9. SUS!

99 17 2
                                    

Darah segar terpercik mencemar dinding putih yang suci. Pisau lipat yang tersalut darah menari-nari di tangan kirinya. Mata menatap tanpa sebarang simpati. Seorang lelaki duduk tersandar sambil memegang leher menahan sakit.

"Aku merayu ...."

"Hmm."

"Lepaskan aku ... aku janji akan tutup mulut." Katanya seraya mengerang sakit.

Dibawah tiang lampu yang malap, mata terbeliak melihat darah tidak henti-henti mengalir dari leher lelaki itu. Dia tersenyum senget. Riak wajahnya kosong seperti tiada perasaan.

"Setakat ini tak ada siapa yang boleh terlepas dari aku tahu tak?" katanya dengan nada separuh bisik.

Rambut lelaki itu dicengkam kuat lalu ditarik sehingga mendongak. Mata lelaki itu terpejam apabila pandangannya bertembung.

Dia tersengih menyeringai. Telinganya sudah tebal mendengar banyak rayuan. Hatinya juga hitam sudah tiada perasaan. Langsung tidak termakan dengan semua itu. Siapa sahaja yang menjadi mangsanya tidak akan terlepas!

Pisau lipat digenggam lalu diangkat ke atas. Kepala lelaki itu ditekan kuat sebelum menikam belakang tengkuk!
Dia mengulang perbuatannya berkali-kali sampai hancur lunyai dikerjakan. Dia akan berhenti sampai dia rasa puas!

Tiba-tiba dia berhenti.  Kepala menoleh ke kanan sebaik sahaja telinga yang tajam dapat mengesan derapan tapak kaki menghampiri. Hidungnya juga dapat menghidu kehadiran seseorang. Pisau yang terbenam pada tengkuk ditarik dengan perlahan. Nafas dihela, menghasilkan wap udara.

"Ah! Apa tu?" polis peronda memekik kerana terkejut. Kemudian mengelabah apabila ternampak seorang lelaki sudah terkulai berlumuran darah.
Cepat-cepat polis itu mengeluarkan pistol.

Belum sempat lagi tembakan dilepaskan, suspek tiba-tiba hilang dari pandangan. Namun begitu, hati tidak tenang kerana dia rasa belum lagi selamat.

Dia pusing belakang dengan penuh debaran. Mata meliar memerhati sekitar kawasan. Dahinya juga sudah basah dengan peluh.

"Aku kena call ... aku kena call pejabat!"

Hembusan nafas di tengkuknya membuatkan dia berpaling belakang dan tembakan rambang terlepas dari tangannya, memberi riuh di malam yang sepi!

HAZEL mencelik mata. Dia mengeliat kecil sebelum bangun dan duduk. Pandangan di bawa terus ke jam digital yang terletak elok di atas meja. Angka menunjukan pukul 7 pagi. Awal dari hari kebiasaan.

Dia mengosok mata sambil  berjalan menuju ke tingkap. Mata segar menatap pemandangan luar. Teringin betul dia nak keluar jalan sorang-sorang tanpa, Aldean. Tapi Hazel terikat. Dia bagaikan burung yang dikurung dalam sangkar! Dia hanya keluar bila Aldean mengajaknya sahaja atau dia kena bagitahu ke mana dia hendak pergi.

Begitulah hari-hari bosan yang dia perlu hadap. Tapi dia tidak kisah asalkan dia selamat dari ancaman. Kadang-kadang tepu juga duduk rumah.

"Sampai bila aku nak duduk sini?" Hazel mengadu pada diri sendiri.
Ya, tak akanlah dia nak bergantung hidup dekat Aldean je. Tambah lagi, dia bukan siapa-siapa pun untuk Aldean.

Lelaki itu tolong atas dasar simpati. Sesiapa sahaja bila terjumpa orang susah akan timbul rasa simpati dan akan pergi tolong betul tak?

Pikiran Hazel menjadi buntu bila fikirkan cara untuk keluar dari rumah ini. Banyak benda dia kena fikir. Salah satunya, dia tidak tahu kemana hendak pergi selepas ini. Kedua, dia tidak ada duit sesen pun sekarang ini. Ketiga, dia bimbang keselamatannya.

Hazel mengeluh panjang. Kusut kepala otak memikirkannya.

Ketika keluar dari biliknya, dia bertembung dan berlanggaran dengan Aldean. Hazel terundur lalu belakang badannya terkena tombol pintu. Manakala, tablet Aldean terlepas dari tangannya lalu menghempas lantai.

