15. NOT ME

54 8 1
                                    

Hazel termenung depan kaca tv sambil memeluk lutut. Mata amat ralit melihat rancangan yang bertajuk 'Animals Crossing.'

Wajahnya tiba-tiba bertukar muram. Maria yang lalu lalang depan dia sambil vakum ruang tamu pun tidak dihiraukan. Selalu dia akan tegur. Mulut pun banyak bunyi tapi kali ini tidak. Sampai Maria pun jadi pelik.

"Uhumm ... kenapa dengan dia ni?" Maria datang menghalang pandangan Hazel depan TV. Dia sudah tidak takut dengan Hazel lagi.

Namun Hazel diam membisu. Dia betul-betul nampak macam murung. Sudah beberapa kali dia petik jari depan Hazel. Namun gadis itu kaku seperti patung. Pandangannya hanya menghala skrin nipis gambar bergerak sahaja. Jasad ada tapi jiwa berlayar entah ke mana.

"Hazel lapar ke? Nak akak masak apa-apa?" soal Maria. Rasanya Hazel tak turun makan sarapan pagi tadi. Hidangan atas meja pun tidak terusik sampai sekarang.

Maria mendekatkan muka lalu hidung mancung Hazel dipicit kuat. Terkejut beruk Hazel dibuatnya. Cepat-cepat dia tolak tangan Maria ke tepi. Orang gaji itu mengekek ketawa. Geli hati tengok gelagat Hazel yang kebudak-budakan. Comel betul.

Ya, mereka semakin rapat. Semakin dia rapat dan kenal Hazel baru dia tahu perangai sebenar Hazel yang macam budak manja. Tapi kadang-kadang dia perasan perangai Hazel juga berubah kasar. Namun, Hazel tidak berlakuan kasar dengan dia pun, cuma kasar pada mulut saja.

"Akak!" Hazel tarik muncung sedepa. Hidung sudah berubah merah kemerahan. Maria tersengih menampakkan barisan gigi putih.

"Tak makan pagi tadi kan? Nak makan apa? Meh akak masak."

"Daging. Hazel nak banyak." Ujarnya seraya pegang perut. Moodnya tiba-tiba berubah.

"Banyak? Kebulur ke?"

"Daging banyak tau."

"Aik, badan kecil selera makan bukan main besar!" Maria berlalu pergi sambil bercekak pinggang.

Hazel kembali duduk menonton televisyen. Tak fokus pun sebenarnya. Dia sedang melayan perasaan. Dia rindu tempat asalnya bila tengok pemandangan hutan dari televisyen. Gila tak rindu? Tempat asal dia kut!

Tiba-tiba loceng pintu ditekan dari luar. Ia berdering beberapa kali. Fokusnya terganggu tetapi Hazel tetap dengan posisinya, tidak mahu bangun tengok monitor pintu. Lama ia berdering sampaikan Maria dekat dapur pun boleh keluar.

"Siapa tu?" Katanya hairan.

"Akak Maria! Jangan buka pintu!"

"AH TAIK betul!" Kerusi bergerak menghentam dinding bila ditendang olehnya.

Fail hitam dicampak kasar atas meja lalu Kai menarik kembali kerusi tadi. " Dasar orang tua kepala botak! Kerja nak mendesak je!" Katanya bengang.

Dia cukup bengang sekarang ini dengan ketua atasnya sering menekan supaya selesaikan kes dengan cepat.

Dengan hati bengkak lagi panas dia menghempas punggungnya dengan kuat. Tidak semena-mena kerusi itu hilang pertimbangan lalu dia terjungkit ke belakang dan jatuh terlentang!

Mata Kai terbeliak sesaat. Kepalanya berpinar-pinar akibat terhentak kuat.

"Oh Tuhan! Kenapa malang betul nasib aku harini!" Katanya geram bercampur mengeluh.

Dia bangun. Kerusi ditarik kasar dan dia hempas ke lantai seperti melepaskan api kemarahan. Baru sahaja dia hendak duduk, kedengaran pintu bilik diketuk perlahan. Kai mula mencarut dalam hati. Tak boleh nak duduk senang. Ada je benda!

"Masuk!"

"A ...."

"Aku bagi kau masa satu nafas untuk terangkan apa tujuan kau datang jumpa aku ni." Kata Kai mendatar.

Tidak ada mood. Dia memeluk tubuh sambil menyandarkan badan pada kerusi. Dipandangnya mata budak lelaki yang baru sahaja setahun jagung duduk di bawah jabatannya itu. Tergangga mulut budak itu dibuatnya.

Gila siapa tak takut bila ketuanya pandang macam singa! Harini Kai memang tidak ada mood. Dia kalau ada masa mood baik memang boleh ajak bergurau. Kalau mood angin ribut taufan dia sampai memang tak boleh main-main lagi dah. Silap-silap siapa yang dekat memang kena sembur punya!

"Um ... ini file laporan yang Encik minta pagi tadi." hulurnya.

"Okay letak dan berambus dari bilik ni." balasnya dengan suara dingin. 

"Baik!" Budak lelaki itu letak fail dan terus keluar dari bilik. 

Dia hanya memandang kosong fail laporan itu. Kes yang sangat merumitkan. Tiada siapa dari jabatan siasatan yang sanggup ambil. Ya, pecah kepala nak merungkaikan misteri kes ini.

Bukti? Tidak jelas. Apatah lagi kesan atau DNA di tempat kejadian! Langsung tidak ada. Kalau ada pun bukan bukti yang kukuh. Kai sudah berpengalaman mengendalikan banyak kes besar tetapi yang ini paling pelik. Mustahil penjenayah tidak tinggal apa-apa. 

"Melainkan ... ini bukan manusia?" 

Kai menggaru dagu. Bibirnya memuncung sebelum tergelak besar sambil menghentak-hentak meja. Sampaikan orang-orang satu jabatan dengannya  juga datang menjengah dekat pintu. 

Tidak lama kemudian ketawa Kai mula surut.  Dia bersandar pada kerusi dan mengeleng kepala.

  "Ah,  mana mungkin! Itu semua mengarut."

Perlahan-lahan Kai menarik file laporan. Dia selak sehelai dua muka surat. Dahi berkerut seribu membaca laporan ringkas rakaman CCTV dan gambar dari anak buahnya tadi.

ALDEAN memandang titisan darah atas lantai.  Botol air terlepas dari tangan. Dahinya berkerut mengekori dari pintu rumah hingga ke tangga.

Rumahnya dipecah masuk? Mustahil sebab sistem keselamatan sangat ketat. Rumahnya pun tidak bersepah dan semuanya tersusun rapi. Tanda-tanda pergelutan pun tiada. Dia semakin cemas.

Semakin dia ikut semakin banyak titisan darah malah semakin melimpah. Aldean tiada pilihan selain meredah lautan cecair merah yang semakin melimpah atas tangga.

Kaki berendamkan cecair merag dipandang sambil menelan air liur.  Cecair merah atau darah? Tetapi hatinya kuat mengatakan ianya darah! Perasaan ingin tahu kini membuak-buak didada.

Dia berlari.

Jantungnya mula berdebar-debar kuat bila sampai depan pintu bilik Hazel. Biji matanya menjadi saksi bahawa darah ini datang dari situ dan bukannya tempat lain!

Dengan perasaan ingin tahu Aldean menyentuh pintu sebelum dia menolak perlahan. Saat ini biji mata Aldean sudah terbeliak besar. Dia terkejut bukan kepalang! Badannya terundur ke belakang.

"Hazel!  Kau buat apa ni!" Suara Aldean mengeras kasar.

Anak mata bergerak ke arah sosok tubuh asing yang juga terbaring berlumuran darah. Gadis itu juga turut toleh dan tangan Maria terlepas dari pegangannya.  

"Awak ...." 

"Kau bunuh Maria?" Soal Aldean dengan muka tidak percaya.

"Bukan! Awak ... bukan saya!" Dia mula mengelabah. Dipandangnya Aldean dan badan Maria bersilih ganti.

Dada Aldean turun naik menahan perasaan marah. Matanya terbeliak bagaikan mahu menelan Hazel hidup-hidup!

"Tergamak kau bunuh dia!" Tengkingnya. Terhinjut bahu Hazel dibuatnya.

Perlahan air mata Hazel mengalir turun dari kantung mata. Maria dipeluk erat. Takut. Dia terus kehilangan kata-kata untuk mempertahankan diri.

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now