8. ID

100 18 0
                                    

Aldean bangun sebelum toleh ke belakang. Hazel berdiri di belakangnya dengan senyuman lebar. Suasana yang dia rasakan suram lagi menyeramkan tadi tiba-tiba berubah sekelip mata. Dia terdiam.

"Awak? Tengok apa dekat bawah itu?" Hazel memecah kesunyian.

Semkin petah Hazel berkata berbanding awal-awal dia datang rumah ini.

Aldean menggeleng kepala dengan laju bagi menghilangkan benda yang bukan-bukan. Mungkin hanya sekadar perasaan sahaja. Dia yakin Hazel tidak akan buat benda yang bukan-bukan lagi.

"Dari mana ni?" Soalnya.

"Eh, tak perasan saya pergi dapur ke tadi?" soal Hazel balik.

Sekali lagi Aldean menggeleng laju. Dia pandang Hazel dan Hazel pandang dia balik. Masing-masing berdiam diri dan suasana bilik automatik menjadi sangat janggal.

"Ah ... besok kad ID awak dah siap. Nanti saya bagi." Aldean mengulum senyuman.

Dia cuba menukar suasana.
Namun gadis itu tidak memberi tindak balas. Angguk tidak dan mengeleng pun tidak. Hazel hanya memerhati pergerakan Aldean yang sudah pun tiba di pintu.

" Selamat malam." Ucapnya sebelum pintu tertutup rapat.

Aldean berlari anak menuju ke bilik sambil menegang dada. Detak jatungnya laju tidak dapat dikawal lagi. Aldean rasa macam ada tukul besar yang memukul jantungnya dengan kuat!

Dia tidak pasti sama ada dia takut dengan Hazel atau sebaliknya!

TRAIN laju mengelilingi ibu kota yang diselaputi lampu bagunan pencakar langit. Kenderaan masih lagi sibuk menyusuri jalan raya. Larut malam. Tetapi masih meriah, dan terlalu awal untuk warga ibu kota ini berlayar di alam mimpi.

Train berhenti di stesen terakhir. Penumpang berasak keluar seperi kambing terlepas kendang. Ada yang pulang dari kerja, ada yang pulang sekolah kelas malam. Semuanya mencorak laluan masing-masing ke sepuluh pintu kaca mirip lif. Kad ID mereka menjadi tiket untuk mereka keluar dari stesen itu.

Bila tinggal di Kota ini, kad ID sudah semestinya menjadi benda paling penting sekali. Sebab mereka tidak pakai sistem mata wang. Duit siling atau duit kertas, sudah tidak wujud lagi. Mereka pakai point dalam kad identiti untuk semua urusan perniagaan dan jual beli.

"Betul ke tempat ni?" mata meliar melihat suasana stesen terakhir itu semakin rengang.

"Kalau ikut maklumat, betul inilah tempatnya."

Mereka berdua berjalan perlahan seperti rusa masuk kampung. Pertama kali mereka masuk ke Kota sebesar ini. Sudah tentu mereka tidak tahu selok belok tempat ni. Hanya datang atas arahan orang atasan atau boss mereka sahaja.

Tett!

Mereka berdua menghentikan kaki apabila tidak lepas keluar dari pintu 1 dan 2. Pintu kaca tidak membenarkan mereka masuk selagi mereka tidak imbas kad ID.

"Kad mana?" seorang pegawai keselamatan datang.

"Kad? Nak keluar dari sini kena ada kad ke? Tapi kad apa?" balas lelaki  berbaju hoodie kelabu di pintu 2. Manakala yang lagi sorang cuma mengangkat bahu.

Pengawal keselamatan itu, menggentel misainya yang lentik. Dua lelaki berpakaian sama di pandang dengan penuh rasa curiga. Membezkan mereka cuma, lelaki lagi berada di pintu 2 memakai cap dan mask hitam serta hoodie menutup kepala.

"Nanti dulu! Kamu berdua orang luar ke? Kalau orang luar tunjuk kad ID orang luar."

