10. DETEKTIF!

91 14 0
                                    

Dia berbalas pandangan dengan tembok. Anak mata berwarna coklat tidak berkedip langsung seakan-akan sedang meneliti buku tebal yang sukar untuk difahami! Kalau tembok ini ada mata mesti pelik tengok Hazel ni. Entah apa masalah sampai tenung sampai nak tertembus dinding.

Pandangan Hazel kini meliar merata tempat, ditolehnya belakang, kiri dan kanan. Setelah itu dia menyentuh tembok yang semestinya lebih tinggi darinya.

Hazel menujah kaki sekaligus melompat! Dinding dipanjat namun tidak sampai separuh tembok dia dah melurut turun ke bawah. Dia menghela nafas kecewa. Cubaan pertama memanjat tembok gagal!

Dia berjalan ke hulu hilir, mencari jalan untuk panjat tembok ini dan keluar dari rumah besar ni! Langkahnya terhenti apabila dia menunduk ke bawah. Dia terfikir kalau cabut selipar mesti lagi senang nak panjat.

Sangat bijak!

Jadi dia pun mencabut selipar lalu dilemparnya sepasang selipar melepasi tembok.  Sebelum dia buat operasi memanjat dinding, Hazel pandang belakang. Matanya tajam memerhatikan ruang belakang rumah Aldean.

"Saya tahu kak Maria takut dengan saya."  Hazel mengeluarkan kuku jari telunjuk. 

Muka Maria bertukar pucat lesi.

"Saya tak akan apa-apakan akak kalau akak ikut cakap saya." Sambungnya lagi.

"H-Hazel nak apa?" 

"Bagitahu saya semua lokasi CCTV dalam rumah ni."

Begitulah kisahnya, Hazel tak buat perkara yang bukan-bukan pun dekat Maria. Dia cuma usik sikit je.

Akhirnya setelah berkali-kali cubaan, tangan Hazel sampai ke puncak tembok. Gelagatnya tidak ubah seperti cicak yang melekat di dinding. Dia mengeluh seketika. Penat dan panas terik membakar kulitnya.

Kemudian dia menolak badannya dan kaki kanan gigih naik atas tembok. Perlahan-lahan dia duduk, sempat lagi dia goyang kaki sebelum melompat turun ke bawah!

Hazel mendarat dengan kemas. Tapi malang kakinya tanpa sebarang alas menghentak jalan! Pergh, menggeletar kepala lutut dan segala urat dalam badan Hazel! Mengelupur dia mencari selipar dan terus sarung.

Kereta mewah keluar masuk kawasan  tersebut dilihat jakun. Lama dia berdiri. Tak ada kereta barulah dia bergerak. Hazel berjalan dengan santai seraya tersenyum seperti baru pertama kali melihat dunia luar.

Kaki membawa diri ke arah pagar besar iaitu pintu masuk kawasan itu. Apabila pagar itu kesan sahaja kehadiran orang, ia akan terbuka dengan sendiri.

"Yihh! Baru hari ini aku rasa bebas!" Jeritnya kecil. Terlakar senyuman di wajahnya.

Baru selangkah Hazel keluar dari pagar, tiba-tiba dia masuk balik. Senyuman juga termati. Hidungnya terkembang kempis menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan hati. Serta merta air muka berubah.

Di pandang kiri dan kanan sebelum pandang ke depan. Kelopak mata dikecilkan melihat dua orang lelaki yang berdiri jauh darinya.

Hazel mengundur. Dia mendengus seraya mengeluarkan gigi taring yang dia simpan lama.

SARUNG tangan putih dipakai lengkap sambil berjalan mendekati sebuah lorong yang dipenuhi polis. Dia mengorak langkah dengan wajah yang serius dan ketat! Bertambah masam lagi bila dia terpandangkan ramai wartawan di situ. Dia berhenti.

"Inspektor tengah tunggu, Tuan." Tegur seorang polis.

Dia angguk perlahan. "Boleh tak tolong halau semua wartawan?" Pintanya.

"Baik, Tuan!"

Dia melajukan kaki mengelak wartawan yang sibuk menyerbu dengan pelbagai soalan. Jadi Detektif pun serupa macam artis terkenal, asyik kena serbu dengan wartawan je kerjanya!

"Kai, tolonglah jangan datang lambat. Penat aku tunggu tahu tak?"

"Maaf Zoey ... jalan jem tadi." Balasnya selamba.

"Ada je alasan kau kan?" balas Zoey geram.

"Jadi apa cerita ni?" soal Kai sambil anak mata scan persekitaran.

