6. MALAM

123 25 2
                                    

Hazel berlari ke hulu hilir bermain dengan kanak-kanak di taman permainan dalam Hospital. Aldean sedang duduk bersandar di bangku kayu. Iris datang membawa dua tin minuman lalu dihulur kepada Aldean. Gelak tawa anak-anak kecil dan Hazel menjadi penghibur.

"Terima kasih ... Hmm, Kau doktorkan?" Aldean buka penutup tin lalu diteguk perlahan. Tahu-tahu je Iris ni dia tengah dahaga.

Iris duduk di sisinya dengan muka serba pelik. "Kalau aku bukan doktor buat apa aku pakai baju ni?" balasnya sambil tayang baju putih yang disarung. Aldean tersengih sumbing.

"Jadi aku nak tanya serigala makan apa?"

"Makan haiwanlah ... Kau ni masa sekolah belajar subjek sains kau buat apa?  Tidur ke masa cikgu mengajar?" bebelnya sambil membuka penutup tin.

"Ke sekolah pula kau pergi?" pipi Aldean mengembung bulat sebelum buat muka tidak puas hati. Tidak pasal-pasal pula dia kena serang bertubi-tubi dengan doktor.

"Kalau kau nak tanya pasal Hazel tu, maaflah aku tak ada jawapan kenapa dia serang kau okay?"

Iris mengangkat sebelah tangan tanda menyerah. Dia ingat Iris ni semua benda tahu ke?

Aldean meramas rambut. Aduh, sakit otak sekajap fikir benda ini!

Mata dilemparkan ke arah Hazel yang jakun bermain gelongsor kanak-kanak. Siap mengekek ketawa lagi dengan budak-budak lain.

"Aku rasa dia pelik."

"Maksud kau?" Iris mengiring badan ke sisi. Tin minuman disua ke bibir lalu diteguk perlahan. Memang Iris rasa Hazel pelik sejak dari awal namun dia diamkan saja. Sebab itu hal Aldean bukan hal dia. Apa dia boleh buat sekarang ni selalu support kawan dia yang paling bebal ni!

"Entah-entah ... dia tu mutant? bahan kajian?"

"Ppffttttt!" terbeliak mata Iris!  Tersembur air dari mulut!

Aldean tergamam di situ. Tidak pasal-pasal dia terpakai pencuci muka air dari mulut Iris. Geli!

Tin minuman pada tangan Iris habis kemek dek genggamannya. Berdekah Iris ketawa.

"Ew! Selekeh kau ni!" rungut Aldean sambil menggelap muka pakai baju yang dia pakai.

Tawa Iris semakin lama semakin reda. Air mata dilap perlahan. Terhibur dengan kenyataan Aldean yang tidak masuk akal.

"Susah nak percaya tapi benda macam tu aku rasa tak ada yang mustahil zaman sekarang ni."

"Kau percaya aku?" balas Aldean teruja.

Iris mengeluh. "Macam aku kata tak ada yang mustahil."

Aldean mengalih pandangan. Mata tertarik pada Hazel. Dia mula tersenyum bila terpandang Hazel yang jatuh tertiarap di atas lantai.  Iris menjeling dari sisi dan tersengih tengok Aldean.

"Sayang~"

Laju Iris menoleh belakang sebelum tersenyum lebar. Doktor lelaki berkaca mata mengatur langkah. Mendekati.

"Okay,  laki aku datang dah. Aku gerak dulu!"

ARIN termenung menghadap laptop. Sekejap dia duduk menegak dan sekejap dia duduk menyandar. Kopinya sejuk tidak terusik sejak pagi lagi. Dia hilang tumpuan. Kerjanya untuk harini langsung tidak siap. Fikiran melayang umpama jasad duduk dalam pejabat tanpa nyawa.

"Awak tak boleh paksa saya. Memang saya betul-betul tak ada perasaan dekat awak. Saya anggap awak sebagai kawan je."

"Ah, kenapa aku tolak dia." kata Arin kesal. Tangan memicit dahi. Berpeluh dingin dia rasakan ketika ini.

Baru sekarang dia menyesal tolak cinta Aldean! Tambah lagi bila Hazel mula muncul dalam hidup Aldean malah duduk serumah lagi! Dia ingat Aldean akan terus kejar dia sampai dapat, tapi tidak! Lelaki itu seakan tertarik ke arah Hazel sekarang ini.

