YUSUF dah sampai baring di dapur akibat tunggu akak dia mandi sudah melebihi 30 minit . Puan Deyla menggeleng kepala melihat karenah anak anak dia ni . Seyraa kalau orang cakap dua tiga kali faham lepastu lupa balik lah .
Yang adik dia ni dah berapa minit tunggu nak masuk bilik air nak mandi . Puan Deyla mengetuk pintu bilik air menggunakan sudip yang digunakan untuk menggoreng ikan .
" Seyraa ingat mama tak boleh tahu ke niat Seyraa . Saja mandi lama lama malas nak tolong mama masak kan " Kata Puan Deyla .
" Tah ! Kak long ni pemalas lah . Kalau Yusuf pun Yusuf sendiri taknak ada isteri macam kak long ni " Kata Yusuf selamba .
Dari dalam bilik air Seyraa mencebik sambung mengutuk adik dia dalam hati .
" Macam lah aku nak sangat kahwin dengan kau . Manja macam budak budak " Balas Seyraa dari dalam bilik air .
Puan Deyla malas melayan dua beradik tu bergaduh , dia menyambung kerjanya menggoreng ikan .
KERETA dia betul betul berhenti di hadapan rumah yang bernombor 814 . Kalau ikut location yang Cikgu Layzen send semalam , betullah nombor rumah ni .
Danish keluar daripada keretanya , dan melihat rumah tersebut . Kawasan luarnya cantik dengan susunan pasu pasu bunga orkid . Walaupun rumah tu tak bertingkat macam rumah dia , tapi dapat dilihat kawasan tepinya agak luas .
Danish semakin resah . Kadang kadang terfikir , betul ke keputusan dia ni ? Haihh , dia menampar pipi sendiri .
Please be a little Danish, don't think it's bad . Tanpa membuang masa Danish terus memberi salam .
BUNYI bising di bahagian dapur tidak dihiraukan Encik Zaffar . Dia sudah agak apa permasalahan yang berlaku tiga anak beranak tu . Kalau bukan bab Seyraa malas memasak , mesti anak dara dia yang sorang tu mandi berjam jam dalam bilik air .
Suara Yusuf yang menjerit memanggil kakaknya naik timbul apabila Encik Zaffar mendengar ada orang memanggil salam di luar rumah . Walaupun belum pasti , Encik Zaffar keluar jugak untuk memastikannya .
" Cepat lah , Kak long . Lepas zohor aku ada training ! "
" Yelah . . nak keluar lah ni "
" Yusuf ! " Panggil Encik Zaffar dari ruang tamu . Yusuf bergegas menuju ke ruang tamu . Matanya auto memandang seorang lelaki yang dia pernah nampak muka tu tapi tak ingat dekat mana .
" Ye ayah ? "
" Ada tetamu datang . Suruh Kak long buatkan air " Arah Encik Zaffar .
" Kamu nak air apa ? " Tanya Encik Zaffar .
" Ikut selera pakcik je " Balas Danish .
Sumpah kekok . Tapi Danish perlu berlagak tenang . Dia kena yakin dengan diri dia . Ayuh Danish .
Yusuf menuju ke dapur dan Seyraa keluar dari daripada bilik air .
" Kak long , ayah suruh buat air . Kita ada tetamu " Kata Yusuf .
" Tipu , kau nak balas dendam kan ? " Balas Seyraa .
" Seyraa . . " Suara Encik Zaffar memecahkan suasana . Seyraa terus terdiam . Suara dia dengar sampai ruang tamu ke ?
" Yelah , yelah . Air apa ? " Tanya Seyraa separuh berbisik .
" Tetamu tu cakap tak kisah . Ikut selera ayah " Balas Yusuf kemudian terus masuk ke dalam bilik air .
Seyraa terus menuju ke biliknya menukar baju . Dia tak pasti sama ada tetamu tu lelaki atau perempuan dia pakai saja tusung sarung . Mestikah lelaki kan , maybe kawan ayah kut yang datang .Seyraa membancuh jus carrot , jus kegemaran ayah dia .
" Yusuf berapa orang tetamu tu ? " Tanya Seyraa .
" sorang jer " Balas Yusuf .
Seyraa menendang sedikit pintu bilik air . Adik dia tu pun sama ja mandi lama jugak , sakan je complain orang lain mandi lama . Seyraa mengambil dua cawan lalu diletakkan di atas talam .
Kemudian membawanya ke ruang tamu . Saat dia sudah memijak lantai ruang tamu . Terkejut beruk dia nampak muka Danish dulu . Rasa macam nak bagi jatuh cawan lepastu lari macam drama hshsh .
Seyraa senyum tak senyum . Sebab dia tak ready nak senyum bila nampak muka Danish . Sewaktu dia sedang tuangkan air ke dalam cawan . .
" Kak long tak cakap pun kawan Kak long nak datang ? " Tanya Encik Zaffar .
" Err , mana lah Kak long tahu ayah . Dia datang nak jumpak ayah kut " Balas Seyraa .
Encik Zaffar ketawa . Saja dia nak uji anak dia ni . Padahal dia memang dah tahu niat lelaki dihadapannya ni . Mesti ada benda tersirat . Sebab dari awal lagi , lelaki tu tak cakap nak jumpak Seyraa . Jadi dia mesti nak jumpa Encik Zaffar .
Seyraa memandang Danish sesaat kemudian dia berlalu ke dapur . Terus menerpa mamanya .
" Mama ! "
" Hah dah kenapa ? Ada orang datang meminang ? " Tanya Puan Deyla .
" Eeee mama jangan cakap macam tu . Takut lah eee "
Seyraa duduk di kerusi sambil memangku kepala memikirkan sebab apa Danish datang rumah dia . Takkan dia datang meminang kut . Seramnya kisah hidup aku , jadi betullah apa yang Danish pernah cakap dulu .
Tanpa Seyraa sedar , mamanya sudah hilang dapur . Mama pergi depan ke ? Kepala diletakkan terus di atas meja .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺" SAYA sebenarnya . . nak mintak izin dekat pakcik dengan makcik . Saya nak jadikan Seyraa sebagai isteri saya " Kata Danish .
Wajah Encik Zaffar dan Puan Deyla dipandang selang seli . Wajah Puan Deyla jelas menampakkan yang dia sangat seronok . Encik Zaffar hanya terdiam sebentar . Kemudian dia tersenyum kecil .
" Pakcik . . "
Encik Zaffar menarik nafas sedalam yang mungkin .
" Pakcik izinkan "
Danish agak ternganga sikit . Semudah tu je ayah Seyraa izinkan ? Takde nak test apa apa ke ? Encik Zaffar melepaskan keluhan sedikit . Ada sesuatu permasalahan yang muncul dalam jiwa dia .
Hanya mampu sorokkan perasaan tersebut demi kebahagiaan anak sendiri .
YOU ARE READING
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
Romance1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...