"Kau tengoklah sendiri. Masuk sana tu."

Dia bercekak pinggang setelah masuk kawasan bertanda larangan. Dahinya berkerut melihat plastik hitam tersandar pada tiang lampu. Dia menarik nafas dalam sebelum membuka sedikit. Dengan wajah yang tenang dia melihat pipi kiri mangsa yang terlakar kesan cakaran dari dagu sampai ke telinga.

Kemudian, dia buka lagi plastik hitam ke bawah. Terkaku sekejap dia melihat badan mangsa yang telah dibelah dan dirobek besar. Cepat-cepat dia tutup balik. Malas dia nak tengok keseluruhan sebab dia tahu keadaan mangsa memang teruk!

"Satu lagi mangsa merupakan anggota polis baharu dan dia baru je seminggu bertugas di balai polis berdekatan."

Zoey membuka langkah. Kai hanya diam mengekori. Mereka menuju ke longkang pula yang juga telah ditutup dengan plastik hitam. Setiap langkah dadanya penuh dengan debaran. Kalau mangsa tadi pun sudah dibunuh kejam apatah lagi yang ini!

Dia menyelak plastik hitam sebelum ditutup kembali. Keluhan keluar dari bibirnya. Cukuplah dia tengok sikit. Tak sangup dia nak tengok lagi.

"Aishh, masak aku kalau macam ni." Katanya sambil mengeluarkan nota kecil dari poket baju.

Tangannya lincah mencatat sesuatu. Mulutnya juga ikut sama membebelkan atau merungutkan sesuatu yang hanya dia sorang sahaja yang faham.

"Pasukan forensik dah datang awal kan?"

"Dah tadi."

"Maklumkan dekat dorang aku nak semua maklumat harini juga."

"Mintalah sendiri." Zoey pandang muka Kai yang serius menulis. Dia curi-curi tengok.

Konon serius tapi tulisan Kai tetap macam cacing! Satu benda pun dia tidak faham.

"Tolonglah, aku sibuk gila harini." rayu Kai.

"Yelah!"

Kai angkat muka. Dia tersenyum."Ok, terima kasih."

Selesai sahaja dia menulis, Kai membuang sarung tangan. Kakinya mengorak langkah keluar dari tempat itu lalu menuju ke arah keretanya. Boleh tahan jauh juga dia letak kereta.

"Kalau aku dapat pembunuh ni, habis aku sumbat-sumbat dalam penjara nanti!" Katanya geram. Badan disandarkan pada tempat duduk.

Sempat dia mengerling seorang gadis berbaju t shirt kuning cair berjalan tidak tentu arah depan keretanya.

"Entah anak siapalah dibiarkan merayau ni. Mana mak bapak dia?" dia membebel. Kalau tengah stress macam ni dia pun mulalah. Semua benda nampak tidak kena. Orang tak buat salah pun dicarinya salah orang itu.

Dahi yang tidak gatal digaru perlahan. Dia sangat tertekan ketika ini. Kes yang dia dapat terlampau memeningkan kepala otak dia. Mencabar akal pemikiran manusia dan menguji tahap kesabaran!

Dia tahu kes tadi ada kaitan dengan kes sebelum-sebelum ini. Suspek langsung tidak tinggalkan kesan. Semua pembunuhan dilakukan seperti telah dirancang rapi. Cara pembunuhan juga sama. Dada dirobek dan organ dalaman juga hilang. 

Kalau dia imbas balik sebelum ini, setiap mangsa akan kehilangan tangan atau kaki. Tapi mangsa hari ini dia tidak pasti pula bahagian kaki atau tangan yang hilang, sebab dia tidak tengok betul-betul tadi. Tak apa dia boleh tengok laporan polis nanti.

Enjin kereta dihidupkan. Keretanya bergerak perlahan keluar dari kawasan taman perumahan. Sekali lagi dia ternampak gadis t shirt kuning cair sedang berlari melintasi jalan.

"Dah kenapa? Budak ni main kejar-kejar ke?" Anak mata mengekori seiring dengan pergerakan gadis itu.

Kelihatan gadis itu berlari sambil menoleh belakang.

Dia mengerut dahi, spontan dia menoleh ke kanan. Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di bahu jalan.



............
Cerita ni saya taknak buat panjang2 macam cerita saya yang sebelum ni. Mungkin dalam 45 chapter ke bawah kot? Ah ... kot jelaa haha😂

Oh ye kalau korang ada terjumpa typo ke apa nanti tegur je tau. Kadang saya tak perasan😵‍💫

Okay jumpa next chapter❤️

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now