4. NAFSU MAKAN

167 29 3
                                    

Hazel bangun tidur dengan muka terkejut bila lenanya terganggu dengan bunyi bom jangka digital di tepi katilnya.  Dia bangun dan cepat-cepat ambil.

"Macam mana?" dibelek-belek jam digital LED  berbentuk kotak. Dia bingung. Sepanjang dia hidup mana pernah jumpa benda-benda macam ni.

Sumpah.  Masuk je rumah ni semua benda dia jumpa memang pelik. Tak pernah dia lihat atau guna pun sebelum ni.  Erti kata lain ini tempat asing baginya.

Senyap. Hazel baring semula dan tertidur memeluk jam itu. Habis tu dia nak buat apa lagi?  Kerjanya duduk dalam bilik tunggu sampai Aldean lepaskan dia keluar.  Kalau tak ada Aldean memang dia tak boleh keluar.  

Tepat 9.30 jam digital berada di sebelah kepala Hazel bergetar, tak sempat nak berbunyi lagi tangan Hazel laju lempar ke bawah.

Pintu diketuk perlahan sebelum terbuka sikit.    Hazel buka mata menatap siling putih.  Dia tahu itu Maria. Orang gaji yang masih takut-takut nak masuk bilik dia macamlah Hazel ni nak serang.  Tanpa bersuara Maria letak makanan dan cepat-cepat tutup pintu.

Hazel mendesah. Dia tolak selimut dan terus lompat turun dari katil.  Dua keping roti bakar, dua batang sosej dan telur goreng tersusun rapi dalam piring sebelahnya air coklat suam. Hazel duduk cangkung. Sosej saja dia makan yang lain tinggal.

Dia duduk memeluk lutut. Bibir digigit. Sejak duduk sini dia belum pernah makan daging paling kurang pun dia makan ayam.

Dia menjadi tak keruan. Sekejap dia bangun dan sekejap dia duduk. Jiwanya mahukan daging mentah dan basah!

Hazel berguling atas katil. Tekaknya tidak henti-henti menelan air liur.  Sesekali dia menyeringai menampakan gigi taring yang dia simpan dalam mulut. Lama dia macam itu.

Akhirnya dia tak tertahan lagi. Nafsu makanan semakin mengila! Tambah lagi dia asyik duduk dalam bilik, lagi dia jadi rimas! 

Pang!

Hazel membaling cawan kaca ke dinding.  Piring dipijak dan kakinya menyepak serpihan kaca di dinding. Tujuan utama Hazel adalah pintu. Ya,  dia nak keluar dari bilik ini dan cari daging!

Jari runcing Hazel menyentuh tombol pintu berbentuk segi empat. Dia tarik dan menggoncang pintu berkali-kali.  Hazel mendengus keras. Dia tahu usaha sia-sia jadi dia berundur dan berlari lalu cuba merempuh.

Pada masa yang sama, pintu terbuka. Kepalanya terhantuk pintu lalu badan Hazel melayang-layang sebelum dia tumbang.

"Apa awak buat ni?"

"Ah!" tangan Hazel meraba-raba angin. Kepalanya berpinar. Dia nampak seluruh bilik ni berpusing-pusing.

Aldean tangkap tangan Hazel lalu dia menarik duduk atas katil. "Okay ke?"

Hazel tidak membalas malah Aldean ditenung dalam. Dalam hati terselit niat nak telan Alean hidup-hidup!

Tiba-tiba bulu roma mencacak naik. Aldean meneguk air liur.  Dia berlagak berani walaupun kuku Hazel semakin memanjang dan gigi taring terserlah disebalik bibir. 

Aldean terbaring bila ditolak. Badannya jadi berat ditindih Hazel. Berat badan Hazel tiga kali ganda berat dari wanita atau gadis normal! Seperti batu atas badan!

"Argh! Apa awak buat ni!"

Kuku tajam membenam perut Aldean.  Anak mata Hazel bertukar merah.  Dipandang lelaki itu dengan pandangan penuh kelaparan.  Baju kemeja Aldean sudah basah dengan cecair merah.  Dia mengerang kesakitan.

"Saya dah muak dengan makanan manusia!" jerkah Hazel.

