" KENAPA mata tu nampak macam kena tumbuk je . Bergaduh dengan Yusuf ke ? " Tanya Danish .
Seyraa auto pegang muka dia . Rupanya takda apa pun .
" Itu bukan kena tumbuk lah " Balas Seyraa . Dia mengalihkan wajahnya daripada terus dilihat oleh Danish . Beberapa barang hantaran di rak situ dipegang .
" Habistu ? Jerawat ? "
" Ish ! " Seyraa menunjukkan bentuk penumbuk ke arah Danish .
" Kau ni , jangan nak ambik mood aku bole ? tumbuk kang senyap kut " Kata Seyraa .
" Kenapa tak pakai je produk yang boleh hilangkan jerawat " Kata Danish . Wajah Seyraa yang memerah tu menarik pa dengan mata Danish .
" Satu je kan . Bukannya banyak pun , buat habis duit je beli " Balas Seyraa .
Seyraa hanya berjalan ikut kehendak dia sendiri sebab dia taktahu apa yang Danish nak beli . Dia pun taktahu nak beli apa untuk barang hantaran . Kahwin saja tak boleh ke ? Macam membazir je barang barang hantaran ni .
Tiba tiba Danish masuk ke dalam Watsons . Seyraa mengikut Danish .
" Buat apa masuk sini ? " Tanya Seyraa .
" Saja . Kenapa , lelaki tak boleh masuk Watsons ek ? Perempuan je ? " Balas Danish . Dia terus masuk ke dalam mengelilingi satu kedai .
Seyraa hanya mengikut saja . Maybe hantaran barang barang keperluan macam ni kut , dia pernah lah nampak dekat tv orang kahwin ada barang hantaran macam ni .
Sewaktu dia ralik menilik satu produk yang ada disitu , Danish sudah tiada berdekatan dengan dia . Gelabah dia cari Danish . Takkan lelaki tu tinggal dia kut , kalau tersesat tak jumpak nanti macam mana ?
Dah lah duit yang dia bawak tak cukup nak bayar duit grab . Puas dia melilau setiap lorong , tiba tiba Danish ada di kaunter pembayaran . Sekejap ya dia beli barang . Tak tanya pendapat aku pun ?
" Jom "
Danish sudah selesai membayar .
" Beli apa tu ? " Tanya Seyraa sambil mereka berjalan keluar daripada Watsons . Agak lenguh bila dia nak bercakap dengan Danish , dia terpaksa melangut sebanyak 180 darjah keseluruhan .
Danish tersenyum . " Nah ! "
" Apa dia ? "
" Tengoklah sendiri " Danish melepaskan plastik berisi barang itu kerangan Seyraa .
Tangan dimasukkan ke dalam poket ambil berjalan dia memandang kedai yang ada disekeliling . Asyraaf membuka plastik tersebut .
" acne beautyface serum ? "
Macam.mana dia tahu aku pakai produk ni ? Scammer betullah dia ni . Banyak jugak dia tahu pasal aku . Ayah kasi tahu lah tu . Dia kan dah rapat dengan ayah .
" Pakailah kat rumah nanti " Kata Danish . Dia mengukirkan senyuman apabila Seyraa langut memandang dia .
Pendek lah perempuan ni . Patut ke dia beli ubat tinggi ? Emm tak payah lah , pendek lebih comel .
" Aku pernah baca satu ayat kan . Ustazah tu cakap , lelaki tu kalau betul betul dia ikhlas sayangkan seseorang perempuan tu , dia akan terima apa saja kekurangan yang ada dekat perempuan tu " Kata Seyraa .
Danish mengangguk setuju dengan apa yang Seyraa cakap tu .
" So , takkan satu jerawat je kau tak boleh terima ? " Kata Seyraa .
Danish terdiam . Ada saja perempuan ni nak melawan . Danish mengambil plastik itu daripada tangan Seyraa .
" kau salah faham ni . Kau ingat aku lelaki macam tu ke ? Sebenarnya aku tahu , muka kau dari sekolah menengah lagi memang bersih takde jerawat lansung . Kalau ada pun satu je kan , tu pun sebulan sekali and then hilang balik . Aku beli sebab aku tahu kau tak suka kan jerawat ? So aku belanja lah " Kata Danish panjang lebar .
Seyraa ketawa sinis . Dia mengambil semula plastik Watsons daripada tangan Danish .
" Dia nak , tapi ego " Kata Danish .
" Thanks " Seyraa tersengih .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
" HANTARAN nak berapa ? 10k ? ke . . 15k ? " Tanya Danish .
Aiskrim Yogurt disuap kedalam mulut tanpa henti . Kedai yang Seyraa suggest ni sedap sangat makanan dia .
Banyaknya sampai nak 15 ribu duit hantaran . Kerja hebat jugak dia ni .
" Seratus sudah lah " Balas Seyraa . Memikat aiskrim sambil bermain telefon . Dah ada bateri , beli Powerbank senyap senyap tadi .
Kalau Danish tahu mesti dia marah . Dia kata kenapa tak suruh dia beli je . Hey , dia tu bukan sesiapa lagi untuk aku nak belanja macam macam dah . Tunggulah jadi suami isteri nanti , aku mintak KFC satu lori .
" Hey , mana boleh seratus ! Sikit sangat tu . Takpelah , ikut suka aku nak bagi berapa yang penting 1k ke atas . Kalau tanya kau , merapu je kerja " Balas Danish .
" Betullah , okay la tu . Aku tengok dalam tv hantaran dia 80 ringgit je " Kata Seyraa .
Dia taknak kalah dengan Danish bila dia rasa Danish memperlekehkan dia dalam bab hantaran nikah semua ni . Pasal beli barang tadi pun dah berdebat dah mereka depan pembantu kedai .
" Itu tv . Kau hidup nyata sekarang . Lain lah , tv tu dah siap sedia jalan cerita dia ! Kita ni belum tahu apa nak jadi lepas ni " Kata Danish . Seolah olah memberi nasihat terhadap Seyraa .
" Okay , okay . Thank you for your information "
Seyraa menyambung menjilat aiskrim . Danish memandang Seyraa yang agak nampak degil . Eee geram je dia dengan. Perempuan ni . Nasib sayang je . Lepas kahwin nanti dia akan buat Seyraa sayang dekat dia .
Kalau sekarang tak boleh , belum halal lagi . Huwaa .
YOU ARE READING
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
Romance1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...