Arin mengurut dahi sambil memikirkan penyesalan yang tidak sudah-sudah. Kalaulah dia tidak tolak awal-awal mesti tidak jadi macam ini kan?  Dia suka lelaki itu tapi dia tolak cinta lelaki itu.

Alah,  tidak ke bodoh namanya tu? Lelaki baik ada depan mata ditolak macam itu saja. Selepas itu, bila lelaki itu cuba lagi konon kata tidak suka. Konon kata sayang tidak lebih daripada kawan. Bila lelaki itu sudah move on dan jumpa perempuan lain barulah nak menyesal bagai!

"Kau tak sihat ke Arin?"

Bukan main terkejut dia bila ditegur. Sampai mug berisi air kopi atas mejanya turut tertumpah. Arin mengelabah file kerjanya terkena tumpahan air.  Gadis yang nampak berusia 24 tahun itu cepat-cepat tolong angkat file.

"Tak ... tak aku okay je ni, Mel." tangannya menggeletar mencapai mug. Tidak sampai sesaat mug itu jatuh berderai. Semua pekerja di bahagian itu jadi terkejut.

"Arin! Kau tak boleh tipu aku tau. Aku ni kawan kau dah lama. Kau ni tak cukup tidur betul tak?"

Arin diam membisu. Perlahan dia duduk di kerusinya. Jantungnya tidak berhenti berdebar-debar. Dia berpeluh dingin dan dia menggigil sejak tadi.

"Entah-entah kau ...."

Arin melemparkan pandangan tajam. Amelia terdiam sejenak sebelum melepaskan keluhan panjang. Mata Amelia melurut ke bawah memandang kaca.

"Lepas aku kemas ni,  ikut aku pergi klinik okay?"

"Ha ... terima kasih ...."

DIA berjalan mendaki anak tangga sambil membawa beberapa beg kertas. Kemudian berhenti dan masuk ke dalam bilik Hazel yang tidak berkunci.

"Hazel? Buat apa panjat tingkap malam-malam ni?"

Terkejut dan membeku Hazel di situ. Dengan posisi kakinya sebelah sudah pun terkeluar dari tingkap.  Hazel tersengih seperti kerang busuk. Aldean di muka pintu masuk lantas menarik tangan dan haret Hazel supaya duduk di atas katil.

"Jangan buat kerja bodoh ye! Ini saya belikan baju."

"Baju?  Untuk saya?"  terkial-kial Hazel mengapai salah satu beg kertas. Tiga helai T-shirt ditarik keluar.

"Sampai bila hendak pakai baju saya pula kan? Tapi ...." Aldean tiba-tiba merenung dalam. Anak mata naik turun seperti menganalisis setiap inci badan Hazel.

Tidak semena-mena melayang beg kertas terkena kepala Aldean! Itu makan dia! Tengok anak dara orang macam nak tertembus dinding!

Hazel mula menjarakan diri dengan tangan bersilang menutupi dada. Gila tak malu?  Bila lelaki tenung macam tu!

"Saya beli Tshirt dulu untuk awak pakai dalam rumah. Tapi ...." Aldean mengosok belakang kepala. Masing-masing mengalihkan pandangan ke tempat lain apabila mata mereka bertembung.

"Eerr ... baju kecil dan seluar kecil awak saya tak belikan tau."

Hazel terpinga-pinga. Baju kecil?  Seluar kecil? Apa benda itu? Hazel loading. Dia tidak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh Aldean. 

"Tapi ini awak dah belikan?"

Aldean tepuk dahi. Ingatkan Hazel faham. Kalau dia cakap terus terang nanti Hazel pula yang malu. Sebab itu dia cakap bertapis.

"Tak apalah. Nanti saya bawa awak keluar. Saya masuk bilik dulu ada kerja sikit." Aldean sempat mengusap kepala Hazel sebelum keluar dari bilik.

Dia kembali berlari ke arah tingkap lalu duduk bertingung di situ. Dada langit yang hitam pekat dipandang. Telinga manusianya bergerak-gerak seperti menangkap bunyi. Anak mata hitam berubah merah. Hazel terus melompat keluar dan hilang dalam kegelapan malam.













ANOTHER SIDEWhere stories live. Discover now