UHUKS ! UHUKK !!
Asap yang berkepuk lalu didepan mata dikibas . Fahmi memaksa diri untuk bangun jugak . Kereta yang dinaiki mereka tadi sudah hangus meletup terbakar akibat ditembak berdekatan dengan bahagian bateri di depan .
" Dia pengsan ke ? "
" Tak tahu "
" Kau tarik dia kuat sangat ke tadi Fahmi ? " Tanya Zamri .
" Tak tahu lah Abang Zam , keadaan kelam kabut sangat tadi . Saya tarik je " Balas Fahmi .
Zamri mendekati Danish yang terbaring di atas rumput . Tidak jauh daripada tempat mereka . Pipi Danish ditepuk sekali dua tapi dia belum sedar jugak .
" Nak bagi bantuan kecemasan ke ? " Tanya Fahmi .
" Ye kut , mana tau dia sesak nafas sebab asap ke ? "
Fahmi melutut di tepi Danish terus dia memberi bantuan kecemasan . Sudah tiga kali dia buat tapi Danish tak sedar jugak lagi . Zamri mengambil tindakan untuk call pihak ambulans terus .
Enam minit kemudian pihak polis tiba . Zamri memberi keterangan apa yang berlaku kepada mereka tadi . Dia syak penjenayah menggunakan pistol penembak hendap . Sebab tu yang tiba tiba saja kereta mereka kena tembak .
Danish terjaga bila terdengar bunyi sirent ambulan . Terjaga terus melepaskan batuk rasa macam ada asap dalam tekak dia .
" Ambulan baru je sampai , Danish dah sedar . Baguslah " Kata Zamri .
" Kan aku dah cakap Abang Zam , dia ni keras . Pecah kepala pun tak koma " Sampuk Fahmi .
" Him ? "
" Yes . . "
Zamri ketawa sambil membantu Danish bangun . Kemudian dia menepuk bahu anak muda tersebut . Memang betul jugak apa yang Fahmi cakap tu . Dah setahun Danish kerja dengan dia memang nampak sangat berbakat cara dia berlawan , berfikir , bekerja .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
" NAMPAK tak ? " Tanya Zamri melalui telefon . Skrin dihadapannya dilihat dengan penuh kusyuk .
" Nampak . "
Itu saja yang keluar daripada mulut Danish . Dia perlu fokus untuk berjalan ke hadapan , nyawa dibelakang masih ramai . Dalam keadaan gelap macam ni memerlukan kesabaran yang tinggi . Padahal nak cari tempat penjenayah simpan mayat je pun .
Tangan kanan di angkat . Empat orang pengikut dibelakang dia auto berhenti . Danish memandang ke sekeliling dengan menggunakan alat skrin pengesanan . ( Pengesan mayat )
Jujur memang dia anggap kes ni amat menyeramkan tetapi mana boleh tunjuk takut kan kena kuat sikit . Kau ditektif mestikah buat kerja yang orang lain tak buat .
Tiba tiba salah seorang pengikut dia ditarik oleh something yang dia tak berapa nampak . Dia memberi isyarat agar yang lain bertenang .
" Aku rasa tu bukan something Danish . Tu orang , jaga jaga penjenayah ni banyak skill " Zamri memberi peringatan kepada Danish .
" Ok "
Panas lah duduk dalam ni . Dalam bangunan lama yang gelap memang macam macam boleh jadi . Tiba tiba saja ada orang tendang pistol penghendap Danish . Keadaan terus jadi tak terkawal .
Apabila kaki Danish di pegang oleh seseorang memang dia tak boleh nak kongsikan apa yang dia rasa waktu tu . Hanya tuhan saja yang tahu .
Kaki yang tidak dipegang itu memijak tangan yang memegang kaki dia yang sebelah lagi . Yang peliknya takda bunyi rasa sakit langsung bila di pihak tangan tersebut . Maybe dia tahan ?
Tangan dia cuba mencapai pistolnya semula yang jatuh tadi . Tapi tak sempat , bila dengar pengikut dia meraung jerit kesakitan hati Danish memang tak tenteram betul .
Danish boleh nampak melalui cermin mata lut sinar yang dia pakai orang yang berada disekeliling mereka ni memakai sesuatu yang menutup kepala mereka berwarna hitam . Hanya memberi ruang di mata untuk melihat .
Bila dia nak menuju ke arah pengikut tersebut , leher dia direntap tiba tiba . Urat dia memang sakit gila waktu tu . Danish mengumpulkan kekuatan untuk berlawan tanpa menggunakan pistol .
Perut orang itu disiku Danish . Walaupun takde apa apa effect terhadap benda tu , laju laju Danish memijak pelipat di belakang lutut orang tersebut . Kepala orang tersebut dia menghentakkan beberapa kali ke bawah sampai dia puas .
" Danish ! "
Dia menoleh takda orang tapi penampar yang dia dapat . Fuh azab betul rasa . Muka orang tersebut dia balas dendam dengan penumbuk . Sampai hati dia puas ditambah dengan satu penendang dekat tempat sensitif orang tersebut .
Harap harap lelaki , bukan perempuan . Gila jugak kalau perempuan , dia dah buat seorang perempuan tak dapat nak lahirkan anak . Tapi kenapa dia perlu buat kerja berat macam ni ?
" Danish belakang kau . . "
Pintu yang ada didepan mata ditolak dengan kuat , dia rasa salah seorang pengikut dia tadi ditarik masuk ke dalam bilik ni . Bila dia tolak je pintu tadi lima minit kemudian bilik itu bernyala dengan beberapa puluh lilin yang ada . Lima mayat terlantar di atas meja .
Oh damn ! Kepala Danish sangat loya sekarang dengan bau darah yang hanyir . Satu tepukan tiba dari arah sudut bilik tersebut .
" Tembak dia " arah lelaki tersebut .
Terus keluar seorang lelaki berbadan besar yang memegang senapang panjang . Series Danish tak pernah tengok senapang tu tapi dia tahu tu senapang .
" Tunduk ! "
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
" HEY "
Lamunan Zamri terhapus . Aduh kacau Fahmi ni baru dia imbas balik tahun lepas betapa hebatnya Danish handle kan satu kes yang dinamakan ' mayat ' . Erh dia sendiri rasa ngeri .
" Kenapa Fahmi ? "
" Abang Zam ada luka apa apa tak ? Alang alang ada ambulan ni . Kut Kut tulang patah " Tanya Fahmi .
" Aku rasa aku masih muda lagi untuk tulang patah . Kau ni . . " Zamri mengangkat penumbuk kepada Fahmi .
" Tangan aku terkena paku sikit kut tapi takpalah "
" Tak boleh biar tu , mana tahu kena paku berkarat nanti sakit tu melarat "
Danish datang menyampuk perbualan Fahmi dan Zamri . Zamri mengukirkan senyuman memandang Danish .
you are the best person. I never thought I could have the greatest new member like this . Hati Zamri rasa berbunga .
YOU ARE READING
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
Romance1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...