• BAB 1 •

2.7K 67 6
                                    

"SEYRAA tu ke ? Euw, aku rasa dia langsung tak layak pair dengan Danish."

"Itu lah tu, tak faham aku dengan rumah sukan biru tu, macam mana boleh setuju Si Seyraa pair dengan Danish ?!"

"Tieyna , kau rasa apa?"

"Entah, sorry but to say laa. Perempuan tu bukan lawan aku" Balas Tieyna.

Danish memasang saja telinganya mendengar gosip tiga sekawan itu.Seronok betul mengumpat pasal dia dengan Si Seyraa.Antara banyak banyak manusia dalam sekolah ni , mereka bertiga saja yang over tak setuju dia dipairkan dengan Seyraa.

  Seyraa takda masalah pun tengok , cuma gadis tu jarang popular di sekolah. Maybe sebab hanya semata mata Si Tieyna tu yang pernah jadi ex aku, so pandai dia nak melebih lebih.

"Kau tak payah layan la kerenah Tieyna tu. Naik mual tekak aku dengar dia gosip pasal kau dengan Seyraa setiap hari." Kata Zakwan dengan muka yang menyampah mengerling Tieyna dan rakannya di meja sebelah.

Kalau boleh gosip tu, nak bagi makcik makcik cleaner dengar sekali ! Suara dia mengalahkan mc. ahh kenapa ah wujud orang macam ni dalam hidup dia. Rasa macam nak pindah sekolah.

"Entah lah , biar lah dia.Takda kena mengena dengan aku pun. So,kita duk diam je. Buat tak tahu jha dia nak kata apa. Nanti dia penat, diam lah mulut celupar dia tu" Balas Danish.

  Muka Tieyna di meja makan sebelah langsung dia tak pandang.

Sehari sebelum berita tersebar ..

  Perhimpunan antara rumah sukan sedang berlangsung. Masing masing membincangkan tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari sukan lagi dua minggu akan datang.

  Seyraa sudah lenguh duduk bersila jadi dia mengangkat kedua kaki dan duduk memeluk lutut. Kakinya terasa sangat kejang sehingga lenguh dari betis sampai ke paha. Nampaknya, Yusuf akan jadi tukang urut dia lagi malam nanti.

  Seyraa ketawa kecil.

  "Seyraa, awak berdiri sekejap boleh ?" Tegur Cikgu Layzen.

  Seyraa mengangkat kepala memandang wajah cikgu cikgu yang berdiri di hadapan dengan riak wajah tertanya tanya. Perlahan-lahan dia bangun berdiri.

  "Eh sesuai lah ni Zen ! Tengok muka pun nampak segak. Awak jadi maskot ye Seyraa ? " Cadang Cikgu Juita.

  Hmm ? Mata Seyraa sudah membulat.

  "Eh, tak apa lah cikgu. Saya tak pandai lah jadi maskot" Kata Seyraa. Dia menolak tawaran itu dengan cara yang baik.

  "Dah lambat dah, Cikgu Layzen dah masukkan nama kamu" Balas Cikgu Juita dengan senyuman manis.

  Seyraa mengemam bibir, malu. Kenapa dalam banyak banyak orang mesti aku jugak ? Cikgu cikgu semua dah rabun ke ? Hurm ^)

  Kebanyakan pelajar lelaki sudah memandang dia dan tiba tiba cikgu memanggil dia menuju ke hadapan diikuti Danish. Eh ? Seyraa hairan. sejak bila Danish rumah sukan sama dengan aku ? - hati Seyraa tertanya tanya.

  "Anak anak yang cikgu sayangi lagi lagi adik adik form one, kakak dan abang ni maskot rumah sukan kita. Mereka akan pakai baju warna biru lah nanti, jadi awak jangan tersilap barisan rumah sukan pulak nanti ye ? Faham kan ?" Terang Cikgu Juita.

  "Fahamm !!" Balas mereka serentak.

  Seyraa teragak agak memandang Cikgu Juita dan Cikgu Layzen bersilih ganti. Bagi dia, cadangan cikgu tu amat gila bagi dia. Mana kan mungkin dia akan jadi pasangan palsu Danish pada hari sukan nanti ?

  Seyraa sudah pun mencapai impian untuk membeli belah sesuka hati pada hari sukan nanti kerana ada banyak jualan pada hari tersebut. Tetapi apa yang dirancang dah terbalik !

  Dia perlu pakai baju yang merimaskan tu ? Lepastu duduk dekat khemah rumah sukan macam patung ? Heh ! Warh ? Seyraa memegang kepalanya.

  "Masih belum terlambat kalau nak surrender pun. Kalau berani, buktikan yang kau juga hebat boleh jadi maskot dan menang juara pembarisan pada hari sukan nanti" Kata Danish perlahan.

  Seyraa mencebik. Tetapi bila difikirkan juga, hadiah maskot pembarisan tahun ni agak menarik jugak. Dengar cerita lah hadiahnya wang tunai. Mesti lah wang tu dia akan dapat jugak separuh atau suku sebab dia yang jadi maskot.

  "Okay ! Aku sebenarnya boleh je cuma malas je nak tunjukkan kelebihan" Kata Seyraa.

  Danish ketawa kecil.

                   _________________


"OKAY, kelas kita dah tamat jadi semua boleh ke kelas berikutnya" Kata Cikgu Layzen.

  Apa apa jelah , Seyraa mengemas barang yang berterabur di atas mejanya. Dia langsung tidak fokus terhadap penerangan Cikgu Layzen tadi.Dia hanya memikirkan tentang hari sukan yang akan berlangsung minggu hadapan nanti.

  Buku disimpan di bawah meja. Aku harap benda ni takda si jahanam yang pergi viral kan. Kalau tersebar jugak, siaplah dia aku cari sampai jumpak siapa yang gatal mulut tu ! Biar aku sumbat mulut tu dengan belacan, sampai pedih !

"Sey ! Jom" panggil Miymi.

"Pergi mana ?" Tanya Seyraa hairan.

"Kelas sains lah ! Ish, jom. Ada benda nak sembang ni"Balas Miymi.

Jadual kecil yang dilekat di atas meja dipandang seketika kemudian dia mengambil buku sains yang berada di bawah meja.

Danish yang ketika itu hendak mengambil buku di dalam bag terpaksa pusing ke belakang , itu membuatkan dia menghadap Seyraa.

"Dah fikir masak-masak ?" Tanya Danish disertakan senyuman sinis.

Seyraa memandang Miymi yang berdiri disebelah mejanya.

"Dah !" Balas Seyraa.

Danish tersengih sahaja.

"Alah lagipun benda ni sekejap je pun hadiah lumayan tu yang boleh guna lama" Kata Seyraa.

Danish ketawa pula. Warh ? berlagak jugak perempuan ni eh ? Herh ! okay, kita tengok je nanti kut lah terjatuh masa tengah jalan ke, aku gelak je kat dia nanti.

Memang tak la nak tolong angkat !

Zakwan memanggil Danish yang leka bersembang dengan Seyraa. Danish terus bangkit menuju kepada Zakwan.

Miymi tersenyum senyum memandang Seyraa.

"Weh ! Ingat aku tak tahu ke apa yang berlaku ? Hek eleh kau tak boleh nak rahsiakan dari aku" Kata Miymi.

"Alah dah tahu tu so ? Apa yang kau nak bangga sangat ?" Balas Seyraa.

Miymi ketawa berdekah. Dia terus menarik tangan Seyraa menuju ke tangga, mereka hendak pergi ke makmal sains dengan segera.

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now