"Adoh!" Hazel mengeliat sakit.

"Maaf, saya tak nampak. Awak okay ke?"

"Sakit sikit je." Wajah diangkat. Lelaki itu segak mengenakan baju kemeja biru muda serta dipadankan dengan tali leher hitam. Hazel terpaku disitu.

"Betul ni? Saya boleh panggil Iris datang tengok."

Hazel terkejut. Sedar-sedar je Aldean sudah terpacak depan matanya. Dengan wajah polos dia terkebil-kebil melihat Aldean.

Dari dekat dia dapat meneroka muka lelaki itu. Dekat situlah dia boleh nampak jerawat dan tahi lalat yang dia tidak permah kisah pun sebelum ini.

Amboi! Benda itu pula yang dia tengok!

Hazel meneguk air liur. Sedar  daripada pikiran yang melalut, dia cepat-cepat menjarakkan diri. Aldean pula semakin maju ke hadapan sehingga gadis itu mula tidak selesa.

Hazel mengudur lagi sampai badannya bertembung dengan dinding. Tiada ruang lagi untuk dia lari.

"Awak jangan dekat sangat!" Jerit Hazel.

Aldean tersentak. Perlahan-perlahan dia tunduk lalu mengosok belakang tengkuk dan tergelak kecil. Tidak sangka rasa prihatinnya telah menimbulkan rasa kurang selesa.

Aldean mengutip tabletnya sambil diperhatikan senyap oleh Hazel.
Aldean mengangkat sebelah kening.

"Kenapa tengok saya macam itu? Muka saya ada apa-apa ke?" menyengih seperti kerang busuk.

"M-mana ada. Awak pergilah kerja cepat. Kalau lambat boss marah!"

"Bukan saya pernah cakap ke yang saya ni boss?"

Hazel mengerut dahi. Aldean ada cakap ke? Ah, tidak ada kerja dia nak ingat balik! Bukan penting sangat pun. Pergi lantaklah kalau kerja kuli sekali pun.

Hazel sebenarnya tidak peduli langsung pun pasal orang lain. Lagi-lagi dengan orang yang tidak kenal. Dia hanya peduli dekat diri sendiri sahaja.

"Err ... tak apalah. Saya pergi dulu. Bye!"

Selepas Aldean pergi, dia duduk di ruang tamu. Tv terpasang tapi fikirannya jauh dihanyut laut. Orang gaji datang rumah pun dia tidak perasan. Sarat dan padat sangat otak ketika ini sampaikan dia jadi seperti patung cendana.

"Ah, aku bosan!" Hazel campak bantal ke lantai lalu berdiri.

Kaki diorak perlahan. Membawa diri menuju ruang dapur. Mahu mengintai Maria apa dia tengah buat. Ternyata orang gaji Aldean tengah sibuk menyelongkar peti ais.

Dia membuka langkah sangat perlahan. Maria tidak perasan kerana terlalu sibuk membongkar.

"Akak ... buat apa?" tanya Hazel lembut.

"Opocot telur kau meletup! Pom kebabom! Eh kebombom pecah meletup!" latah Maria panjang.

Sepapan telur yang dipegang habis bertebaran ke udara dan jatuh pecah di atas lanatai. Hazel yang berdiri di belakang sudah tersengih serba salah.

"H-Hazel nak apa? K-kenapa terkejutkan akak macam itu?" kata Maria mengelabah.

Tanpa memandang Hazel, dia cepat-cepat keluarkan plastik dari poket dan mengutip kulit telur. Sayang tahu tak sepapan telur terbang selepas itu pecah macam itu je!

"Akak nak saya tolong?"

Maria meneguk air liur dan pandang Hazel sesaat.

"Eh, tak perlu. Ini kerja akak." Laju dia mengutip semua kulit-kulit telur.

Gadis bermata coklat hanya diam melihat. Orang tidak sudi nak buat macam mana lagi kan? Oh ya, dia perasan Maria ni takut dengan dia sejak awal lagi. Maria seperti tidak berani pandang mata dia lama-lama. Maria juga banyak mengelak dengan alasan banyak kerja. Biasanya siap sahaja semua kerja-kerja rumah, Maria terus balik!

Tangan menyilang ke dada. Maria yang kini sedang mengelap lantai dipandang sebelum berkata "Akak takut dengan Hazel ke?"


  .....
Apa jadi dekat Maria?🙃









































ANOTHER SIDEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt