• BAB 22 •

501 28 0
                                    

       BILA DIA dengar bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah , Yusuf terus excited melompat buka pintu . Bila kakak dia keluar dari pintu kereta ja satgi dia akan terus peluk kakak dia .

       Maklumlah asyik berpisah je . Sendulah adik yang sorang ni . Nasib terpaksa fokuskan dekat SPM taklah rasa rindu sangat dekat Seyraa .

       Elok je Seyraa keluar daripada kereta , tubuh dia terus dipeluk Yusuf . Dia tak faham kenapa adik dia ni rindu sangat dengan dia padahal dia tak rindu pun dekat adik dia ni . Tapi ada lah sikit , rindu nak gaduh semua tu .

       " Angkat ni " arah Seyraa .

       Yusuf mengangkat bag pakaian Seyraa dan masuk ke dalam rumah kemudian dia membantu ayahnya berjalan masuk ke dalam rumah . Kaki ayah dah tak okay lepas  kemalangan 4 tahun yang lepas .

        2 tahun ayah duduk atas kerusi roda , kemudian ayah dah boleh jalan sikit sikit tapi masih perlukan bantuan tongkat . Umur ayah dah semakin tua .

        Sejak dia duduk di universiti , Yusuf yang tolong mama buat penghantaran makanan . Yusuf pun hampir pernah nak accident sebab bawak moto laju sangat . Waktu hujan pulak tu .

        Berdasarkan apa yang dicerita la melalui telefon .

        " ayah . Sihat tak ? Ibu ? " Tanya Seyraa .

        " Sihat . . Ayah ni dah tua tua pun duk rindu lagi . Sampai setiap hari nak telefon " Balas Puan Deyla .

        Encik Zaffar tersengih sambil melabuhkan duduk di atas sofa . Yusuf tiba tiba hilang lepas dia suruh letak bag dalam bilik tadi .

         " Seyraa kalau mama cakap ada orang datang meminang Seyraa , apa Seyraa rasa?"  Tanya Puan Deyla .

        " Mama ni . . "

        " Ayah pun tak sabar ni nak tengok Seyraa kahwin . Nak ada cucu , ayah nak main dengan cucu ayah " Sampuk Encik Zaffar .

        Seyraa menjeling ke atas .

        " Ayah pun sama "

        " mama kata Seyraa ni kalau kita stop dia tak ingat lah . Kalau cakap baru ingat . Tu yang mama asyik sebut je . Seyraa . . kalau Seyraa takut tersalah pilih suami , ayah bokeh tolong pilihkan " Kata Encik Zaffar .

         Ayah nak pilihkan ? Hermm sebenarnya dia teringat apa yang someone pernah cakap dulu . Dia kata dia akan pastikan aku jadi isteri dia suatu hari nanti . Dan suatu hari nanti tu tak tahu bila .

        Sometimes I really hope that what he says is right, why was I so egoistic .

        " Takpalah ayah . Biar jelah jodoh tu datang sendiri . Lagipun Seyraa ni muda lagi tau , belajar pun baru habis dua semester . Ada lagi satu semester lagi . Pastu Seyraa nak kerja , Seyraa nak sara hidup ayah dengan mama lepastu baru Seyraa fikir kahwin okay ? " Kata Seyraa panjang lebar .

       " Buat apa Seyraa nak sara hidup ayah dengan mama ? Duit pencen yang ayah dapat setiap bulan tu kadang kadang dah cukup untuk kita sekeluarga . " Balas Encik Zaffar .

       " Yela , nanti kan Yusuf nak masuk universiti . Mestilah pakai duit banyak kan ayah . . "

       " Adik kamu tu dari bulan lepas lagi dah dapat tawaran masuk sekolah sukan . Jangan risau lah , dia cuma tinggal untuk belajar bagi dapat keputusan cemerlang je untuk lulus masuk sekolah sukan " Sampuk Puan Deyla .

        " Sekolah yang dekat Kuala Lumpur tu ? " Tanya Seyraa tidak percaya dengan bakat yang ada dekat adik dia .

        " Iya Kak long . Kalau boleh bulan ni aku dah ada dekat sana . Tapi cikgu cakap stay dulu kat sini . Lepas SPM baru cikgu bagi "

        Yusuf datang dari ruang dapur dengan membawa beberapa kotak coklat Cadbury .

        Seyraa memang tak fikir dah pasal apa yang Yusuf cakap tu tapi dia terlalu teruja nampak coklat yang banyak dekat tangan Yusuf tu .

        " Nak ! "

        " Erh ! Nah "

                ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

       " KUAH tu , gaulkan dia lagi bagi nampak pekat sikit . Kalau cair tak sedap la sayang "

       Teguran Puan Deyla tu tidak memberi apa apa kesan terhadap  Seyraa . Kata mama , Seyraa perlu belajar memasak mulai sekarang . Macam la esok dia akan jadi isteri orang .

       " Mama , carrot ni nak letak bila ? " Tanya Seyraa sambil menunjukkan dua batang carrot kepada Puan Deyla .

       " Carrot tu simpan lah sayang , mana ada orang bubuh carrot dalam asam pedas " Balas Puan Deyla .

       Ouhh , like that . Mesti malukan kalau dia tanya ibu mentua dia macam ni lepastu auto kena halau keluar rumah . Macam epic je cerita dia ni . Macam dalam drama .

        Puan Deyla menggeleng kepala melihat anak dara dia tu . Bukan malas nak belajar , cuma taknak je . Kalau rajin tu ada dah lama semua lauk ni Seyraa dah boleh masak sendiri .

        Seyraa duduk di meja makan sambil menghirup jus oren yang dia buat sendiri . Yes , kepakaran Seyraa adalah suka buat jus . Maybe sebab tu Kut dia sentiasa sihat . Jarang jatuh sakit hshsh .

       So my husband will be healthy too, right? .

       " Seyraa , dah mandi belum ? " Tanya Encik Zaffar yang bertongkat jalan datang ke dapur .

       " Belum . Kenapa ayah ? "

       " Pejabat kesihatan datang nak check air denggi . Tak tahu pukul berapa sampai sebab sekarang mereka ada di rumah sebelah " Kata Encik Zaffar .

       " Dah pukul 11 setengah tak reti reti nak mandi lagi ."  Puan Deyla memerli anak dara dia .

       Seyraa memuncungkan mulut . Bosan la dengar mama ni asyik berleter je dari tadi . Berleter pasal kahwin macam lelaki teruna kat dunia ni hampir pupus .

        importantly now, she must have stop hope near what Danish had once said.

      

     

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now