18. HOME

38 4 0
                                    

Aldean menghempaskan badan di sofa empuk. Kaki disilang dan tangan memeluk tubuh. Anak mata tajam menghala ke arah pintu utama. Masih lagi terbuka luas, sabar menanti seseorang masuk.

Kaki ayam putih melepak menunjukan diri. Perlahan saja dia mencecah lantai jubin putih seperti kristal. Kemudian dia berhenti di situ. Lama juga tidak bergerak, kira-kira dalam 15 minit.

"Kenapa? Kenapa berdiri dekat situ? Masuk!"

Suara Aldean memetir, memeranjatkan Hazel yang tercegat depan pintu. Tahap kesebaran Aldean seakan-akan sudah mencapai ke tahap maksima. Iyalah siapa saja tahan tunggu lama betul tak?

Barulah dia berjalan sambil tunduk bawah. Tidak berani mahu lihat muka Aldean yang tengah marah. Selama ini tak pernah pun Aldean marah macam ni. Bila dia buat hal, senyuman lelaki itu tidak lekang di bibir.

Sepanjang perjalanan balik lelaki itu hanya membisukan diri. Langsung tidak bersuara walau sebutir huruf sekali pun.
Dia tak takut pun cuma tak mahu tengok muka tegang Aldean tanpa senyuman seperti selalu.

Sekali lagi dia berhenti. Jauh dua puluh langkah ke depan. Perlakuan Hazel ketika ini tidak ubah seperti budak kecil kena marah dengan ibunya.

"Sini!"

Kali ini baru Hazel bergerak. Itu pun perlahan nak mampus. Paling tak boleh belah jalan sikit saja jeling Aldean. Sampai Aldean yang tengok ni pun nak tergelak tetapi dia tahan dulu. Muka dikawal ketat.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Soalnya dingin.

Hazel menunduk sambil bermain jari jemari. "Sebab saya tak nak susahkan awak."

"Awak lagi menyusahkan kalau buat perangai macam ni tahu tak!"

Hazel meneguk air liur melepasi kerongkong. Alamak! Aldean nampak marah sangat! Bergetar tulang lutut dibuatnya. Sebab pertama kali dia lihat Aldean macam ini.

"Tengok saya."

Dia akur, kepala diangkat namun anak mata lari pergi tempat lain. Masih tidak mahu memandang Aldean.

"Cuba tengok sini? Apa benda awak tulis ni?" Sehelai kertas diangkat dan sekaligus menarik perhatian Hazel.

Tawa yang ditahan oleh Aldean akhirnya pecah bederai. Tulisan tangan Hazel membuatkan dia ketawa terbahak-bahak dekat situ. Dia tak tahu nak marah ke gelak.

"Ke ... kenapa awak ketawa ?"

Aldean menekup mulut untuk berhenti mengeluarkan bunyi. Muka Hazel sudah terpinga-pinga. Blur.

"Awak tulis apa ni? Saya hampir tak faham. Tulisan macam cacing kepanasan tahu tak." Balasnya tersengih sumbing.

Wajah Hazel sudah bertukar merah padam. Perasaan malu mula menebal pada muka. Telinga juga membahang panas. Jadi buang masa dia tulis dengan sepenuh jiwa dan raga tadi?

Hazel terdiam mengunci diri. Tak akan dia nak terjemahkan pula apa dia tulis. Memang tak! Baik dia diam.

"Dengar sini ...."

Aldean bangun lalu mendekati Hazel. Kertas tulisan tangan Hazel diangkat ke muka lalu disiat perlahan menjadi cebisan kecil. Dibiarkan bertaburan di atas lantai.

"Awak tak boleh ke mana-mana."

Terkebil-kebil mata coklat milik gadis itu melihatnya. Bibir tergangga mahu mengeluarkan ayat.

"Tapi kenapa? Saya tak nak awak jadi macam akak Mar ...."

Jari Aldean melekat pada bibir Hazel, bagaikan mengunci gadis itu mengeluarkan suara.

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now