14. TAKUT

72 13 0
                                    

Dia berjalan terhuyung hayang. Tangan kiri berlumuran darah menekup kuat lehernya. Matanya menjadi kuyu. Hembusan nafas sungguh lemah begitu juga dengan langkahnya yang lembik tiada tenaga.

Namun begitu dia tetap teruskan perjalanan pulang sebelum matahari memancarkan sinar cahaya!

Dia mendongak dan pandang langit yang sudah kuning kekuningan menunjukan matahari mula menjelmakan diri.

Dia mendengus kuat. Dengan badan yang penuh luka parah ini agak sukar untuk dia bergerak pantas. Tambah lagi oksigen kurang sampai kepala, membuatkan dia rasa berpinar-pinar. Bila-bila masa saja boleh tumbang!

"Sikit lagi!" dia cuba gagahkan diri. Walaupun badannya terasa bagaikan dikerat empat belas.

Hari ini nasib tidak menyembelahinya. Dia keluar sebagai pemangsa tetapi dia yang jadi mangsa! Teruk dia kena.

Ikutkan lorong yang dia lalu, rumahnya tak jauh lagi. Depan itu sahaja. Dia tidak boleh lambat kalau tidak  badannya boleh hangus disalai matahari!

Itu pantang larang. Apabila malam mereka boleh menjelma dan bila siang mereka seperti manusia biasa. Kekuatannya juga meningkat berkali ganda.

Sekuat-kuat makhluk dekat dunia ni pun pasti ada kelemahan. Ya, mereka tidak boleh kena matahari dengan bentuk serigala jadian!  Kalau mereka terdedah dengan matahari, mereka akan jatuh sakit yang boleh membawa maut!

Dia rebah sejurus sahaja masuk ke rumah. Badannya mengecil sebelum kembali berbentuk manusia tanpa seurat benang. Kan pakaian dia dah koyak? Logiklah kan?

Chris yang menanti kepulangan Crimson terus mendapatkannya bersama kain putih.

"Oi, Crimson kau dah kenapa? Siapa buat kau macam ni?" Chris membelek leher Crimson. Badan lelaki itu penuh dengan darah. Dadanya juga telah dicakar dan robek!

"Aku ...." Crimson tidak dapat meneruskan kata-katanya sebelum tidak sedarkan diri.

"Crimson! Oi jangan mati dulu! Tahan sikit aku rawat kau!" kata Chris menggelabah mencari kotak ubat kecemasan.

Chris mengelap peluh pada dahi setelah sejam lebih dia membalut luka pada badan Crimson.

"Padan muka kau. Aku dah pesan banyak kali hati-hati kalau nak keluar." Pembalut luka diambil lalu melilit leher Crimson dengan kemas.

"Ye ... tahu!"

"Nasib kaulah terjumpa dia. Lepas ni kalau boleh elakkan terserempak dengan dia lagi. Kalau ada aku tak apalah. Sebab kita berdua dan dia sorang. Kita boleh lawan."  Chris membebel sambil mengambil kapas.

Ubat diletak dan dia menekan kuat sehingga Crimson menyeringai sakit.

"Dia ada cakap apa-apa ke?"

"Tak ... dia memang tak cakap apa-apa. Dia macam bisu." Kata Crimson sambil mengeleng kepala.

DIA melompat masuk ke bilik melalui tingkap sambil menggenggam burung hantu di tangan. Lantas berlari ke bilik air. Cermin jernih direnung sejenak sebelum dia mengangkat burung tersebut. Air liur diteguk sebelum melahap burung itu dengan rakus!

Hazel bersendawa. Kenyang. Darah segar yang comot pada bibir, disapu pakai tangan.

Wajahnya, kuku dan bulu lebat hitam di badan semakin menghilang. Badannya semakin mengecil normal.

Dia melihat dirinya tanpa seurat benang dari pantulan cermin. Celahan bibir lebam membiru dipegang perlahan. Kelihatan juga luka dan beberapa kesan cakaran merah di badannya.

Tak sampai 2 minit, semua luka perlahan-lahan menghilang dengan sendiri. Kulitnya kembali bersih dan licin tanpa apa-apa kesan langsung. Hazel yang diam membisu perlahan memusing belakang lalu keluar dari bilik air dan menuju ke almari.

Tok! Tok! Tok!

Dia terkejut beruk! Terus dia toleh ke arah pintu. Rasanya dia kunci pintu.

"Hazel! Bagunlah kata nak ikut pergi joging!" Aldean membising sambil ketuk pintu.

Dia menggelabah, sekejap dia pusing hadap almari dan sekejap pusing ke katil. 

"Baju! Baju mana baju!" Bisiknya. Pintu almari dipegang sambil memandang pintu bilik.

"Awak? Belum bangun lagi ke!" 

Detak jantungnya semakin laju apabila tombol pintu bergerak secara automatik selepas Aldean membuka dari luar.

"Aaa ... aaa ... alamak! Tak sempat."  Gadis itu cepat-cepat lari, memanjat katil dan membungkus diri dengan selimut. Mampus! Baju pun dia tidak sempat nak ambil!

"Hazel?" Aldean bercekak pinggang depan pintu. Lengkap dah dengan pakaian sukan.

"Ya ... ya saya!" Kepala terkeluar seperti kura-kura. Dia tersengih.

"Cepat bangun sebelum saya tarik selimut tu." Aldean maju ke depan membuatkan terbeliak biji mata Hazel.

"Uhum, saya rasa tak sihatlah." kata Hazel perlahan sambil mengeratkan lagi bungkusan selimut. Berharap Aldean tak datang dekat.

"Awak demam ke?" Lelaki itu tiba-tiba jalan laju dan tepuk dahi Hazel hingga terdongak gadis itu.

"Uh tak panas pun tapi awak nampak letih ... tak apalah nanti saya panggil Iris datang." katanya lalu menepuk-nepuk perlahan kepala Hazel yang diam membisu.

Setelah Aldean beredar, Hazel apa lagi terus melompat turun dari katilnya. Almari dibuka sepantas kilat dan menyambar apa sahaja pakaian yang ada depan mata.

Selesai berpakaian dia menghentak punggung di atas tilam. Wajahnya muram sambil merenung tangannya yang menggigil. Lama dia begitu.

"Aku ... tak mintak pun nak jadi semua ni. Aku tak nak jadi macam ni." Air mata menitik jatuh ke tangan.

Mukanya merah padam kerana menangis teresak-esak. Derita dia tiada siapa yang tahu. Dia paling takut bila dirinya yang psiko tiba-tiba muncul. Lagi-lagi bila berubah dalam bentuk serigala. Ada masa dia tidak dapat kawal diri.

Selama ini dia pendam dan pendam dalam hati sebab dia tidak tahu hendak luah segala masalah dekat siapa. Dia hanya ada abangnya sahaja. Itu pun abangnya tiba-tiba menghilangkan diri. Khabarnya juga langsung dia tidak tahu!

Di tempatnya, orang-orang sering pandang serong. Dia seperti sumpahan kerana Hazel tidak seperti yang lain, dia lagi ganas dan buas bila sudah tidak terkawal. Ke mana dia pergi, dia ditakuti. Ini pun dia cuba untuk tidak menyerang manusia dekat Kota ini. Seboleh-boleh dia tahan diri.

"Tolong jangan muncul lagi ... tolong aku takut banyak nyawa akan hilang lagi." Katanya dengan nada terketar-ketar.

Saat ini memorinya menerjah kembali nyawa-nyawa yang pernah dia ragut tanpa belas kasihan. Darah-darah yang melimpah ruah sampaikan dia pernah bermandikan darah. Hidupnya penuh dengan kegelapan kisah silam yang melampau! Hazel seakan-akan hidup dalam dua personaliti. Orang yang sama tetapi dengan dua personaliti dan perwatakan yang berbeza!


-Omg sian my Hazel! 😭

Ehem, walaupun saya agak sibuk, saya tetap update ye story saya ni😚 cuma update lambat je la😭 maaf la ye yang tunggu lama, entah2 ade yang dah lupa haha😭 sokay saya tetap cuba update

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now