" JANGAN ! "
" Apa mama ? "
" Sudah , pergi tengok lauk tu dah masak ke belum "
Hmm , Seyraa bangun dengan malas menuju ke periuk terisi dengan tomyam . Sendu di ambil dan dia menggaulkannya perlahan . Mama suruh dia goreng ikan tapi Seyraa taknak !
Seyraa takut minyak panas . Seyraa tahu masakkan lauk je sebab tak payah nak mercik mercik dah . Lepastu mama marah !
Tiba tiba terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumah . Seyraa buat tak tahu je , yang mama pulak kalut . Dia harap tu bukan Danish .
Lelaki tu takde kerja ke , bukan dia kerja detektif ke . Detektif bukan sibuk ke selalu . Herhh , mengapa dowh . Dia taknak kahwin lagi . . . hmm .
" Assalamualaikum pakcik " Sapa Danish terus menyalami tangan orang tua tu .
" Waalaikumussalam . . Nak jumpa Seyraa ke ? " Tanya Encik Zaffar .
" Haahh , kan ada barang nak kena beli . So saya nak mintak izin pakcik nak bawak Seyraa keluar sekejap . Boleh ? " Balas Danish .
" Boleh . . "
Encik Zaffar mengajak Danish menunggu di ruang tamu sementara Seyraa sedang bersiap . Dia dan Danish berbual sehingga bergelak ketawa . Encik Zaffar memang mudah terhibur .
" Ish ! Bencinya ! Kenapa mesti hari ni ! Tak boleh ke minggu depan ? Tak boleh ke bagitahu dulu sebelum datang ? "
Seyraa bercakap seorang diri sambil mencari baju di dalam almari . Habis baju yang dikeluarkan , dia malas nak sangkut semula jadi dia lempar je kebawah . Nanti balik dia kemas la .
" Tak payah nak cantik cantik sangat kut . Pakai jela tshirt . Janji sopan , nak pakai baju kurung kang kena iron dulu pulak . Takde masa dah ni . "
Dari tadi Seyraa menyoalkan kepada diri sendiri . Tiba tiba teringat baju kurung berwarna hitam yang dia iron dua minggu lepas . Niat nak pergi kenduri tiba tiba tak jadi .
" Pakai yang ni jela "
Dia terus memakai baju kurung berwarna hitam tersebut dan memakai shawl ringkas berwarna pink belacan .
Totebag dicapai . Dia meletakkan telefon dan small purse . Takkan nak pakai duit lelaki kan , belum kahwin lagi kut . Hshsh .
Kemudian dia keluar menuju ke ruang tamu . Selamba dia mengambil minyak wangi di kabinet yang berada di sebelah pintu dan menyemburnya di seluruh badan .
Bukan tak mandi , dah mandi awal lagi . Praktis hehe , saja nak bagi wangi . Nak keluar kan .
Apabila dia kalah , Danish sudah berdiri , tapi ayah dia masih berpakaian tshirt biasa tu .
" Ayah tak ikut sekali ke ? " Tanya Seyraa . Muka dia macam innocent girl . Danish ketawa dengan pertanyaan Seyraa itu . Apa yang lawak ? Wajah Seyraa terus masam .
" Buat apa ayah nak ikut ? Kamu pergilah berdua . Jangan balik lambat sudah " Kata Encik Zaffar .
Dia menyambung membaca surat khabar . Sambil mengerling dua pasangan dihadapannya ni .
" Jom . Nanti lambat sampai dah panas terik " ajak Danish lembut .
Kekok dowh . Bayangkan classmate kau sendiri , lepastu kau dah classmate dengan dia hampir tiga empat tahun ? Kau tak rasa geli ke ? Rupa rupanya jodoh kau dekat dengan kau selama ni . Iyerk !
Seyraa duduk di bangku dulu memakai sneakers . Saja buat lambat lambat nak bagi Danish sakit hati . Hihi , sabarlah dapat perempuan macam aku ni .
" Cepatlah . Kau saja kan ? " Kata Danish sambil mencekak pinggang memandang Seyraa yang sedang memakai kasut dengan perlahan . Sabar jelah , nasib comel . Dah empat tahun berlalu tak tinggi tinggi jugak perempuan ni .
Seyraa membuka pintu bahagian belakang . Tiba tiba dia perasan yang Danish tengah usya dia . Rasa sangsi disini.
" Kenapa ? " Tanya Seyraa .
" Kau ingat aku driver kau ke ? Duduk depan " Kata Danish . Dia pergi menarik bagi yang digalas tepi Seyraa dan perempuan itu mengikut saja .
Dahi Seyraa berkerut lagi lagi dengan matahari yang sudah meninggi ni sambil memandang Danish .
" Masuk "
Danish membuka pintu untuk Seyraa .
Seyraa masuk je tanpa banyak cakap . Sepanjang perjalanan dia duduk senyap di dalam kereta . Tiba tiba ada mesej masuk baru dia teringat ada telefon dalam bag.
Baru je dia nak balas mesej Miymi , tiba tiba bateri habis . Dugaan apa ni . Seyraa memandang Danish di sebelah yang tengah fokus memandu .
Dia melepaskan keluhan sambil memandang telefon yang terpadam tiba tiba tu .
" Kenapa ? Ada masalah ke ? " Tanya Danish . Seyraa di tepi dipandang sekilas .
" Ada Powerbank tak ? " Tanya Seyraa .
Dengan nada yang tak malu . Main mintak je tanpa segan . Hshsh .
" Takde . . "
" Hmm , okay "
" Nak call siapa ? Nah ! " Danish menghulurkan iPhone nya kepada Seyraa . iPhone depan mata tu dijeling je oleh Seyraa . Perh , dia pakai iPhone kut , ingat biasa biasa .
" Bukan nak call orang " Balas Seyraa .
" Habistu ? "
" Takda apa "
Danish memandang Seyraa dengan kening yang berkerut . Complicatednya . Pelik dah orang tanya tu jawab lah . Pastu tiba tiba cakap ' teringin nak ada orang kisah pasal aku ' . Tapi bila tanya ' takda apa ' Danish menggeleng kepala .
" Perangai kau berubah ek " Kata Danish .
" Kau kenal aku ke ? " Balas Seyraa .
" Aku kenal lah , kita dah sekolah sekali selama lima tahun . Takkan aku tak kenal kau " Kata Danish .
" Ish maksud aku . Kau kenal ke perangai aku , haa sikap sebenar aku . Kau sembang macam kita ni pernah rapat " Kata Seyraa pula .
" Kenapa ? Kau rasa pelik ke , bakal kahwin dengan classmate sendiri "
" Ada kena mengena ke dengan pasal ni . Kau ni memang tak berubah lah , suka masukkan topik yang tak berkaitan "
Haihh , bila fikir balik memang rasa geli kahwin dengan classmate sendiri . Tak pernah terfikir yang suatu hari nanti kita akan kongsi segalanya dengan dia . Katil , bilik air , aduh !
" Okay , macam ni . Kalau kau rasa tak selesa , kau lupakan jelah masa zaman kita sekolah dulu . Kita fikir pasal sekarang . Kita dah masuk alam remaja , kau ingat aku main main pasal nikah semua ni ? Kau lupa ke apa yang aku pernah cakap dulu ? " Kata Danish .
Tengok . Topik tu macam takde kaitan je . Haihh , penat lah .
" Yelah yelah . Dah dah ! Malas nak bertengkar "
Seyraa memejamkan mata . Tiba tiba rasa mengantuk .
YOU ARE READING
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
Romance1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...