16. DARK SIDE

60 9 0
                                    

Sebelum anda baca chapter ini, saya ingin memberi amaran atau makluman. Chapter ini mengandungi sedikit unsur-unsur keganasan. Nak baca atau tidak terpulang pada anda.

Sekian terima kasih 😉

................................................................

"Oh, terima kasih sebab bukakan pintu."

"Akak hati-hati!"

Hazel cepat-cepat tarik tangan Maria apabila pisau meluncur laju depan mata dan terpacak pada dinding!

Tergamam Maria sesaat.

"Otak kau! Siapa hantar kau cari aku! Arwin?" balasnya sambil menarik Maria apabila tiga bilah pisau lagi meluncur laju. Ia melekat pada dinding.

Apa lagi berderau darah Maria. Gila! Nyawa hampir-hampir tercabut kalau tak ada Hazel dekat situ!

Air muka Maria terus berubah pucat.

"Aku rasa tak perlu sebut nama pun kau dah tahu. Betul tak?" Balas wanita berambut pendek seperti lelaki.

Hazel genggam tangan sejuk Maria lalu dibawa sorok belakangnya. Wanita itu dipandang dengan muka serius. Dia kenal semua orang-orang yang berasal dari tempatnya. Walaupun lama dia tidak jejakkan kaki ke sana, ingatannya masih segar dalam kepala.

Hidung mancung miliknya dapat mengesan bau yang sangat bahaya. Tajam dan berbisa.

"Kita kena panggil Tuan Aldean!" Kata Maria menggigil ketakutan. Dia mahu lari dapatkan telefon, tetapi cepat-cepat Hazel tarik tangan Maria.

"Jangan kak! Kita tak sempat ...." ayatnya tergantung apabila Arwin tiba-tiba bergerak laju seperti kilat lantas sambil mengacu pisau ke arah Maria.

Tubuh Maria tercampak ke tangga ditolak oleh Hazel. Serangan Arwin tersasar mengenai Hazel. Kepalanya terhantuk kuat pada tangga dan darah meleleh perlahan di tepi dahi.

"Hazel!" Teriaknya melihat pisau merodok masuk dalam perut Hazel.

Hazel menghela nafas berat. Batang lehernya dicekik kuat sehingga kaki tidak mencecah lantai. Darah menitis-nitis jatuh dari hujung kaki.

"Akak ... lari ... cari tempat selamat ...." Balasnya tercungap-cungap.

"Tapi-"

"Pergi akak! Jangan risau pasal saya!" Sempat Hazel tersenyum. Arwin mencebik bibir. Meluat tak tentu pasal.

Perlahan-lahan Maria bangun. Dia angguk walaupun berat hati mahu tinggalkan Hazel sendirian.

"Cukuplah lari. Ikut aku balik rumah." Kata Arwin perlahan lalu melepaskan cengkaman leher Hazel.

Hazel melurut jatuh dan tersandar pada dinding, dia terbatuk-batuk untuk menghilangkan perit pada leher. Perlahan-lahan dia mencabut pisau yang masih melekat di perutnya.

Arwin hanya diam melihat kesan tikaman tadi yang perlahan-lahan hilang. Hazel kembali pulih seperti biasa. Kulitnya menjadi bersih dan suci seperti bayi yang baru lahir.

"Untuk apa aku balik? Aku bukan ada siapa-siapa lagi pun dekat sana!" Hazel campak pisau pada lantai.

"Sampai bila kau nak lari macam ni?"

Arwin meneguk air liur apabila kuku Hazel mula memanjang dan mata mula bersinar merah. Mukanya mula ditumbuhi bulu halus. Arwin mengundur ke belakang. Kukunya juga berubah sama seperti Hazel, cuma dia tidak boleh berubah sepenuhnya pada waktu siang.

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now