• BAB 2 •

1K 53 0
                                    

SEYRAA merenggangkan badan di atas katil sambil mendengar Cikgu Layzen menerangkan tentang acara pada hari sukan nanti.

Masa masih lagi berbaki dalam minggu ini , kemudian hari Isnin minggu depan dah mula. Seyraa takde lah rasa getar sangat, dia dah bersedia sepenuhnya cuma tak pasti cara nak lalui nanti.

"Okay ya murid murid , saya harap kamu semua jadi sporting lah sikit antara satu sama lain eh , bincang bincang antara ahli rumah sukan .. and then Ammar sebagai Ketua rumah sukan, mainkan peranan sikit ye" Kata Cikgu Layzen dengan suara yang tersekat .

Bukan suara cikgu yang tersekat tetapi takda lineee !!

"Okay , jadi Seyraa deng... da.. nish .. dah boleh berbincang .. du .. a"

Aduhh !! Time time sekarang dia nak sekat sekat ?? Cikgu cakap apa tadii ?? Err !

Cikgu nak suruh aku chat Danish ke ? Erk , tak kut hehe.

Google meet sudah pun tamat Seyraa melepaskan keluhan berat. Patut pun line slow bukan main, tempoh simkadnya sudah tamat pada esok hari. Seyraa turun dari katil ingin keluar ke dapur untuk makan malam walaupun sudah makan selepas maghrib tadi.

Otaknya masih ligat memikirkan cara dia nak bercakap dengan Danish nanti. Cococrunch dituang ke dalam mangkuk kecil dituruti air susu. Selepas menyimpan susu dan cococrunch ke dalam peti ais, Seyraa membawa makanan tersebut ke dalam biliknya.

Perangai ni dah terbiasa dah , selalu bawa makanan masuk ke dalam bilik walaupun selalu kena marah dengan ayah tetapi masih ulang juga perbuatan ni.

"Ada orang call eh tadi ?" Seyraa menyoal diri sendiri.

Dia mengambil telefon yang tersembunyi di bawah bantal, terdapat lima panggilan yang tidak dijawab daripada nombor yang dia tidak kenali.

Seyraa gelabah apabila nombor itu call dia semula.Confuse bangat ni nak angkat ke tak ? kut kut la ni nombor Danish ?? Ish, ke situ pulak aku fikir, semua sebab Mimiy lah nie,  disebabkan dia aku dah pandai nak tergedik gedik berantai dengan Si Danish tu.

Mimiy memang ah, haih kalau tak ajak aku beria sekali dengan dia memang tak sah sangat. Seyraa membiarkan saja panggilan itu, sehingga telefonnya tidak berbunyi lagi.

Nak call semula pun kredit dah takde.

                  ________________

"HEY, Seyraa awak jangan jalan terlalu cepat ye. Awak mesti jalan selari dengan Danish baru nanti barisan kamu dari depan sampai lah ke belakang semua nampak sama dan tersusun. Haa, baru cantik macam tu" Tegur Cikgu Juita dengan suara yang lantang.

Nasib traptai je ni, kalau tak Seyraa memang malas. Dah macam nak pergi temuduga menjadi calon permaisuri negara pulak.

Cikgu Layzen menarik tangan Seyraa agar berdiri tegak di sebelah Danish and dipaksa senyum pula. Seyraa senyum jelah kemudian, dia di ambil ukuran badan pula untuk cikgu mudah memilih baju.

"Seyraa , awak nanti kan saya dah tempah tukang make - up untuk awak sebab saya tak nak nanti kalau bagi kat kawan kawan awak yang pandai make - up ni ke, risau saya kalau diorang make - up awak tebal tebal ke. Nanti rosak muka awak yang cantik ni" Kata Cikgu Layzen membuatkan Seyraa betul betul kembang.

Cukup harini sebanyak berbelas kali dia dipuji dan hampir hampir dia nak riak tadi, haihh sebab tu lah dia tak suka kena puji err. Selepas itu dia menuju kepada Shira Shu yang rumah sukan sama dengan dia.