Aldean terkejut. Dia tiada pilihan selain terpaksa menghadiahkan sebiji buku lima ke perut Hazel. Terus tersentak sekejap Hazel sebelum wajahnya berubah bengis.

"Tak kira siapa kau! Aku nak daging!" katanya seraya mencengkam perut Aldean.  

"Weh,  apa ni? Saya dah tolong awak tahu tak!" Hazel ditolak sekuat hati. Perempuan itu tergolek di atas katil sebelum jatuh atas lantai. 

Terketar-ketar Aldean keluarkan telefon dari poket seluar lalu mendail nombor Han. Dalam kepalanya ada Han je tak ada orang lain.

"Han ...." nafasnya tercungap-cungap. Dia bersandar pada birai katil sambil menekup perut. Tshirt habis terkoyak.

"Apehal kau ni? Aku baru sampai rumah."

Aldean angkat muka dan terbeliak! "Datang rumah aku!" Telefon terlepas jatuh bila terpandangkan seekor serigala warna coklat melompat naik atas katil.

"Hazel jangan macam ni!" Aldean ambil bantal dan menghadang ke depan dijadikan perisai.  Benda bodoh yang dia buat walaupun dia tahu bantal itu tak sekeras perisai besi. 

Rasa sakit dibuang jauh. Bantal dilibas kuat  apabila Hazel menyerang. Terpaling muka Hazel ke sisi. Sepontan tangan Aldean mengapai jam digital yang rosak di atas meja.

"Saya selamatkan awak tahu tak! Argh!"

Hazel berbadan serigala mengigit bahu Aldean. Jelas terasa gigi tajam menembusi kulit! Sepantas kilat Aldean menghempuk dahi Hazel pakai jam.

Tak cukup sekali dia hempuk,  dia hempuk dua kali. Eh, masih gigit tak lepas. Degil pula tu. Apa tak cukup kuat ke Aldean ni ketuk?  Aldean hempuk lagi dahi Hazel dan kali ini  paling kuat dan Hazel betul-betul berganjak ke belakang. Dahinya juga mengalirkan darah sampai menitik-nitik ke tilam.

Aldean buka langkah seribu dan berlari sepecut yang mampu. Tiba-tiba pula terasa pintu ni jauh sangat! Tunggu Han,  dia pula lambat. Padahal rumah bukan jauh sangat pun. Taman perumahan sebelah je.

"Auch!" kaki terpijak kaca dan pada masa yang sama Hazel sudah menyambar kaki Aldean.

Direntapnya lelaki itu hingga jatuh. Aldean terjerit sakit. Dadanya berdebar-debar seperti nak pecah!  Kali ini Aldean tak terdaya nak bangun kerana perut,  bahu dan kaki tercedera. Sekarang Aldean rasa menyesal bawa Hazel balik rumah!  Dia bagaikan hidup satu kawasan serigala kelaparan yang bila-bila masa sahaja boleh dimakan!

"Aldean!"

Suara Han memekik sebelum telinganya menangkap bunyi sedas tembakan. Mata kembali terbuka luas dan memandang muka pintu. Han mengacu pistol ke arah serigala yang terbaring kerana kaki kanan ditembak.

"Kau okay ke? Nak aku bunuh ke? Macam mana boleh masuk rumah kau? " kata Han bersedia mahu melepaskan tembakan.

"Jangan-" larang Aldean cemas.

Bang!

Tembakan tersasar. Pistol terlepas jatuh dari tangan Han. Kelopak mata terkebil-kebil dan mulutnya melompong luas melihat serigala itu berubah perlahan menjadi manusia.

"Aku cakap tak nak percaya."

Han kehilangan kata-kata. Memang dia tak percaya pun semua yang Aldean cerita. Perempuan bertukar serigala zaman sekarang?  Mengarut macam dalam filem! Sekarang ni dia tak tahu nak percaya atau tidak walaupun dia lihat dengan mata kepala sendiri.

"Benda ni bukan main-main kan Aldean?"

Aldean mengerang sakit. "Argh, boleh simpan tak soalan itu dulu? Bawa aku pergi hospital!"

"Okay ... Tapi perempuan ni macam mana?" Han tiba-tiba mengelabah.

"Panggil Dr. Iris." balas Aldean sebelum kelopak mata tertutup rapat.

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now