• BAB 3 •

936 46 0
                                    

SEYRAA merasakan diri dia seperti seorang pengantin hari ni. But bila bayangkan balik, yang dia pasangan Danish pada hari ini membuatkan dia rasa tidak lalu nak imagine - imagine yang dia seorang pengantin harini.

Bukannya apa, sebab harini memang dia tak buat apa langsung dan hanya berdiri dan duduk diam jer. Pakaian gaun yang entah, agak besar dan kembang tu dan design dia macam pengantin sikit.

Danish yang duduk tidak jauh daripada Seyraa yang sedang dihias oleh Cikgu Layzen dan pelajar perempuan yang lain, tersenyum memandang perempuan itu yang nampak lain sangat hari ini.

Tak nampak macam Seyraa, pelajar yang biasa biasa tu. Selalunya pada hari sukan, Seyraa adalah atlet tapi tak pasti pulak tahun ni perempuan tu join ke tidak. Tetapi, harini Seyraa nampak macam pelajar paling popular di sekolah. Danish tidak dapat mengawal senyumannya sehingga terperasan oleh Azyan.

Ketua rumah sukan itu nampak tapi dia buat buat tak tahu je lah.

"Done ! Yang Putera sudah siap ke belum ? Puteri dah siap. Amboi, Putera bersiap lambat nampak daripada Puteri"

Kata kata Cikgu Layzen selalu buat Seyraa rasa malu dan segan. Puas dia menahan senyuman pagi ni. Haishh !

"Siap lama dah cikgu" Jawab Danish.

Semuanya sudah siap, dan para para pembarisan pun sudah bersedia, mereka hanya menunggu pasangan rumah sukan untuk jalan bersama sama menuju ke padang.

"Eh ? Tak pakai ni" Tegur Danish lalu mengambil topeng menutup mata Seyraa. Semasa memakaikannya pada perempuan itu, antara mereka bertentangan mata melalui lubang yang ada di situ.

Masing masing leka memandang antara satu sama lain. Muncul Azyan memanggil mereka berdua, Danish berdehem kecil terus selesai mengikatnya pada Seyraa. Seyraa pula mengemam bibir malu.

Mereka terus menuju ke barisan hadapan sekali dan berdiri bersebelahan. Seyraa berdiri memegang sepanduk yang dihias lawa manakala Danish berdiri tanpa memegang apa apa.

Sudah tiba masa untuk mereka berjalan mengelilingi padang dan Danish asyik menarik baju Seyraa kerana perempuan itu jalan terlalu cepat.

"Aku jalan cepat ke kau yang jalan lambat ?" Soal Seyraa.

"Kau jalan cepat" Balas Danish. Mata Seyraa membulat, dia rasa rumah sukan mereka yang jalan paling lambat sekali sampai mempunyai jarak yang banyak antara rumah sukan lain.

"Ish korang ni asyik gaduh je dari dalam dewan tadi. Kahwin betul betul kang padan muka masing masing" Kata Azyan yang memegang bendera rumah sukan di hadapan Seyraa dan Danish.

"Mulut kau jaga sikit eh ?" Seyraa dan Danish berkata serentak dan mereka terus saling berpandangan.

"Tak payah nak tiru lah !"  Serentak lagi. Seyraa mencebik geram, sudah lah malas nak layan siapa siapa lagi. Dia terus berjalan mengekori di belakang Azyan.

Danish mendengus geram. Seyraa memasamkan muka. Seyraa terlalu ikutkan perasaan hingga dia berjalan pun dia tak nampak ada satu lubang kecil di hadapannya, terus tersungkur ke hadapan.

"Eh eh ?!" Danish sempat mencapai bahu dan pinggang Seyraa dengan kemas dan mereka saling bertaut pandangan antara satu sama lain.

Nafas Seyraa naik turun laju, jarak dia dan Danish hanya beberapa inci saja dan sekarang mereka berada betul betul di hadapan khemah yang di duduki tetamu undangan.

Semua pelajar yang nampak kemalangan tersebut membulatkan mata terkejut melihat. Banyak suara kecil sudah berbisik bisik.

Seyraa segera menepis tangan Danish yang kejap memeluk pinggang dia. Malunya harini, rasa nak balik rumah lah Ya Allah.

               __________________

"AMBOI Kak Long, cantik make - up kau. Kau main make - up ii ek kat sekolah ? kantoi bawa barang terlarang ke sekolah" Tegur Yusuf ketika dia hendak ke sekolah untuk latihan bola tampar dan waktu itu kakaknya baru pulang.

"Biarlah, nih kau nak gi mana ?" Tanya Seyraa hairan.

"Lahh, kau macam tak biasa ek aku memang selalu ke sekolah pun ada latihan" Balas Yusuf hairan dengan perangai kakaknya yang tiba tiba jadi blur petang ini.

"Ohh ! Okay, okay. Bawak moto baik baik" Pesan Seyraa.

Haihh, Seyraa tiba tiba rasa diri dia macam blur harini maybe sebab kejadian mengerikan pagi tadi. Selepas kejadian itu, di mana saja dia pedgi semua orang memandang dia.

"Aaaa !!" Seyraa menjerit sambil memegang kepalanya. Jangan, otak ! jangan ! Seyraa kau jangan ingat balik benda tu, memalukan betul.

"Hei, ya Allah kenapa ni Kak Long ?" Tanya Puan Deyla risau melihat anaknya sudah seperti orang gila yang kehilangan kasut.

"Mamaaa .. !!" Seyraa merengek dengan suara yang kuat terus dia memeluk mamanya.

"Ye, Kak Long kenapa ni? cita la kat mama" Pujuk Puan Deyla sambil mengusap kepala anaknya.

Dia menarik tangan anaknya agar mengikutinya masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa. Dia memujuk Seyraa agar bercerita apa yang terjadi sampai anaknya hampir menangis.

"Mamaaa.. " Mulut Seyraa memuncung.

______________________

"LAH sebab tu je ke .. ?" Puan Deyla mengusap pipi anak sulungnya itu. haihh , budak budak zaman sekarang.

Puan Deyla tertawa sambil memandang suaminya.

"Kak Long rasa tak selesa lah lepas apa yang terjadi antara Seyraa dengan budak lelaki tu ?" Tanya Encik Zaffar.

"Eee, malu la ayah. Ayah tahu tak Kak Long hampir pengsan waktu tu. Lepastu memang ramai yang nampak kejadian tu, pastu tu kat mana je Kak Long pergi, semua orang pandang Kak Long" Balas Seyraa dengan nada yang merengek.

"Takde apa apa kut, kak Long. Ayah harap lelaki tu seorang yang baiklah, harap dia tak bercerita tentang ni dekat kawan kawan dia tentang apa yang dia rasa" Kata Encik Zaffar.

Seyraa mengangguk laju, tapi tulah. Danish ? Agak agak dia jenis suka heboh ke tak eh dekat kawan kawan dia. Tah ah , lelaki tu macam gay ... ?? erkk entahlah tapi tak kut maybe dia jenis yang memilih yang lawa lawa saja.

Sebab dia jenis tak bergaul dengan pelajar perempuan dalam kelas. Dengan aku sendiri pun jarang lah sembang walaupun duduk dekat . Emm ..

Tieyna kan lawa, sebab tu dia pernah couple dengan Tieyna ... Werkk !!

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang