11. PAHIT

71 12 3
                                    

Langkah kaki dibuka. Dia membawa diri mengisi perut yang kian menyalak lapar! Kaki terhenti sekejap di hadapan pintu lif kaca sebelum ia terbuka dengan ruang yang kosong. Aldean menghela nafas lega lalu melangkah masuk. Jari menekan huruf G yang terpampang pada skrin sebesar tablet. Bahagian kanan tepi pintu.

Apabila pintu lif mahu tertutup, tiba-tiba ada tangan yang menahan. Arin meluru masuk tanpa melihat Aldean yang berada di situ.

"Fuh! Nasib baik sempat." Katanya seraya mengelap peluh. Dia pusing belakang. Nampak saja Aldean dia perlahan-lahan dia pandang depan balik. Arin terdiam. Baru harini dia nampak batang hidung Aldean.

Kening Aldean terangkat sebelah. "Hi, Arin. Macam mana seminggu cuti? Dah sihat?" Tegur Aldean prihatin. Seorang majikan mestilah prihatin dengan pekerjanya kan?

"Um? Saya dah sihat. Terima kasih."

Arin mengundur perlahan. Dengan muka selamba berdiri di sebelah Aldean. Mereka berdua nampak sempadan jika digandingkan bersama. Dari segi ketinggian, penampilan dan paras rupa mereka semuanya nampak sempurna!

Tapi sayang salah seorang daripada mereka telah mematikan perasaan cinta. Siapa lagi kalau bukan Aldean. Hati lelaki itu telah mati lama. Arin sendiri yang tolak dia berkali-kali. Jadi dia pun move on dengan mudah. Baginya bunga bukan sekutum. Berlambak-lambak lagi jenis bunga yang ada di luar sana dan lebih baik!

Memang padan muka Arin.

"Awak nak pergi makan juga ke?" Arin memecah kesunyian.

Pintu kaca lif terbuka. Serentak mereka berdua melangkah keluar. Mereka berjalan melepasi pintu utama.

"Yep. Kenapa awak nak ikut saya?"

"Boleh ke?" Soalnya tanpa segan silu.

"Apa pula tak boleh? Kita kan kawan." Bibir Aldean membentuk senyuman.

Hati Arin tersentap. Sakit! Sekarang ini dia pula yang terkena balik. Arin menelan air liur yang terasa kelat melepasi anak tekak. Dia cuba mengawal riak wajah dengan senyuman palsu.

Pelayan-pelayan sibuk ulang-alik dari dapur ke meja pelangan. Mengejar masa yang semakin menyempit disebabkan kedatangan pelangan yang semakin padat.

Di satu sudut tepi tingkap, Aldean dan Arin sedang duduk menikmati hidangan masing-masing. Aldean meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan yang sudah pun licin. Arin mengangkat muka lalu mengerut dahi. Kelihatan lelaki itu mahu meluhakan ayat.

"Saya suka Hazel. Apa pendapat awak?"

Pahit. Keluar nama Hazel terus makanan yang dia telan terasa begitu pahit. Selera makan seperti mahu mati.

"Er ... baguslah kalau macam itu." balasnya perlahan sambil merenung pinggannya.

Aldean tergaru-garu kepala. Begitu ringkas jawapan Arin sampai dia rasa tidak puas hati.

"Itu saja?"

Arin menghabiskan suapan yang terakhir. Jus oren ditarik perlahan. Penyedut minuman disua ke bibir. Pahit tapi dia terpaksa telan juga.

"Sebagai seorang kawan, saya tak kisah pun. Saya sokong apa yang awak buat. Yang penting awak bahagia." Katanya dengan nada perlahan.

Aldean menyandarkan badan pada kerusi. Keluhan terlepas pada mulutnya. "Tapi saya risau dia tak ada perasaan dekat saya."

Arin tersenyum lebar. "Cuba awak luahkan perasaan dulu? Mana tahu dia sebenarnya ada perasaan dekat awak juga."

Di sebalik isi hati Arin, dia tengah menjerit suka! Ini bermakna dia ada peluang untuk mengambil hati Aldean balik. Belum tentu Hazel tepuk balik tangan Aldean. Lagi pun dia tengok Hazel macam budak tak betul je. Dengan asal usul tak tahu dari mana tiba-tiba tinggal dengan Aldean. Entah siapa-siapa Hazel tu.

ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now