"Weh ! Kau tak payah risau lah Seyraa nanti kalau kau nak apa apa ke kitorang tolong belikan !" Kata Shira.

"Hm, aku ingat nak jalan jalan nanti. Weh tak sangkanya !" Balas Seyraa.

"Tak sangka apa ? Tak sangka tak dapat bebas hari sukan nanti atau .. tak sangka kmyang kau dapat pair dengan Danish ?" Shu bertanya.

"Hurm, tak lama mati kau kang dengan aku nanti. Aku sedih ni, weh aku rasa nak tarik diri lah. Aku rasa aku tak layak duduk sebelah dia" Kata Seyraa.

Kali pertama dia merendahkan diri yang melibatkan seorang lelaki. Sumpah ini akan jadi kali terakhir buat dia.

"Weh kau ni Seyraa ! Bersyukur jelah dapat pair dengan Danish tu ! Kalau boleh lepas lepas tu jatuh la cinta mesti sweet kalau korang berdua couple ?" Kata Shira.

"Dia mula dah .. " Shu memerli Shira.

"Weh kau kenapa siak Shira ? Macam akal hilang je ?" Soal Seyraa.

Shu ketawa dan selepas itu diikuti oleh Seyraa. Wajah Shira sudah cemberut masam apabila dikenakan oleh Seyraa tadi.

"Hei, makcik gelak apa kat belakang tu ? apa kata kamu makcik berdua yang berdiri tu datang tolong saya bincang sekali sini" Tegur Cikgu layzen dengan suara yang lantang.

Seluruh isi khemah memandang ke arah mereka sekilas. Seyraa turut dimarahi oleh Cikgu Layzen kerana duduk saja tanpa berbincang dengan ahli rumah sukan yang lain yang mengambil tugas dibahagian maskot.

"Sey ! Sini jap " Panggil Azyan.

Tanpa berlengah Seyraa terus menuju ke arah Azyan. Lelaki itu melihat ke arah dia dengan Danish berselang seli selepas itu dia mencekak pinggang seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa, Zy ?" Tanya Seyraa, hairan.

"Kau nampak pendek sangatlah bila berdiri sebelah Danish. Perlu ke ek pakaikan kau dengan kasut tinggi ?" Bagitahu Azyan dengan wajah yang berkerut , konon sedang berfikir dengan ligat.

"Taknak lah aku. Biar jela aku pendek pun. Bukan orang nak tengok aku pun" Kata Seyraa dengan tegas, macam membazir jhe cadangan diorang ni.

Haihh, penat aku. Seyraa duduk di atas kerusi sambil melihat barang barang perhiasan untuk pembarisan nanti.

Actually mudah juga kerja jadi maskot ni , just jalan saja dengan perkahan and then tunduk hormat sikit astu duduk diam je sampai pertunjukkan rumah sukan habis astu blah lah.

Danish tersenyum nipis memandang Seyraa.

"Yelah yelah ! Seyraa dengan Danish dengar sini aku terangkan.Waktu korang berdua dah sampai depan pengetua nnti, memang penonton dah mula beri perhatian kat korang berdua, and then ... " Azyan menerangkan cara cara posing di atas pentas nanti kepada Seyraa dan Danish dan ini adalah last perbincangan so that esok cuti and masih berbaki hari Ahad minggu depan dan seterusnya Isnin terus hari sukan sekolah.

"Awak berdua tak payah buat apa apa pun, just berjalan je sebagai maskot rumah sukan. Danish tengok Seyraa and Seyraa tengok Danish , saya nak ada gaya penarikan sweet kat situ ." Terang Cikgu Juita dengan semangat.

Seyraa dan Danish sudah saling berpandangan, segan pulak dengan pelbagai cadangan pelajar yang lain datang menyibuk. Yang harus dimikirkan sekarang adalah mereka berdua boleh buat ke tidak benda tu ?

Yang lain senang senang jer canang cadangan macam macam, yang nak kena beraksi nanti Danish dengan Seyraa. Haihh, sudah lah.

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now