• BAB 8 •

604 42 0
                                    

       NAK kahwin dengan aku konon , buaya teruk ah mereka ni . Tak rasa bersalah langsung ek , memainkan perasaan orang.Seyraa berjalan sambil terhentak hentak kaki sedikit ,wajahnya memuncung masam.

       Sumpah takde mood kena tunggu adik dia habis latihan lagi , ish macam macam lah semua orang harini.

       "Dia tunggu adik dia tu , kau rapat lah dengan adik dia.Adik dia dari Sekolah Dipertuan Sulaiman sana tuh " Kata Zakwan.

       Danish memandang wajah Zakwan kemudian mengeluh sedikit.Dia duduk mencangkung di tepi pondok pengawal sekolah.

       Zakwan menggeleng kepala . Dia memegang bahu Danish.

       "Kau ni jangan main main dowh bab kahwin ni , maybe sebab tu lah kut dia marah sangat kat kau . Perempuan ni tak suka lelaki main main bab kahwin ni , nampak macam tak series" Kata Zakwan dengan penuh hikmah.

        Zakwan ni dah kenapa , jarang dengar dia ceramah tengah hari terik.Danish mencabut rumput rumput yang berada di depannya.

        "Tapi , aku series Wan" Balas Danish.

        "Ish ! Kau ni series lah ?? Kau nak kahwin dengan Seyraa ? Kau jangan tipu aku dowh , aku ni kawan baik kau sepatutnya kau tak boleh nak berdolak dalih . . .  "

       "Iya memang la aku banyak lah jugak play perempuan tapi kau ingat aku ni takda masa depan ? Aku nak kahwin jugak , so aku memang series nak kahwin dengan Seyraa . Aku yakin dia akan jadi isteri aku , aku kerja and aku akan datang melamar dia" Kata Danish dengan bangganya.

       Zakwan betul betul terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Danish sebentar tadi.Apa apa pun , dia doakan yang terbaik je lah untuk kawan baik dia yang seorang ni.

                         __________________

       
         "DANISH memang taknak kahwin awal ke ? Ibu bukan apa lah , ibu dah tua . . Kalau Danish kahwin awal sikit sempatlah ibu merasa nak ada cucu" Kata Puan Hajah sambil melipat kain.

       Danish memuncung kan mulut . Ibu bukak cerita pasal kahwin pula , dia sudahlah broken pasal Seyraa lagi ni hal minggu lepas masih terasa di jiwa dia.

       Tapi betul juga , abangnya Daniel tidak ingin berkahwin kerana ingin menjaga ibu selepas arwah ayah meninggal.Lagipun terpaksa berhenti sekolah untuk bantu ibu dapatkan wang perbelanjaan rumah dan wang untuk dia dan adik bongsu teruskan persekolahan.

       Sebab itu abangnya tidak ingin berkahwin , kerana dia tidak mempunyai kerja yang tetap . Perempuan mana saja yang sanggup menerimanya itu kata Daniel.

       "Ibu cer suggestkan Danish perlu kahwin umur berapa yang awal sikit tu ?" Tanya Danish.

       "Ibu tak kisah , janji Danish dah dapat kerja Danish dah boleh kahwin . Ibu taknak nanti Danish jaga anak orang macam jaga kucing" Balas Puan Hajah.

       Dia mengukirkan senyuman manis kepada anaknya itu.

       Danish turut tersenyum melihat wajah ibunya yang manis , tiba tiba terserlah wajah Seyraa yang sering tersenyum ke arahnya apabila dia menoleh kebelakang.

       "Ibu ! Danish angau" Sergah Daniel dari arah belakang ibunya.

       "Mana ada . ." Balas Danish sambil bangun daripada menerap dan duduk bersila.Daniel membantu ibunya melipat kain pakaian.

       "Yang kamu berdua ada dekat sini , mana Dahmi ? Dah tidur dah ?" Tanya Puan Hajah merujuk kepada anak bongsunya itu yang berumur darjah enam . Jauh sekali beza umurnya dengan Danish padahal umur Danish dengan Daniel dekat aje.

        Abangnya berumur 20 tahun sekarang sedang mengusahakan perniagaan pelbagai jenis makanan , takat ini memang dapat membantu keluarga.

       Ibu pula membuat tempahan kerepek pisang , apabila tempahan banyak memang tak menang tangan jadi Danish akan tolong ibunya sampai ke lewat malam.

      "Ibu,Danish tidur dulu. Assalamualaikum "
      Danish mencium tangan dan pipi ibunya kemudian terus berlalu masuk ke dalam bilik.Telefon dicapai di atas meja belajarnya.

      Sudah bulan sepuluh nii , bulan depan SPM . Danish agak resah . Dia perlu dapatkan keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran sains , matematik inggeris serta sejarah untuk lulus menjadi seorang polis.

     Selain minat , dia ingin bantu abangnya mencari wang perbelanjaan rumah.Dia harap hidup keluarga mereka berubah suatu hari nanti.

      Tiba tiba Danish ternampak status Seyraa yang baru di update . Dia baru save nombor aku ke ? Sebelum ni tak pernah pernah nampak pun status dia  ke tak pernah update sebelum ni ?

      Atau . . . dia hide dari aku ? Danish melihat status Seyraa . Perempuan itu sedang berjalan jalan dengan keluarganya di Tasik.Dia tersenyum melihat Seyraa yang berjalan jalan sambil dikacau oleh adiknya.

     Seyraa nampak macam rapat sangat dengan adiknya , maybe sebab hanya mereka saja adik beradik dalam keluarga itu .

                      _____________________
    
       "SAYA mintak maaf ya murid murid semua , saya terpaksa pecahkan kedudukan kamu daripada duduk dalam berkumpulan ni kepada duduk sorang sorang jadi kalau dah pecah kepada tunggal , kedudukan kamu sekarang bukan yang macam ni . Saya dah susun kedudukan kamu , nanti lepas kita dah susun meja saya umum okay . Bergerak sekarang" Kata Cikgu Layzen panjang lebar.

        Seyraa memuncungkan mulut . Nampaknya dia macam tidak dapat duduk disebelah Miymi lagi dah.Miymi memegang tangan Seyraa acah acah sedih gytuue .

       "Sey . . ." Panggil Cikgu Layzen sambil mengerling kearah mereka.

      Seyraa dan Miymi gelabah bangun untuk mengemas meja apabila kantoi hanya duduk bersembang.Mereka menguruskan meja mereka sahaja.

      Sudah beberapa kali tubuh Seyraa tersentuh tubuh Danish apabila dia hendak membetulkan jarak meja.Makin lama , makin rasa tak selesa pula bila duduk dekat dengan Danish ni.

      Sudahlah haritu meroyan cakap benda apa tah dia .

      Apabila sudah selesai mengemas meja , semua pelajar dikehendaki duduk di satu kelompok yang sama untuk menguruskan kedudukan murid.

      Seyraa mendapat tempat duduk di barisan kedua belakang sekali di bahagian pintu , so kalau angin ribut berlaku memang dia dapat rasa jugak angin merdu . . Huhuu !

      Tiba - tiba Danish yang duduk di sebelahnya.Dia sangkakan Azyan yang duduk disebelah dia emm . . .

      Kenapa mesti berada dekat jugak dengan Danish.
      

    

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now