7. HILANG

136 17 3
                                    

Aldean berjalan ke hulu hilir dekat bawah eskalator. Mata meliar di serata tempat.  Dari segi riaknya pun tahu yang lelaki itu tidak senang duduk.  Kelakuannya macam ibu meroyan hilang anak, atau macam kucing betina hendak terberanak!

"Mana pula dia pergi ni?" Aldean naik eskalator bergerak ke atas dan kemudian dia naik eskalator sebelah untuk turun tingkat bawah balik.

Baru sekejap dia tinggalkan Hazel dekat situ. Sampai saja terus hilang! Dia pergi tandas tak sampai 5 minit pun!

Aldean mati kutu. Dia juga hilang akal. Puas dia pusing satu mall. Bayang Hazel langsung tidak nampak. Kad identiti tak ada lagi, duit pun tak ada apatah lagi telefon!  Aduh,  bahaya! 

Dia duduk di bangku kosong. Peluh dilap perlahan. Perutnya juga mengeluarkan bunyi kebuluran.

"Macam mana kalau dia buat hal? Macam mana kalau ada lelaki kacau dia?  Macam mana ... kalau ada orang tahu siapa dia? Lepas itu dia kena tangkap?" Otak Aldean tolak semua benda positif. Parah! Dia fikir benda yang bukan-bukan.

"Ada perempuan nak bunuh diri dekat tingkat 6! Panggil pengawal!" jerit seorang lelaki bersuara lembut.

Telinganya dengar je terus dia bangun. Tanpa berfikir panjang dia berlari menuju ke lif dan terus naik ke tingkat paling atas sekali. Tidak pasti itu Hazel tapi dia kena tengok juga.

Keluar saja dari lif, perempuan itu betul-betul berdiri di atas vending machine dan membelakangkan Aldean. Dari segi bentuk badan memang nampak macam Hazel. Tambah panik lagi bila pakaian sama macam Hazel pakai! Baju putih labuh dan seluar jeans hitam.  Cuma perempuan ini berkaki ayam. Entah dekat mana kasut dibuangnya.

"Cik, bertenang cik ...."

"Cik! Kalau ada masalah jangan terjun dekat sini!"

"Kalau Cik ada masalah, carilah jalan penyelesaian elok-elok."

"Benda boleh bawa bincang buat apa nak bunuh diri? Meh, sini turun."

Beberapa pengunjung cuba memujuk. Namun perempuan itu kekal berdiam diri apatah lagi hendak berpaling! Aldean memerhati sejak tadi,  mula membuka langkah apabila perempuan itu bergerak ke depan.

Cepat-cepat Aldean memanjat kotak mesin tersebut. "Saya pergi tandas sekejap pun tak akan nak bunuh diri terus? Dah jom turun!"

Aldean tarik tangan dan menggendong lalu melompat turun dari mesin minuman.  Tanpa memandang Hazel.

"Awak anak kita Rania! Anak mama!" seorang wanita tiba-tiba terjah bersama seorang lelaki.

"Hah? Anak mama? Jadi ...." Aldean terus pandang perempuan dalam gendongannya lalu terkejut beruk. Secara tidak sengaja perempuan itu dilepaskan jatuh ke lantai.

"Ah, maaf saya terlepas!" habis mengelabah Aldean.

"Tak apa ... terima kasih sebab selamatkan anak saya." wanita tadi terus memeluk anaknya sebelum tarik anaknya bangun.

"Encik,  saya minta maaf anak saya ni ada masalah mental sikit." kata lelaki itu pula. Aldean hanya tersenyum kekok.

Masalah sekarang ini dia malu! Malu gila sebab salah orang! Aldean tak tahu nak rasa gembira ke tidak sebab dia sudah selamatkan nyawa orang. Apa yang pasti rasa malunya sudah tebal berinci-inci. Dia punya yakin itu Hazel sampai tak periksa betul ke tidak!

Keadaan kecoh sudah kembali reda. Orang ramai sudah beredar membuat haluan masing-masing. Bayang Hazel langsung dia tak jumpa. 

"Dean!" suara Arin menegur dari belakang. Lantas dia pusing dan mata tertumpu dekat Hazel yang sedang memakan aiskrim cawan.

"Awak pergi mana? Saya cari macam nak gila tahu tak!" suara Aldean meninggi. Marah.

"Dean ...."

Arin disebelah tidak dipedulikan. Ketika ini mata Aldean tertumpu tajam ke arah Hazel berwajah polos.

"Saya dah kata duduk diam! Saya pergi sekejap je tahu!"

Terkebil-kebil Hazel dibuatnya. Dengan muka blur tidak tahu apa-apa. Tiba-tiba kena sembur macam itu. Mana tidak berair mata Hazel?

Bibirnya dikemam. Seleranya terhadap aiskrim terus termati tawar! Muka Hazel bertukar mendung.

"Dean! Janganlah marah dia. Saya yang jumpa dia tadi dan bawa dia pergi jalan." Arin tarik tangan Hazel lalu memeluk pujuk. 

"Kenapa tak call bagitahu saya?" Aldean tak puas hati.

"Telefon saya rosak dan hantar dekat kedai dekat tingkat 3. Sementara tunggu saya pergi jalan-jalan sekejap. Kebetulan pula jumpa Hazel sorang-sorang. Lain kali jangan terus nak marah je!" kata Arin bengang.

Aldean terdiam mendengar penjelasan Arin dan mula rasa serba salah. Teresak-esak Hazel menangis. Tinggi sangat ke suaranya tadi?

Aldean menghela nafas. "Hazel, saya tak sengaja marah awak ...." belum sempat ayatnya dihabiskan, sudu aiskrim tiba-tiba melekat pada dahi. Fuhh, sekali dengan pakej aiskrim dan air liur!

"SEBELUM mangsa ditemui mati, kali terakhir mangsa dilihat berlegar-legar di hadapan bank sebelum memecah masuk. Kejadiaan ini berlaku jam 2 pagi dan pihak polis masih menjalankan siasatan dengan lebih lanjut ...."

"Uish, lama dah tak dengar kes bunuh. Sekarang ada lagi?" Aldean melepak baring depan skrin tv sambil makan keropok. Gayanya macam tengok filem padahal tengok berita!

"Pergelangan tangan dan kaki mangsa kedua-duanya telah dipotong dan pihak polis masih belum jumpa hingga ke hari ini. Kes ini telah menimbulkan pelbagai persepsi kerana tiada bahan bukti yang ditinggalkan oleh suspek."

Aldean mendengar dengan begitu khusyuk. Yalah,  benda macam ini kenalah ambil tahu. Jangan jadi bengap sangat tak tahu apa-apa yang berlaku dekat dalam negara.

Dia mengguap. Mata juga semakin kuyu. Tv ditutup sebelum naik ke tingkat atas. Lalu je bilik Hazel, dia menjengah kepala. Pintu tak tutup tapi orangnya tak ada. Tingkap bilik pun tergangga luas.

Aldean tergaru-garu kepala. Dia memanggil Hazel tetapi tidak disahut. Badan berpusing menghadap tingkap. Angin menderu masuk, menyapa mukanya yang bersih tidak berjerawat.

"Tak akanlah dia terjun pula?"

Dia mula risau dan mula periksa bilik air. Mana tahu Hazel pengsan ke? Tetapi Hazel tidak ada dalam tu.

"Hazel?" kini almari pula dibuka. Aldean tidak puas hati. Dia selongkar almari Hazel. Mana tahu perempuan itu masih merajuk dan menyorok dekat dalam almari.

"Merajuk lagi dengan aku ke?"Aldean mengeluh panjang. Balik rumah tadi Hazel terus masuk bilik. Tak tegur Aldean langsung! Sampailah sekarang.

Badan dihempas atas tilam empuk. Nak kata Hazel turun dapur tak ada nampak pula kelibat masa dia duduk dekat ruang tamu.

Kaki Aldean bergoyang-goyang menendang angin menghilangkan rasa serba salah. Sudah minta maaf tapi Hazel diam. Dia memang tak sengaja buat Hazel menangis. Dia cuma takut Hazel hilang dan terjumpa orang tidak bertanggungjawab. Itu je!

Dia tidak tahu kenapa dia kadang-kadang sibuk dengan hal Hazel. Padahal perempuan itu bukan siapa-siapa pun. Kenal pun tidak! Boleh je tinggalkan Hazel dekat tepi jalan malam itu. Boleh je dia tinggalkan Hazel mati malam itu.

Hayunan kaki Aldean terhenti. Dia memandang lantai. Rasa tidak sedap hati memukul dada Aldean. Tergerak hatinya nak tengok bawah katil.

Aldean duduk mencangkung ....

"Aw ... awak." tegur Hazel bersuara dingin dari belakang.









ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now