• BAB 10 •

647 44 0
                                    

      "HAPPY birthday . . to you . . ." Selepas habis sahaja menjawab paper exam pada hari ini , Seyraa dikejutkan oleh satu kelasnya yang menyambut hari jadinya.

       Berkerut dahi serta keningnya apabila difikirkan balik.

       "Weh , aku lupa dowh hari ni birthday aku" Kata Seyraa pada classmate perempuan yang lain.Dia menerima beberapa hadiah daripada beberapa rakan sekelasnya turut rakan daripada kelas lain yang join.

       Danish malu malu pula nak bagi hadiah kepada Seyraa . Suatu bungkusan segi empat tepat yang panjang itu , tebak dibalut dengan pembalut hadiah dihulurkan kepada Seyraa . Dibawah itu terlekat wish card balik rumah nanti Seyraa akan baca.

      "Sorry , hadiah kecik jha" Kata Danish sambil menggaru kepala.

       "Takpa , aku tak kisah pun" Balas Seyraa.

        Semua hadiah hadiah yang kecil diletakkan di dalam bag , nasib buku tak banyak pun . Yang besar besar seperti gift box and bouquet tu Seyraa pegang je.

        Danish dan Zakwan berjalan keluar daripada sekolah mengekori Seyraa dan Miymi dari belakang.

       "Kau tulis apa dowh dekat kad tu?"Tanya Zakwan . Dia menyinggul lengan Danish beberapa kali.

       "Ish ! Sibuk lah kau" Danish menolak bahu Zakwan.Lelaki itu ketawa mengejek Danish.

       Mesti tah apa apa yang ditulisnya oleh Danish , lelaki itu Dahla tak reti nak karang ayat sendiri semoga exam bahasa melayu tadi mudahlah bagi dia.

      "Gelak gelak apa? Kau ngutuk aku ek dalam hati kau kan??" Tebak Danish.

      "Mana ada !" Balas Zakwan.

      Danish menjeling Zakwan , dia pergi mengutip batu di tar dan ingin baling kepada Zakwan.Mereka berkejaran seperti budak budak tingkatan satu sehinggalah sampai di pintu pagar sekolah , Danish bersandar pada tiang.

      "Seyraa dah balik ke?" Tanya Danish sambil memandang kawasan sekeliling.

      "Dah kut , kita ralik tadi" Balas Zakwan.

      Danish melepaskan keluhan sambil menunduk penat . Dia harap , Seyraa suka dengan hadiah yang dia bagi tu . Nak beli coklat itu saja pun sudah dia fikir banyak kali , tapi untuk Seyraa semuanya boleh.

       "Berangan!"

       Satu jelingan dilepaskan kepada Zakwan.

                        __________________

       YUSUF terbuntang mata apabila melihat banyak hadiah yang berada di atas katil kakaknya ketika dia mencuri masuk ke dalam bilik perempuan itu.Dia membelek belek setiap hadiah dan kad yang ada disitu.
   
      "Banyaknya coklat . ." Yusuf sudah menelan liur , favourite dia dengan kakaknya yang satu tu memang gila gilakan coklat betul.
     
       Satu kad berwarna hitam , ditulis dengan pen berwarna emas mencuri perhatiannya , disetiap penjuru kad dilukis dengan corak flora yang sungguh cantik.

      "Kreatif jugak ek kawan kawan dia" Yusuf bertindak untuk membaca apa yang terisi di kad itu.

      "Adikkk !! Eeeee , siapa suruh pegang??" Terjah Seyraa sambil mencekak pinggang.

      Yusuf terkejut terus bangun dari katil kakaknya dan berlari ke arah hujung dinding.Dia kertawa melihat wajah kakaknya yang kusut

      "Kak long , aku nak satu coklat pliss" Kata Yusuf dengan suara yang manja.

      Seyraa menjeling adiknya yang separuh merayu itu , dia membuka kotak kotak yang berisi coklat dan barang lain itu.

      "Eee , Kak longg !!" Yusuf sengaja menjerit supaya Mama dengan ayah dapat dengar.

      "Apaa ?! Eee , kau diam boleh tak . Aku tak bagi kang" Marah Seyraa.

       Manja betul , sengaja kuatkan suara nak bagi Mama dengan abah dengar.Lagi lagi kalau mama dengar memang terpaksa bagi lah dah dia tu anak manja mama dah besar panjang dah , bukan budak sekolah rendah lagi haihh.

       "Nak sikit . .  "

      "Eee sabar lah ! Tak boleh ke?" Seyraa menyepak Yusuf perlahan menghalau lelaki itu keluar dari biliknya.Sudahkah baju tak lipat lagi , ada baju dalam dalam tu ish bebal betullah , malu maruah aku .

      "Sekarang !"

      "Kau keluar sekarang !"

      "Mamaa .  . tengok Kak long ni " Yusuf keluar dari bilik Seyraa sambil memanggil mamanya.

      Seyraa terus mengumpul semua baju yang belum dilipat diletakkan di dalam raga takut nanti mama dia datang terjah bilik habis kena berleter.

      Sejurus itu , terus Yusuf dan ayah masuk ke dalam bilik bukannya mama.

      "Ayah . . " Rengek Yusuf.

      "Eee !! Sabarlah Kak long nak bagi lah ni" Seyraa mencubit paha Yusuf dengan kuat.

      Encik Zaffar menjegilkan mata kepada anak daranya itu.Seyraa tersengih alah , Yusuf tu dah besar dah umur 15 tahun pun masih nak mengada lagi dengan parents .

      "Nah!" Seyraa menghulurkan dua peket coklat kepada Yusuf.

      "Yang ni semua untuk kita punya , ayah kecuali si Yusuf ni . Sebab dia dah ambik dah !" Kata Seyraa sambil mengerling adiknya itu.

      "Mana aci !!" Laju je Yusuf membalas.

      Seyraa menjelir lidah ke arah adiknya itu.Yusuf menjeling kakaknya pulak.Encik Zaffar tersenyum melihat karenah kedua anaknya itu.

      Sejak dia berpencen dua tahun lepas dan duduk di rumah baru dia merasa rapat dengan anak anaknya , dan selepas itu dia bekerja sambilan pula sebagai penghantaran makanan yang isterinya jual.

     Kerana duit pencen yang dapat setiap bulan masih tidak cukup untuk menampung pelajaran anak anaknya lagi lagi Si Seyraa ni yang sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang.

                        ____________________

     "DIA suka tak kad tu ?" Tanya Puan Hajah terhadap Danish yang sedang menonton tv di ruang tamu.

       "Dia baca kat rumah ibu , tapi reaksi dia bila tengok kad tu memang muka dia macam tertariklah , ibu kan lukis lawa" Balas Danish.

       Puan Hajah tersenyum manis , haihh siapalah perempuan yang bertuah tu dapat wish card daripada anaknya yang handsome sorang ni.

       Danish tersenyum manis sambil memikirkan apa reaksi Seyraa bila dia membaca isi kad tersebut.Harap harap tidak menjejaskan fokus Seyraa terhadap SPM .



✓ tenkiu baca story
✓ dah usya tu , follow hehe
✓ vote , thanks !
✓ share tenkiuu

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now