17. KAI !

44 6 0
                                    

Malam tidak akan pernah gagal membunuh jiwanya yang sunyi. Ia sudah menjadi santapan malam yang pahit dan sukar ditelan olehnya. Diri dan jiwanya telah dikuasai oleh sisi gelapnya sekian lama.

Dia sudah lama tenggelam lemas dalam lautan hitam. Tangannya tergapai-gapai mencari harapan yang tidak pernah pasti mengunjunginya. Sebelum ini dia tidak pernah jumpa lagi orang yang mampu menarik dirinya keluar dari lautan hitam.

Mata coklat sentiasa dikaburi cecair merah. Ke mana sahaja dia pergi, orang sekeliling akan mati! Seakan-akan bau malang sentiasa mengikuti ke mana sahaja dia pergi. Seolah-olah telah menjadi satu sumpahan buatnya.

Hazel bangkit dari pembaringan. Dia berjalan dan duduk di meja belajar penjuru bilik. Pen dan kertas dicapai lalu menulis sesuatu.

Dia tidak boleh duduk bersama Aldean lagi. Kadang kebaikan Aldean menjadikan dia takut, kerana orang seperti Aldean akan berakhir dengan tragis ditangannya sendiri atau sebaliknya. Seperti kes Maria baru-baru ini.

Dia tidak mahu itu berlaku lagi. Sebelum keadaan jadi lebih parah baik dia mengelak. Dia bimbang akan kembali ke jalan lama. Jadi satu sahaja jalan terbaik untuk Aldean dan dia.

"Selamat tinggal, awak. Kehadiran saya mungkin akan membawa malang suatu hari nanti." Katanya muram.

KAI memberhentikan kereta di tepi kedai 24 jam. Dia mengerling jam tangan sebelum keluar dari kereta hitam miliknya. Bibirnya mengeluarkan keluhan apabila terdengar perutnya menderita kelaparan.

Sehari suntuk dia tidak dapat makan kerana sibuk dengan beberapa kes dan banyak menghadiri mesyuarat dengan orang atasan. Satu benda pun dia tak sempat nak makan!

Sedang dia terpusing-pusing di kawasan makanan mi segera, mata terpandang dekat seorang perempuan ini. Jadi dia menyorok di sebalik rak roti. Memerhati Si dia cantik manis tengah tenung air dalam peti. Tangan juga memeluk sebungkus keropok keju, mi cawan segera dan roti.

Seingat dia macam pernah nampak. Tetapi otaknya lupa sebab banyak perkara penting dia kena ingat. Otaknya pun sudah penat diperah seharian tadi.

Senang kata dia ini seorang yang pelupa. Baginya benda remeh macam ini memang tidak perlu diingat. Akan tetapi bab kerja dialah memang paling sempurna!

Sedar masa terbuang banyak, dia menggeleng kepala dengan laju lalu  kembali mencari makan untuk mengisi perut. Iyalah, buat apa dia tenung anak dara orang betul tak? Buang masa saja.

"Eh, dik mana boleh macam ni?"

"Tapi saya tak cukup duit ni bang."

"Kalau macam itu, letak balik barang tu."

"Tapi saya nak benda ni."

"Banyak kau punya tapi. Kalau kau nak kau kena bayar."

"Saya lapar ni ...."

"Aku peduli apa kalau kau nak kau bayarlah." Balas lelaki juruwang dengan nada tinggi. Tahap kesabaran sudah hilang agaknya.

Kai dari jauh hanya memerhati gadis itu. Kesian pun ada dia tengok. Tidak mahu keadaan menjadi lebih kecoh, dia mengorak langkah. Sampai di kaunter barangnya diletak perlahan atas meja.

"Hm ... kira semua. Aku bayar sekali."

"Uh ... ok."

Selesai membuat bayaran, Kai beredar memasuki perut kereta. Dari dalam dia perhatikan gadis itu keluar dari kedai. Baru dia teringat budak ini pernah dia terjumpa beberapa kali bersama seorang lelaki.

Mengikut firasatnya gadis itu sentiasa dibayangi bahaya. Apa yang bahaya dia pun tidak tahu tetapi elok sahaja dia tengok gadis itu. Masih lengkap anggota badannya, malah masih lagi sihat! Tak ada pula patah sana sini atau luka parah. Lagi cantik adalah.

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now