• BAB 12 •

566 37 0
                                    

      SEYRAA baru pulang dari kedai serbaneka yang ada di hospital tersebut , dia terdengar suara Cikgu Layzen ketika menghampiri wad kecemasan yang sedang merawat ayah.

      Pintu wad kecemasan tersebut dipandang muram , lampu masih bernyala warna merah menandakan operasi belum habis lagi.Seyraa berdoa semoga ayahnya sentiasa berada dilindungan Allah.

       Dia belum bersedia untuk kehilangan seorang ayah , sudahlah dia anak sulung.

     "Cikgu . ." Sapa SEYRAA dengan senyuman kemudian menyalami tangan guru kelasnya itu.

     "Seyraa okay ?" Tanya Cikgu Layzen dengan prihatin.

    "Okay je Cikgu" Balas Seyraa dengan senyuman manis.Danish dan Zakwan yang sedang duduk dibangku tidak jauh dari situ memandang saja ke arah Seyraa.

     Mereka sebenarnya malas nak pergi ke sana , nanti kang kalau Seyraa nampak apa dia kata pulak.Tetapi tulah , Danish nak pergi sapa mama Seyraa juga.

    "Taknakk pergi ke Nish?" Tanya Zakwan.

    "Satgilah" Balas Danish.Matanya masih memandang Seyraa yang masih berbaju sekolah.Tiba tiba baru terperasan disebelah kerusi yang dia duduk , terdapat sebuah totebag rasanya macam pernah nampak.

     Seyraa menghulurkan sebotol air mineral kepada ibunya yang baru saja bertenang daripada menangis selepas dipujuk oleh Makcik.

     Kemudian dia hendak menuju ke bagnya terus langkahnya terhenti.Erkk ? Datang mana dua ekor ni ? Heh .

     "Korang datang dengan siapa? Dengan Cikgu ke?" Tanya Seyraa ramah .

     Senyuman Seyraa itu membuatkan Danish terfikir lama , senyuman tu menandakan dia okay atau tak? Dia dah tak ambik hati lagi ke dengan aku ? Kalau macam tu bagus lah.

     "Kitorang datang dengan Cikgu lah , takkan dengan basikal kut" Jawab Danish.

     Seyraa memandang Danish lalu mencebik.Dia mengambil bagnya kemudian berlalu pergi dari situ.Zakwan terus bangun mengekori Seyraa diikuti oleh Danish.

     Danish dan Zakwan berdiri tidak jauh daripada Cikgu Layzen dan Puan Deyla yang sedang berbual.Sekali sekala mereka bertepuk bertampar , mengusik sana sini.

     Tiba tiba Seyraa datang untuk menunjukkan sesuatu.

      "Pakcik Zaffar ke ?" Tanya Zakwan dengan semangat untuk melihat.

      "Yang ni orang kawasan sekeliling yang ambil , pastu terus viral dekat facebook so Mama aku screenshot ni hantar ke group whatsapp family ." Kata Seyraa sambil menunjukkan keadaan ayahnya yang tengah baring di atas rumput , jauh dari jalan tar . Maybe ayah dia terpelanting , syukur sangat Allah tak tarik nyawa ayah dia waktu waktu itu jugak.

       Danish melihat keadaan bakal ayah mentuanya itu , eh ! Awak awal dah merepek ek , Danish menampar mukanya perlahan.Berkerut kening Seyraa melihat tingkah laku Danish.

      Ada nyamuk ke kat hospital?

      "Semoga takda apa apa yang berlaku dekat ayah kau okay , kau sabar tau Seyraa ini semua ujian lagi lagi tengah nak fokus exam ni." Kata Zakwan memberi semangat kepada Seyraa yang nampak agak gelisah dari tadi.

       "Haa , dengar ni jangan banyak fikir sangat nanti terjejas fikiran kau lagi lagi kalau kena masa tengah jawab soalan , stuck kang otak tu baru tau.Minum air masak banyak banyak , jangan tak lalu makan pulak , mesti makan walau takda mood sekalipun , apa yang terjadi ni mesti akan mendatangkan kebaikan suatu hari nanti" Pesan Danish panjang lebar.

      "Okay . ." Seyraa tersengih dengan leteran Danish itu , dah nampak macam lain macam.

      "Hey , kau Danish ! Dah macam suami berpesan pada isteri ek" Usik Zakwan.

      Seyraa mejeling Zakwan.Danish pula menolak muka Zakwan yang sedang ketawa itu.Buat hak betullah budak ni.

                            _____________

      
       "KAK LONG , makan jom !" Ajak Yusuf terus membuka pintu bilik kakaknya.
Kakaknya itu study 24 jam , dia doakan semoga kakaknya itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

      "Okayh , kejap" Balas Seyraa.

       Dia mengemas mejanya yang berselerak dengan pelbagai pen berwarna dan highlight . Buku disusun dengan kemas kemudian dia keluar daripada bilik.

        Getah rambut yang berada di dalam poket dikeluarkan lalu mengikat rambutnya yang panjang itu.Dia membantu mamanya mencedok nasi kedalam pinggan.

      "Mama nak pergi hospital lepas asar ni tau , maybe sampai malam atau pun mama stay je situ sampai pagi.Mama perlu teman ayah , so Kak long dengan adik duduk rumah elok elok tau , jangan buat hal." Kata Puan Deyla sambil itu dia memberi peringatan kepada kedua anaknya itu.

       Bukan boleh diharap sangat , nanti kalau Yusuf kacau Seyraa belajar , habis bergaduh dua ekor ni.

      "Okay mama , mama pergi dengan siapa?"

      "Pakcik datang ambil kejap lagi . ."

      "No problem mama ! Everything will be okay !" Kata Yusuf.

      Eleh , acah je banyak cakap pandai , suka cakap besar nanti kalau gaduh dia yang cepat koyak dulu lepastu nak bebai sorang sorang dia . Seyraa mengutuk adiknya di dalam hati.

      "Apa tengok tengok ?"

      "Bukan tengok kau !"

      "Haa , haa ! Tak dan mama pergi lagi Korang dah nak start gaduh . Dah macam anjing dengan kucing " Bebel Puan Deyla.

     "Dia anjing !" Seyraa dan Yusuf berkata serentak dan jari telunjuk saling menala ke arah depan.

       Puan Deyla menggeleng kepala dengan perangai anak anak dia ni.Janji hidup bahagia sudah , biar bertengkar main main jangan series series sudah.
   

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now