5. HOSPITAL

160 28 7
                                    

"Kenapa kau bawa balik dia sedangkan kau tahu dia tu bahaya?" Han letak makanan di atas meja dan duduk di kerusi sebelah Aldean yang sibuk bermain tablet.

"Apa masalahnya? Aku kesian tengok dia. Aku nak tolong tak akan tak boleh?" Aldean fokus bermain game. Bengang betul orang tengah main game bising pula.

Han menggaru kepala. Bila masa pula kawan dia ni jadi macam ni?  Aldean memang baik tapi tak pernah dia tolong orang sampai bawa balik rumah.

"Masalahnya kau hampir mati tahu tak?"

Aldean letak tablet di dada. Dia mengeluh sebelum memandang Han. Dia ada ramai kawan tapi ramai-ramai kawan Han paling melekat. Susah senang mereka bersama. Han selalu sokong apa yang dia buat, bagi nasihat dan macam-macam.

"Aku okay ... Selama duduk dengan dia aku selamat je. Cuma semalam je dia macam tu.  Mungkin ada benda dia nak tapi aku tak perasan."

"Aku risau kalau orang lain tahu benda ni, Dean. Lagi-lagi pihak berkuasa. Kau yang kena nanti tahu tak?"

"Ah,  sudahlah. Kalau setakat kuasa aku pun ada kuasa-"

Pintu terbuka. Doktor peribadi Aldean melangkah masuk dan menyapa Han dengan senyuman.

"Macam mana dengan Hazel?" 

Dr. Iris mengaru pipi. "Aku terpaksa bagi dia ubat tidur sebab dia melawan. Sekarang dia ada dekat bilik sebelah." 

"Kejap, Dr. Iris pun tahu pasal benda ni?" Han menyampuk. Dr. Iris senyum dan mengangguk.

Han suka Iris tapi sayang. Itu bini orang! Kalau suami Iris mati,  dia lelaki pertama yang masuk melamar Iris agaknya. 

"Kalau berlaku apa-apa dekat Hazel jangan bawa pergi hospital atau klinik lain okay? Sebab nama Hazel aku daftar dekat sini je tau. Aku takut pihak berkuasa tahu kewujudan Hazel."

"Oh, terima kasih, Iris."

"Nak pergi tengok dia pergilah. Aku ada kerja nak buat ni."

Selepas Iris pergi, Han memerhatikan Aldean yang sedang mengelamun. Muka sahabatnya kelihatan serius macam tengah fikir perkara hidup dan mati.

"Pihak berkuasa huh?" katanya sambil memegang dagu bersih tanpa janggut.

"Cakap pasal pihak berkuasa tu, dorang semakin gila kuasa. Harini je dorang jatuhkan hukuman dekat budak lelaki yang tak bersalah." Han toleh ke sisi,  botol mineral dicapai lalu meneguk air perlahan.

"Bukan hal aku ...." balas Aldean perlahan.

"Aku cuma risau kau simpan perempuan tu."

"Habis itu kau nak aku buat apa? Lepaskan dia dekat hutan?" Aldean kembali bermain tablet.

"Ha! Hantar dia dekat hutan yang paling jauh~"

Aldean ketuk selamba kepala Han pakai tablet. "Baik aku hantar kau je dekat hutan!"

"Argh!  Sampai hati kau!" Han mencebik.

"Aku memang tak ada hati." balasnya dengan muka toya. 

DARAH terpercik pada dinding. Kuku tajam mencengkam leher sebelum dihempas ke bawah. Darah melimpah atas lantai. Kepala terpisah pada badan dipandang dengan mata dingin. Tanpa disedari,  ada sepasang mata disebalik pintu yang terbuka sedikit.

"Ayah ...." bisiknya perlahan. Tubuhnya mengeletar ketakutan. Kulit pucat lesi. Matanya juga sudah banjir.

Dia terkejut beruk bila lelaki yang tidak dikenalinya toleh belakang. Cepat-cepat kaki kecilnya membuka langkah seribu! Dia menyorok di sebalik dinding dengan debaran di dada. 

