21. TERCICIR

22 3 6
                                    

Dia menggigil ketakutan. Tengkuk Seth yang masih tertusuk pisau dipegang. Ketika ini air mata berjurai tanpa henti. Hanya esakkan kecil kedengaran.

Kepalanya tidak lagi dapat berfikir panjang.

Apa yang ada dalam benak fikiran hanyalah ketakutan, panik dan sedih. Perasaan ini juga telah memakan seluruh badan Sera.

Dia lemah, serta tidak mampu berfikir dengan bijak seperti biasa! Lalu terketar-ketar tangan memegang pisau. Wajah Seth yang sedang bergelut dengan rasa sakit, dilihat sejenak.

"Kak ... sa ... kit ...." Kelopak mata Seth semakin redup. Pipi mulus Sera sempat diusap.

Sera menggenggam pisau. Dalam hatinya mahu cabut. Jika itu yang boleh hilangkan rasa sakit, Si Adik. Dia lagi tak sanggup melihat adiknya terseksa depan mata!

"Jangan cabut!" Suara keras melarang.

Sera terkejut dan berpaling ke sisi. Kelihatan sosok tubuh hitam datang mendekati.

"Kalau kau cabut, dia boleh mati sekarang. Kau nak dia mati?"

Lembaga itu berhenti apabila jarak mereka hanya tinggal lima langkah. Nampak hitam berbulu dan besar. 

Badannya yang besar dan tegap mula menyusut perlahan. Bentuknya nampak kecil seperti seorang wanita.

"Ada telefon?" suara lembut menyoal.

Sera mengecilkan mata. Dada berdebar-debar laju! Dia mahu melihat rupa sebenar lembaga berbulu ini.  Tetapi tidak jelas kerana wajah juga ditutup dengan bulu hitam. Cuma hidungnya mancung seperti serigala.

"Si ... siapa?" balas Sera takut-takut. Bekas Air mata di lap perlahan.

"Cepatlah. Kalau lambat nanti dia mati." gesanya lagi.

Gadis itu tersentak. Kelam kabut dia mengeluarkan telefon, lalu dia menghulur laju. Tak ada masa untuk dia mempersoalkan tentang hati budi orang yang ikhlas mahu menolong.

Sera meneguk air liur berkali-kali. Tubuh Seth dipeluk erat. Dia memerhati dari atas sampai hujung kaki. Berusaha untuk melihat wajah sebenar lembaga itu.

"Nah, minta tolong dengan dia. Dia ni dulu majikan ibu kau." 

Hazel menyerahkan telefon Sera. Nombor itu sudah dipanggil. Hanya tinggal diangkat sahaja. 

"Kejap! Kau ni siapa? Kenapa tolong aku?" Gadis itu tetap mendesak mahukan jawapan.

Dia kekal membisu. Badan dipusing sebelum terus memanjat tembok lalu mendepakan kedua belah tangan.
Perlahan kakinya melangkah.

Muka Sera jelas keliru. Mulutnya ternganga melihat reaksi lembaga itu. Gila? Nak terjun bangunan ke?

"Hello?" Suara garau menjawab.

Tapi perhatiannya tertumpu pada sosok tubuh di hadapannya ini. Bagai kertas melayang ditiup angin, dia melayangkan tubuh jatuh ke bawah dan hilang dari pandangan mata, Sera.

"Hello? Siapa ni? Jangan main-main!"  

Sera tersedar apabila terdengar jerkahan. Kemudian, dia cepat-cepat merapatkan telefon pada telinga.

" To ... tolong saya."  balas Sera gagap.

"Siapa ni?"

"Saya anak Maria. Tolong ... kami cedera parah!"

PAGI yang haru-biru. Orang lain bangun tidur dengan senyuman pagi. Tetapi dia bangun tidur dengan senyuman kelat. Dia dan tugasnya tidak dapat dipisahkan! Sentiasa sibuk. Sampaikan teman wanita pun lari!

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now