"Weh, kenapa boss tak cakap kalua nak masuk sini kena ada kad!" bisik lelaki yang memakai mask hitam.

"Ah, perlu ke nak cakap benda tu sekarang?"

Pengawal keselamatan mengerut dahi tanda pelik, lalu menggeluarkan rod besi dari poket seluar. Lantas dia menekan punat kecil sebelum ia menjadi panjang seperti lengannya.

"Oh, masuk secara haram!" rod besi dilibas. Mereka berdua mengelak pantas.

Puas melibas rod besi tetapi satu pun tidak kena. Disebabkan faktor umur, dia berhenti kepenatan. Geram juga  sebab tenaga dibazir macam itu je.  Rod besi digenggam kemas.

Bam!

Lelaki yang berdiri di pintu 1 tadi tercampak dan tergolek di lantai. Tidak berkutik dia  kerana diterjah penyepak maut pengawal keselamatan! Darah meleleh keluar dari hidungnaya.

Dia hanya menjeling tajam. Tangannya laju mengelap hidung sebelum bangkit. Dengan sekelip mata, dia menangkap tangan lalu menghentak kuat lututnya ke perut pengawal keselamatan itu. Tidak cukup dengan itu rod besi mencucuk leher dan punat kecil ditekan.

Pengawal keselamatan itu terbeliak direnjat elektrik. Dia mengelupur dan menjerit kesakitan sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Crimson! Ini ke kad itu?" sekeping kad biru kosong ditunjuk.

"Mungkin?" balasnya seraya mengangkat bahu.

Mereka meletakan kad itu di plat kecil yang dibuat khas untuk kad. Kemudian, muncul garisan neon kuning berlogo cap jari dekat permukaan kad.

Mereka berdua jadi terpingga-pingga. Tempat mereka mana ada benda macam ini.

"Cap jari kita?"

"Aku sebenarnya bukan nak cakap kau bodoh tapi kau memang bodoh, Chris!"

"Hah! Apa kau cakap!" marah Chris.

Selamba Crimson menghampiri pengawal keselamatan itu. Pisau lipat dikeluarkan dari poket. Chris yang bermuka tidak puas hati di belakang, tidak dilayan. Dia buat bodoh.

Crimson terus duduk mencakung dekat sebelah pengawal keselamatan.

"Crimson! Kau nak buat apa?" kata Chris risau. Bimbang lelaki itu buat kerja gila atau buat benda yang bukan-bukan.

Dengan muka toya. Muka tidak ada perasaan dan muka tidak bersalah, dia tunjuk ibu jari yang basah dengan darah. Chris tercengang. Yalah, buat apa susah payah nak potong jari padahal boleh je heret atau angkat pengawal itu?

Naik mendidih hati Chris dengan perangai Crimson.

Crimson rampas kad dari tangan Chris dan cuba meletakan kad ID tadi di plat kecil sekali lagi. Garis neon hijau muncul setelah cap jari  dilekapkan. Untung mereka kerana suasana stesen ini tak ada orang disebabkan sudah terlampau lewat malam. Kalau tidak pasti kena tangkap!

"Hei! Crimson! Kenapa kau buat macam tu!" Chris bengang dengan tindakan Crimson tadi.

Lelaki berambut perang itu berjalan sambil memekakan telinga dan tidak mempedulikan Chris yang sedang mengejar dari belakang.

Tidak lama kemudian Crimson berhenti tanpa memusing. Malas nak menghadap Chris bermulut bising.

"Mampuslah. Suka hati aku nak buat apa." Balasnya dingin.


                              ....

Korang ada apa2 cadangan idea tak untuk cerita ni? Kalau ada korang boleh je komen. Jangan malu 😎Saya dah aktif balik dan akan balas semua komen korang ok.

Saya tak sure cerita ni best ke tak. Saya dah mula jadi saya kena habiskan!

Ok next chapter saya dah sediakan cuma tinggal edit je 😉.
















ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now