak makan Mekdi ke?"

"Oh,  bukan saya nak makan. Tapi untuk orang yang ada dalam bilik ni." Aldean menekan digit pada monitor di tepi pintu. Bilik itu yang bising tiba-tiba senyap bila dia sampai. Tahu pula senyap.

Baru jejak satu kaki perempuan itu dah sergah. Terlompat Aldean ke sisi sebab terkejut. Nak serang Aldean tapi tak jadi. Perhatiannya ditarik oleh ayam goreng Mekdi.

Perempuan itu terpusing-pusing mengelilingi Aldean. Mahukan ayam goreng. Maria hanya duduk tepi pintu. Takut.

"Kak Maria sini masuk." panggil Aldean mesra.

Maria mengeleng laju. Tak mahu masuk. Cukup dekat depan pintu je. Apa-apa jadi boleh cabut lari terus!

"Siapa dia ni?" mata membulat tengok bilik yang macam tongkang pecah. Dengan isi bantal berterabur atas lantai. Cadar koyak, dinding penuh dengan cakaran. Pintu almari pun sampai tertanggal!

Aldean mengeluh. "Saya jumpa dia. Saya kesian sebab tu saya bawak balik."

"Kenapa tak bawa dia pergi balai polis?"

"Bukan tak nak bawa tapi dia tak ada kad identiti."

Itu satu peraturan. Setiap orang akan bawa kad identiti ke mana sahaja mereka pergi. Tanpa kad identiti mereka tak boleh pergi ke mana-mana termasuk hospital, balai polis, kedai atau mall. Maria angguk setuju.

"Saya terpaksa kurung dia dalam bilik sebab tak nak dia jadi liar." Aldean letak bungkusan itu sebelum keluar dari bilik dan tutup pintu.

"Tak apa ke kalau kurung macam ni?"

Aldean mengeluh. "Entahlah ... Kita tengok dalam dua atau tiga hari nanti macam mana."

"Okay, kalau macam itu akak balik dulu ye."

Aldean angguk perlahan. Dia pergi ke biliknya untuk membersihkan diri. Kemudian dia turun untuk makan malam yang lauk Maria dah masak.

Dia lalu je bilik perempuan itu, suara lolongan serigala bergema. Automatik bulu roma mencacak naik. Seram sejuk Aldean.

"Ah,  sudah.  Tak lena tidur aku malam ni!"

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now