• BAB 30 •

703 40 0
                                    

     SEMUA wali dan saksi berkata sah , secara semula jadinya Seyraa sekarang menjadi isteri . 'isteri' kepada Danish . Classmate dia sendiri . Oh my goat . Sesaat pun dia tak pernah berangan perkara ni akan terjadi .

      Selesai saja kenduri , Seyraa masuk ke dalam bilik dan menukar baju . Terus terang , memang panas pakai baju tu . Mula mula je beria kain sejuk tapi kalau pakai lama lama memang berpeluh jugak .

     Apabila dia hendak keluar halaman rumah , dia bertembung dengan Danish yang masih dengan pakaian baju melayu . Tak silap Danish memang sibuk betul harini . Dia layan semua warga sekolah lama yang datang .

      Seyraa tak sanggup nak menghadap semua orang . Jiran jiran pun dah cukuplah . Ada yang mendoakan dia semoga dimurahkan rezeki dapat anak bukan depan . Main cakap je makcik tu .

     " Tukar baju , kenapa tak buang
make up ? " Tanya Danish .

     Kening aeyraa terangkat . Hah ?

     " Oh , lupa . " Seyraa teragak agak nak masuk ke dalam semula atau tak . Tiba tiba saja Puan Deyla memanggilnya . Seyraa terus menuju ke arah mamanya .

     Danish memandang saja seyraa dari belakang . Sokay , dia dah dapat perempuan tu . Lepas ni edisi memikat hati dia pulak . Danish ketawa kecil . Dia masuk ke dalam bilik Seyraa untuk membersihkan diri .

     " Mama " Panggil Seyraa .

     Sambil menyiram kuali yang besar , dia serba salah nak cakap satu benda ni dengan mama . Dengan ayah lagi lah segan .

     " Apa sayang " Jawab Puan Deyla sambil membasuh sebesen cawan kaca .

     " Katil bilik Yusuf kan besar , katil Queen . Apa kata Danish tidur dengan Yusuf je malam ni . Sebab kan katil bilik Seyraa katil bujang " Kata Seyraa .

     " Mama rasa muat je kalau Seyraa dengan Danish tidur atas katil bujang tu . Lagipun susah aku nak angkat katil dari bilik Yusuf tu ke bilik Seyraa " Balas Puan Deyla .

     Seyraa mengangguk faham . Dia cuba memikirkan sesuatu . Takkanlah dia nak tidur sekali dengan Danish atas katil kecik tu . Kalau katil besar takpelah , boleh berjarak jauh jugak .

      Tiba tiba Puan Deyla berhenti membasuh cawan . Seperti ada sesuatu yang bermain di mindanya . Seyraa tertanya tanya .

      " Seyraa jangan cakap yang Seyraa taknak tidur dengan Danish atas katil sekali eh ? Jangan macam macam ! " Kata Puan Deyla sambil mengacah acahkan paip air ke arah Seyraa .

     Seyraa menggigit bibir sambil mengeluh . Macam mana mama bokeh tahu . . . Seyraa duduk mencangkung di depan besen yang dipenuhi dengan cawan .

                ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     SELEPAS habis mencuci muka dibilik air , Danish menuju ke dapur dahulu . Tekak dia terlalu kering . Dia banyak layan tetamu harini sampai memang tak sempat nak menjamah makanan sikit pun . Yang sempat makan tu pun waktu bersanding dengan Seyraa tadi .

     Danish mengelap kepala yang basah dengan tuala kecil yang dia dapatkan di dalam laci almari Seyraa . Dia main ambik je , setakat ni tak jumpak apa apa lagi .

     Danish menjenguk Seyraa yang sudah tidur membelakanginya . Ada sebuah bantal yang dijadikan penghadang antara mereka . Yakinnya muat nak tidur . Danish pun baru perasan katil ni bersaiz bujang .

     Perlahan lahan dia mengangkat bantal yang menjadi penghadang itu dan dipeluk . Jarak antara dia dengan Seyraa sekarang , cuma 30 cm je . Danish memandang tubuh Seyraa dari belakang itu .

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now