• BAB 13 •

554 37 2
                                    

        "OKAY . . , akhirnya tamat sudah perjuangan kamu semua selama lima tahun berada di peringkat sekolah menengah kemudian kamu semua akan menuju ke alam pelajaran baru . . ucapkan tahniah pada diri sendiri ! Noww ! kita dah merdeka ! Berikan tepukan kepada diri kamu sendiri " Kata Cikgu Aishah ,sebagai guru kaunseling kepada semua pelajar tingkatan lima yang sudah selesai menjawab paper SPM yang terakhir.

        Seyraa menghembuskan nafas lega sambil merenggangkan tangannya , fuhh ! Akhirnya habis pun.lepasni dia nak pergi melawat ayah di hospital.

        Danish meletakkan pen di atas meja , satu nafas lega dihembuskan , satu dewan bertepuk tangan bangga dengan diri sendiri . Keadaan sudah riuh rendah , Danish dan Zakwan yang duduk bersebelahan saling bertepuk tangan.

     "Boleh kahwin dah" Kata Zakwan selamba.

      Danish menyiku kepala zakwan tetapi Zakwan sempat mengelak.Masing masing meninggalkan dewan peperiksaan , ada yang mengambil gambar bersama rakan di luar dewan buat kali terakhir yang berjumpa , mungkin lepas ni dah mula jarang nak berjumpa.

      "Miymi , jum makan dekat kedai Mak Leha . Aku  craving bihun sup" Kata Seyraa.

      "Haahh , jum.Shira dengan Shu nak ikut sekali tadi kata" Balas Miymi gembira.

       Semua orang pun gembira , tenang , semua adalah.Lepasni enjoy je dulu sebelum dipanggil ke tawaran universiti pula.Shira datang dengan keadaan muka yang sedih.

       "Kau kenapa?" Tanya Seyraa hairan.

       "Nanti aku mesti rindu korang . . jum lah kita pergi mall " Kata Shira dengan nada yang sedih.

        "Alooloo , rumah kita ni dekat dekat je pun , boleh je jumpa dekat taman mainan ke , kita beli aiskrim !" Kata Seyraa dengan semangat.

       
                            ______________

        Selepas sampai saja ke rumah , Seyraa terus membersihkan diri kemudian menunaikan solat zohor . Lepastu dia dan Yusuf  akan ikut mama melawat ayah di hospital.

        Sesampai saja di hospital , rasa ingin tahu Seyraa sangat tinggi kerana sudah lama dia tidak melawat ayah kerana sibuk mengulangkaji SPM , ayah pun cakap biar dia habiskan menjawab kertas soalan sampai habis kemudian baru datang jumpa ayah.

        Semasa mereka sampai , terdapat beberapa orang ahli hospital di dalam wad ayah . Seorang nurse membantu seorang doktor yang sedang membalut kaki kanan ayah di bahagian lutut.Kdlihatan warna merah merah masih lagi melekat di kain anduh itu.

        Kelat je muka ayah menahan sakit.

        "Puan , pembedahan hari itu sudah berjalan dengan lancar , cuma hari ini kami menggantikan kain yang baru sebab lain lama sudah penuh dengan darah" Maklum doktor lelaki tersebut.

        "Walaupun sudah jahit , darah masih keluar ke doktor" Tanya Puan Deyla dengan wajah yang risau . Bila lah suaminya ini akan okay.

        "Haah , puan kadang kadang banyak , kadang kadang sikit bergantung kepada pesakit kalau banyak banyak bergerak mungkin akan mempengaruhi jahitan , tapi lama lama dia akan jadi okay semula tiada pendarahan yang akan berlaku lagi" Terang doktor.

         Puan Deyla mengangguk faham , selepas doktor meminta diri , mereka mendekati Encik Zaffar.

        "Abang okay tak?" Tanya Puan Deyla risau.

        "Abang okay je Deyla . ." Balas Encik Zaffar lemah , masih tidak berdaya untuk membuka mulut.

        "Ayah , Kak long dah habis SPM !" Kata Seyraa , dengan teruja.

       "Meh sini . ." Panggil Encik Zaffar .

       Apabila Seyraa mendekatinya , dia mencium dahi anaknya itu.

       "Tahniah . . anak ayah.Lepasni Yusuf pulak , tahun depan dah masuk alam baru jangan banyak main sangat" Kata Encik Zaffar.

       Yusuf tersengih sambil menggaru leher , baru teringat yang dia akan menuju ke tingkatan empat pada tahun hadapan.Sekarang pun dah bulan 12 , aduhh . Hehe

       Puan Deyla tersenyum melihat tiga beranak itu.

       Mereka duduk di hospital sehingga masuk waktu maghrib , dan makan malam di restoran yang ada di hospital itu.Kemudian baru Seyraa dan Yusuf pulang ke rumah dihantar oleh Pakcik Zarul yang datang melawat selepas maghrib tadi.

       "Kak long , kau ada boyfriend ek?" Tanya Yusuf sebaik saja mereka sampai di rumah.Seyraa yang tengah membuka kunci pintu rumah memandang Yusuf dengan hairan.

      "Kau ni dah kenapa?kau tengok muka aku ni , kau rasa muka macam aku ni layak ada boyfriend ?" Balas Seyraa sambil menunjukkan mukanya yang berasa tak seberapa bagus itu.

       Yusuf ketawa apabila melihat kakaknya.Haihh,penat betul dengan perempuan ni bila tak cantik mengaku cantik , bila cantik tak mengaku cantik pulak.

       "Eee , kau cantiklah Kak long sebab tulah aku tanya kau. . mana tahu senyap senyap tengah hangat bercinta" Kata Yusuf sambil menyusun kasut di rak.

      "Takda maknanya . ." Balas Seyraa.

       "Eee , habistu bila aku boleh dapat abang ipar !"

       "Kau ni ! Kalut pasal tu je kan , kau ingat aku ni baru habis graduan ke?" Marah Seyraa.

        Yuusf tersengih , tetapi dia nak sangat ada abang ipar . . .

       
                           ______________

        Hari ini , Seyraa dan Yusuf menggantikan tempat ayah mereka iaitu pergi membuat delivery makanan.Walaupun , Seyraa tahu nak bawak moto sendiri tetapi Yusuf berkeras juga mahu teman dia . Katanya takut hilang kawalan jatuh longkang.

        Otak die . .

       "Lepas ni rumah siapa pulak Kak long?" Tanya Yusuf sambil menunggang moto.

        Seyraa yang berada dibelakang tidak berapa dengar dengan angin yang kita lagi lagi adiknya ni suka bawak moto laju , padahal nak lalu kat taman perumahan je.

       "Kau dengar jelah apa yang aku arah ni" Balas Seyraa sambil melihat location di telefon.Penghantaran yang terakhir adalah di bahagian Timur sedikit perlu merentas beberapa Taman baru sampai di bahagian Mentakab .

       "Jauhlah Yusuf , kau boleh bawak ke?minyak moto ade tak ?" Tanya Seyraa , risau jugak pergi sampai jauh begini.

       "Okay jelah , Mentakab je pun , kalau Kak long taknakk ikut biar Yusuf hantar balik rumah astu Yusuf pergi sorang" Balas Yusuf.

        "Ehh , tak payahlah.Kak long nak ikut sekali" Seyraa menepuk bahu adiknya supaya gerak sekarang.

     

       

        

      

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Donde viven las historias. Descúbrelo ahora