PSSST ! SAYA TEST JE AW TRY BACA SAMBIL DENGAR LAGU NI <3 .
______________________________________________
" SAYANG tak ingat ke ? "
Seyraa cuba mengimbas kembali sewaktu dia pulang ke kampung Danish , opah tiri Danish tu selalu je kutuk Seyraa . Katanya orang dah kahwin 3 bulan ni selalunya dah ada isi dalam perut .
Seyraa tak faham kenapa orang tua ni obses sangat dengan orang yang baru kahwin . Mesti sibuk nak tanya pasal anak . Macam lah dia yang nak mengandung nanti . Aku yang nak mengandung .
" Dah ingat dah ? " Tanya Danish .
" Dah . . " Jawab Seyraa perlahan .
" Haa , so bila kita sampai kampung nanti bila dia tanya jawab je yang dia bakal timang cucu " Kata Danish mendatar .
" Eleh , yakinnya bakal dapat anak " Balas Seyraa .
" Eh baik baik sikit . Tengoklah bakal ayah dia macam mana hah ? " Kata Danish selamba . Seyraa mencebik .
" Diamlah "
" Hahaha , nama dia nanti nak bubuh nama Hani lah " Kata Danish .
" Eh dia ni . Yakinnya 'she' . Tak payah lah confident sangat . Tengok tengok takde rezeki lagi " Balas Seyraa .
Danish ketawa .
" Kita kenalah yakin dengan rezeki tuhan . Aku pun yakin tak lama lagi kau akan mengandung . Aku dah kira dah tarikh kau habis datang bulan and tarikh pra matang . . lagi . . "
Danish mengira berapa hari Seyraa datang bulan pada bulan lepas . Seyraa tergamam melihat keyakinan Danish . Ish , yakinnya dia dapat anak .
Seyraa pun rasa tak sedap badan sekarang . Hurmmm , rasanya kajian Danish tu betullah . Selepas beberapa hari habis datang bulan dan waktu tu adalah waktu sel sel aktif .
Seyraa mengerling Danish disebelah . Ada sesuatu yang dia terlupa . Danish pelajar sains cemerlang masa sekolah menengah dulu . Tak heranlah kalau dia boleh yakin dalam bab macam ni .
≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
" NAK pergi jugak ke ? Alahai . . " Nek Maliha menggeleng kepala . Nenek kandung Danish . Dia mengurut kedua dua lengan Seyraa . Seyraa hairan .
" Yelah nek . Nenek nak makan ikan apa ? Danish pergi tangkap " Kata Danish sambil mengangkat joran .
Nek Maliha ketawa kemudian dia terbatuk sedikit . Danish mengurut belakang neneknya .
" Yelah yelah . Tangkap ikan bagi banyak sikit . Bagi isteri kamu ni makan , nenek tengok dia kurus sangat " Kata Nek Maliha.
Danish mengangguk dan tersenyum sambil memandang Seyraa . Seyraa ketawa .
" Dah jum ! "
" Pergi mana ? "
" Pergi memancing lah "
Seyraa merungut .
Agak lebih dua puluh minit kemudian , Seyraa baring terus di atas rumput sambil menunggu Danish memancing ikan . Dia ni tahu ke tak nak memancing ? Kenapa dari tadi baru dapat tiga ekor ikan .
Tiba tiba Seyraa rasa nak muntah . Tekak dia mual bila tengok ikan dalam baldi . Seyraa menjenguk ikan yang ada di dalam baldi . Biar betul , sejak bila aku geli dengan ikan ?
KAMU SEDANG MEMBACA
𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎
Romansa1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tetapi bagi SEYRAA, dia was was nak meluahkan rasa cinta dia terhadap seorang lelaki kerana dia takut. "Masih belum terlambat kalau nak surren...