12. HEH, ADIK?

81 12 2
                                    

Di bawah hamparan langit membiru, awan putih gebu bak gula-gula kapas, berarak perlahan mengikut hembusan angin lembut. Sang mentari bersembunyi tidak munculkan diri. Redup.

Tasik membiru tenang sungguh menyejukan hati dan mata. Lama dia tidak rasa setenang ini. Tidak sangka dekat bandar yang sibuk ini masih wujud keindahan alam semulajadi.

Lama dia tidak mencuci mata dekat tasik ini. Hidupnya asyik bergelumang dengan kesibukan kerja. Ada masa pun pada hujung minggu. Kalau ada keperluan dia akan keluar atau kalau dia rajin. Dia sekarang tidak lagi berperangai liar seperti zaman dia masih remaja. Dia kurang bersosial dan tertumpu kepada kerjanya sekarang.

Anak mata singgah ke arah Hazel yang sedang dikejar dengan anjing baka husky putih. Dia mengekek ketawa bila gadis itu tertiarap atas tanah. Jadi lebih parah lagi apabila anjing husky itu melompat dan menghentak-hentak kaki ke perut Hazel. Menjerit Hazel memanggil Aldean.

"Tak nak. Padan muka. Itu balasan sebab awak curi-curi keluar rumah!" Aldean tersenyum mengejek. Malam semalam dia masuk bilik Hazel untuk marah tetapi tak jadi pula. Jadi inilah masanya dia kenakan Hazel.

Hazel buat muka terpaksa lela apabila digomol anjing. Aldean duduk menyengih sambil menggoyang kaki. Hazel berusaha bangun berkali-kali tetapi dia asyik jatuh mencium tanah.

"Booba! Hei jangan buat macam tu!" Jerit seorang lelaki yang muncul tiba-tiba. Aldean terkejut terus toleh ke sisi. Lelaki itu pandang Aldean balik.

Lelaki itu tiba-tiba duduk dan menyoal. "Budak tu adik kau ke?"

Aldean mengerut dahi. Dia buat muka pelik. Datang dengan mengejut lepas itu tiba-tiba guna nama panggilan kau aku. Lelaki itu mengangkat sebelah kening. Dia duduk di bangku ruang kosong sebelah Aldean tanpa dipelawa.

"Hm ... kenapa?"

"Semalam aku ada nampak dia merayap tengah-tengah jalan."

"Kau ni siapa?"

"Ada dua orang lelaki ikut dia dari belakang semalam. Macam lelaki dekat depan sana tu." Bisiknya sambil menunding jari ke arah dua orang lelaki sedang berdiri bawah pokok sambil memakan aiskrim.

Aldean pandang lelaki itu balik. "Tak ... sekarang ni kau siapa?"

Lelaki itu diam. "Aku tuan punya anjing tu." Katanya sambil menunding jari ke depan. Kelopak mata dikecilkan melihat gerak geri Hazel dan anjingnya sedang bermain.

Dada diurut perlahan. Aldean menahan sabar yang semakin berapi di dadanya. Rasa nak memaki hamun dekat situ juga sebab soalannya tidak dijawab! Orang tak tanya pasal anjing, orang bukan tanya pasal dia! Bodoh tak faham soalan betul! Tanya soalan senang pun susah nak jawab.

Melihat muka Aldean berubah merah kemerahan, lelaki itu mengeluh perlahan. Anak rambut coklat yang terjuntai menutupi ditolak ke belakang.

"Aku Kai ... Detektif terkenal macam artis-"

"Oh, aku tak kenal." Laju Aldean memotong. Kata-kata Aldean membuatkan Kai tersenggih malu.

Kai berdehem bagi menutup rasa malu. Sakit pula hati. Selalu keluar portal berita dan TV tetapi ada juga orang yang tak kenal? Kai sebagai detektif mengangguk faham. Macam-macam andaian yang di buat dalam kepala. Dia anggap Aldean seorang yang tidak suka ambil tahu pasal dunia luar.