Tambah seram lagi, telinganya mendengar derapan tapak kaki dan cakaran dinding. Bulu roma mencacak naik sampai ke tengkuk!

Jantungnya hampir nak meletup! Dia ada dua pilihan sama ada hidup dan mati. Akhirnya, mata dipejam lalu dia membuka langkah seribu. Anak mendaki anak tangga mencari tempat sembunyi di tingkat atas.

Jejak saja kaki di tingkat atas,  badannya disambar pula oleh seseorang. Mulut ditekup kuat. Air mata mengalir deras seperti hujan di luar rumahnya. Bunyi guruh membingitkan teliga menambahkan rasa takut! Dia diheret ke sebuah bilik.

"Mhmm!" dia meronta-ronta sambil pukul tangan yang menekup mulutnya.

"Hey! Ini abanglah!"

"Abang?" dia terus menangis teresak-esak.

"Shuttt ... Abang ada." anak kecil itu dipeluk erat. 

"Adik nampak ayah tadi ...."

Lelaki itu terdiam. Tubuh adiknya dipeluk. Sejujurnya dia pun takut, tapi dia pujuk hati supaya beranikan diri. Sekarang cuma ada dia dan adik dia sahaja yang masih hidup.

Mereka berdua pandang pintu sebaik sahaja terdengar bunyi cakaran di luar pintu. Pintu diketuk kuat.

"Adik,  dengar cakap abang baik-baik okay?" katanya sambil mendukung dan berlari ke arah almari miliknya. 

Di sebalik almari itu ada pintu rahsia,  dia buka dan letak adiknya di situ. Kepala diusap perlahan.

"Jangan keluar selagi abang tak suruh keluar okay?"

"Abang!" mata terbeliak. Nafas dihela laju. Dahi berpeluh-peluh. Itu bukan mimpi tapi dia teringat kenangan pahit!  Tangan Aldean dipegang. Terkejut lelaki itu dibuatnya.

"Huh? Abang?"

Tersedar tangan Aldean yang dia genggam,  terus dia tepis kuat. Dia mengiring ke kiri membelakangkan Aldean. Air mata yang tumpah disembunyikan. Mereka masing-masing terdiam.

"Kau ... awak ... er ... Hazel ada sakit dekat mana-mana ke?" Aldean keliru hendak bahasakan apa sebab masa dia kena serang, Hazel panggil awak selepas itu aku.

"Maaf,  saya diluar kawalan."

"Tak apalah,  saya tak mati pun!" Aldean tepuk dada dengan muka yang bangga lagi berlagak! Tapi malang Hazel tidak pusing untuk tengok pun.

"Kenapa awak tolong saya?"

Aldean menyandarkan badan seraya memerhatikan Hazel. Batang hidung digosok perlahan. Misteri. Perempuan ini buatkan dia tertarik nak tahu siapa dia yang sebenarnya. Setelah apa yang berlaku,  dia tidak takut pun.

"Awak teringin nak makan daging ke?" Aldean tukar topik.

Hazel yang baru saja rasa sendu lagi pilu dengan mimpi tadi terus meleleh air liur.  Ditelan berkali-kali melepasi kerongkong dan bangun duduk menghadap Aldean.

Terkebil-kebil mata lelaki itu melihat perubahan 'mood' Hazel yang berubah sekelip mata. Baru saja Hazel hendak buka mulut,  Aldean mencantas laju.

"Op! Daging manusia tak boleh!" katanya sambil menyilangkan tangan sebagai tanda pangkah.

"Er ... mana ada. Tak minta pun. Tak saya tak minta pun daging manusia." Hazel menyulam jari. Anak mata coklat berlari ke tempat lain tapi mukanya nampak kecewa.


Alamak Hazel still nak cari daging manusia🤣

Hi,  semua😆 iyaa i'm back! Sorry, saya sibuk sikit uruskan Semester akhir sampai tak sempat nak bukak wattpad ni 😢.
Tapi takpe selagi saya ada masa freeee saya akan update!



ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now