3. FRIEND ZONE

163 24 1
                                    

Dia menghempas badan pada sofa. Tengelam Aldean dalam kelembutan sofa biru itu.  Dia mencapai remote yang terselit di punggungnya. Ekor mata menangkap sosok tubuh perempuan di tepinya.

Tercegat di situ. Terkejut beruk dia dan melompat melihat siaran drama bila remote ditekan Aldean. Kemudian berlari ke arah skrin besar itu. Jakun melihat orang dalam skrin besar.

Aldean tergelak geli hati. Gelagat perempuan itu diperhati. Sekejap disentuhnya skrin. Sekejap  muka di dekatkan. Sungguh bersinar mata kali pertama melihatnya.

Genap seminggu perempuan itu duduk rumah Aldean.  Kelakuannya semakin hari semakin baik. Bila diperhatikan perangai liar masih ada tapi ikut mood dan masa dia. Sebab itu Aldean berani lepaskan harini.  

"Tepi sikit saya nak tengok tv ni." terpaksa dia alihkan posisi badan.

Bila perempuan itu bergerak ke kanan,  Aldean bergerak ke kiri. Bila dia ke kiri,  Aldean bergerak ke kanan. Betapa gigih Aldean nak tengok tv. Bukan tak nampak tapi tak seronok bila tengok tv lepas itu ada yang menghalang pandangan.

Perempuan itu pantas toleh sambil menekan jari pada skrin tv. Ditunjal-tunjalnya skrin tv berinci 98 inci. Senyum Aldean melebar. 

"Ah, ingat comel buat macam tu? " tangannya mengosok belakang tengkuk. 

"Saya ... saya ...."

Aldean angkat muka melihat bibir mungil itu bergerak-gerak mahu memuntahkan suara tapi kelihatan macam susah sangat.

"Awak boleh bercakap? Kenapa tak bercakap dari awal? "

"Saya ... saya ... boleh ... cuma ambil masa nak sesuaikan diri dengan bahasa awak. " balasnya gagap. Jari telunjuk masih melekat pada skrin tv.

Aldean beralih ke kanan sikit lalu menepuk ruang kosong di sebelahnya. Tapi perempuan itu tak faham dan hanya terkebil-kebil pandang Aldean.

"Duduk sini."

Tanpa membalas perempuan itu menurut. Aldean mengaru belakang tengkuk bila perempuan itu terkebil-kebil memandangnya.  

"Nama siapa?"

"Tak tahu."

"Tinggal mana?"

"Tak tahu."

"Kad identiti awak ada?"

"Tak tahu."

"Awak ni misterilah." Kepala digaru buntu. Biar betul perempuan ni. Semua benda tak tahu. Habis dia duduk dekat mana hutan? Dalam gua?

Tiba-tiba perempuan itu tunjuk tv. Kepala Aldean bergerak mengikut arah tujuan perempuan itu. 

"Hutan?" kata Aldean terkejut.

"Tak ... benda besar tu apa?" suaranya kedengaran perlahan tapi ada terselit teruja.

Aldean mengulum senyuman. "Oh itu, smart tv."

"Itu apa?" kali ini kipas besar melekat dekat siling atas ditunjuk.

"Yang itu kipas."

"Kipas tu apa?"

Aldean tarik nafas panjang. Kepala digaru-garu. Tak akan semua benda dia nak kena terangkan?  Perempuan ni tak pernah jumpa ke benda-benda macam ni? 

Ting tong! 

Sebelum Aldean menoleh ke arah pintu, laju je perempuan itu toleh.  Dia pandang Aldean balik dengan muka tanda tanya. Bibirnya bergerak-gerak mahu tanya, Aldean terlebih dahulu bangun dari tempat duduk. 

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now