"Aku cuma nak bagi amaran je. Adik kau mungkin diperhatikan sebab dua orang lelaki itu sangat mencurigakan. Semalam memang aku ternampak dorang kejar adik kau."

"Heh ... adik?" gumamnya sangat perlahan.

"Terpulang nak percaya ke tidak. Aku cuma bagi amaran." Kai angkat punggung. Dia membuka dua langkah kaki lalu memanggil anjingnya. "Booba jom balik!"

Lepas Kai dan anjingnya beredar, Hazel berlari laju dan duduk tercungap-cungap di sebelah Aldean.

"Awak saya dahaga." cuit Hazel disebelah.

Aldean pantas toleh. Anak mata Hazel membulat terkejut. Mata Aldean tidak berkerdip langsung walau sesaat pun.

"Awak? Kenapa pandang saya macam tu?" Gadis itu memeluk tubuh dan pandang depan.

"Kejaplah ... pandang muka kacak saya sini." katanya geram sambil tarik kepala Hazel. Dipaksanya hadap muka dia!

"Nak buat apa?" Hazel mengelabah. Tangan Aldean ditepis kuat.

"Ah ... entah celah mana rupa adik beradik ni? Entah apa-apa entah laki tu." Bebelnya seorang diri.

"Ha? Awak ada adik ke?" Tanya Hazel dengan muka pelik.

Tanpa membalas Aldean bangun lalu mengeliat kecil. "Tak ada apalah ... jom balik."

"Awak ni peliklah."

"Eleh, cakap orang. Dia lagi pelik." Selamba dia berjalan tinggalkan Hazel.

"Awak nanti dulu! Saya penat ni nak air!" Pekik Hazel dengan suara serak. Dia melompat dari kerusi dan terus kejar.

Aldean pula semakin Hazel dekat lagi dia memecut laju tahap atlet!

CRIMSON menggenggam cawan kaca dengan begitu erat. Sekali dia hentak ke meja, pecah berderai menjadi serpihan kecil. Chris bersandar tenang pada dinding. Matanya tertumpu pada darah Crimson yang meleleh jatuh ke meja. Tangan tertusuk kaca dipandang semyap

"Grrr ... berapa lama kita nak tengok je!" Kuku Crimson semakin memanjang tajam. Badannya membesar dan membesar sampaikan pakaian juga turut koyak! Anak matanya yang hitam bertukar merah.

Chris menepuk dahi. Dia mengeluh kepenatan. "Crimson janganlah macam ni."

"Sampai bila kita kena berada dekat sini? Kenapa kita tak tangkap je dia!"

"Dah bos suruh kita tengok je dia. Nak buat macam mana lagi?" Chris membuka langkah. Peti ais di buka dan mengeluarkan botol minuman sejuk. Crimson menghentak-hentak meja seperti tidak puas hati.

"Aku dahaga Chris! Aku nak keluar!" dia berjalan ke arah tingkap. Chris yang sedang minum air tiba-tiba tersembur dari mulutnya.

"Crimson! Berhenti!"

Serta merta langkah Crimson berhenti. Dia toleh ke belakang menghadap Chris dengan muka yang begitu bengis. Chris bercekak pinggang.

"Sila guna pintu! Kalau rosak apa-apa kau yang bayar. Aku taknak bayar!"

Crimson berpaling lalu mendengus. Geram. Dia berjalan sambil mengehentak-hentak kaki. Bergegar satu rumah! Perlahan Chris mengekori dari belakang. Dia bukan apa, cuma risau pintu rumah pula yang tercabut dibuat Crimson! Ingat sewa rumah murah ke sekarang ni? Bukan macam tempat tinggal dia.

"Aku bagi amaran ... ini bukan tempat kita. Nak cari makan kena hati-hati!" Pesan Chris sebelum Crimson menghempas pintu dengan kuat.





    Terima kasih korang yang membaca😍 sure! cerita ni akan jadi lebih menarik❤️

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now