• BAB 11 •

583 39 0
                                    

        PENING kepala melihat kertas kertas soalan  matematik tersebut.Memnag selalu begini , study lain , keluar yang lain.Dia menggaru kepala dengan pen , sehingga jiran sebelahnya asyik memandang dia.

      Tak boleh jawab ! Hati dia rasa tak tenang sangat aduh , kenapa ni Seyraa menarik nafas dan dihembus perlahan.Cuba menenangkan hati yang tengah gundah.

      "Kenapa aku rasa tak sedap hati ek?"

      "Pelajar , kamu ada masalah ke? Dakwat pen habis?" Tanya pengawas peperiksaan tersebut dengan lembut.

       "Tiada" Balas Seyraa dengan senyuman manis.Pengawas peperiksaan itu membalas senyumannya kemudian berjalan ke tempat lain pula.

        Seyraa menenangkan hatinya masa sedang berjalan nih , nanti habis waktu menjawab kang menangis dia.Dia berselawat beberapa kali kemudian menghabiskan soalan kertas matematik.

                         __________________

       "ABANG , harini ada dua lagi tempahan tapi awal dari yang tadi." Kata Puan Deyla selepas selesai mengemas dapur.

       "Sekarang ke?" Tanya Encik Zaffar.

       "Iya abang .  ." Puan Deyla melabuhkan duduk di sebelah suaminya itu.Hari hari sekolah macam ni , tinggal dia dengan suaminya jela dekat rumah anak anak semua sekolah , kalau dulu semasa suaminya belum lagi pencen , tinggal dia sorang je.

       "Yelah , abang pergi dulu" Encik Zaffar bangun dari sofa menuju ke almari mengambil kunci moto.

       Puan Deyla pula menuju ke dapur mengambil dua bungkusan makanan yang ditempah oleh customer .

       "Bawak moto elok elok abang" Pesan Puan Deyla.

        "Abang bawak moto tak pernah elok ke sebelum ni sayang ?" Tanya Encik Zaffar sambil tersengih.

        Puan Deyla mencebik.Ada ada saja suami dia ni.Matanya menghantar pemergian suaminya itu kemudian dia masuk ke dalam rumah semula.

       Sekarang dah pukul 1 setengah petang.Seyraa dengan Yusuf belum pulang lagi . Mungkin Yusuf tunggu kakak dia.Puan Deyla berehat saja di ruang tamu sambil menonton tv , sementara menunggu waktu zohor . Makanan tengah hari semua sudah siap dimasak.

        Encik Zaffar keluar daripada lorong Taman Desa selepas selesai penghantaran yang pertama . Tinggal yang terakhir saja iaitu di taman sebelah.

       
        Semasa dia ingin melintas , tiba tiba saja ada sebuah kereta ferrari datang dalam kelajuan agak laju , dari sebelah kanan . Encik Zaffar sempat memperlajukan keretanya tetapi . . .

        Ringg !! Ringg !!

        Puan Deyla Segara mendapatkan telefonnya yang berdering sejak dia tengah solat tadi , terdapat sepuluh panggilan tidak terjawab dari nombor yang tidak dikenali.

       Seyraa ke ?

       "Hello . ."

       "Hello Puan , Puan ni isteri kepada Encik Muhd Zaffar bin Mahmud ke?" Tanya suara yang tidak dikenali itu.

       "Haah ye saya , ada apa encik ?" Tanya Puan Deyla hairan.

       "Sebenarnya puan . ."

       "Hahhh ??!"

                              __________

       MASA menjawab sudah tamat , semua murid menarik nafas lega kerana terlepas daripada urusan menjawab soalan kertas matematik.Seyraa bersandar pada kerusi menunggu pengawas peperiksaan datang mengutip kertas.

        Selesai saja semua , mereka dibenarkan keluar daripada Dewan Peperiksaan Tun Hussein . Seyraa berjalan seiring dengan Miymi.Orang lain sibuk berbual pasal kertas soalan tadi , Seyraa dengan Miymi pula sibuk bincang nak makan dekat mana satgi.

        "Kalau aku makan laksa , hang nak makan bihun sup kita pergi kedai Mak Leha jelah weih." Kata Miymi.

        "Haa , aku okay jha cepat lah jalan lapar nii" Seyraa menarik tangan Miymi dan berjalan dengan sedikit laju.

       Danish dan Zakwan pula asyik mengekori saja dari belakang ke mana dua rakan ituahu pergi , dari minggu lepas lagi.

       "Dekat sikit ! Nanti diorang hilang" Danish menarik tali leher Zakwan yang sudah longgar itu.

        "Kak Long !! " Tiba Yusuf datang masuk ke dalam pagar sekolah dengan selamba menjerit memanggil Seyraa.

      Pelajar lain yang berada disitu mula memandang ke arah Seyraa dan adiknya.

     "Siapa tu ? Adik dia ke ? handsomenya !"
Suara suara sedang berbisik mula didengari.Seyraa mengerling saja orang lain ditepi.

      "Kenapa?" Tanya Seyraa hairan.

      Macam ada masalah je.

      "Ayah . . Ayah accident ! Cepat Kak Long , kita pergi hospital , Pakcik Zarul datang ambik" Kata Yusuf terus menarik tangan Seyraa berlari ke luar menuju ke kereta Pakcik mereka.

     Danish memandang Zakwan tanpa reaksi.Mereka terus menuju ke arah Miymi.

     "Betul ke ayah dia kemalangan?" Tanya Danish kepada Miymi.

      "Haah , kesian Seyraa.Biasalah ayah dia kan kerja delivery lepas pencen.Mungkin accident kut masa buat penghantaran makanan.Okeylah aku balik dulu , bye" Balas Miymi kemudian membuat keputusan untuk pulang ke rumah saja dah Seyraa ada emergency .

       "Aku tak pernah tahu pun . ." Danish menggaru kepala.

      "Kau tak tahu ?? Series ah , oh maybe sebab dulu kau tak rapat dengan dia kut . Aku dah banyak kali baca maklumat murid dia" Kata Zakwan .

      "Dia ja?" Tanya Danish.

      "Satu kelas lahh Ish , jealous tak bertempat" Zakwan menumbuk bahu Danish kemudian lari menjauhi lelaki itu agar dia tidak ditumbuk semula.  
   
      Danish ketawa melihat gelagat Zakwan yang macam budak budak belum cukup umur . Dia berlari lari di kawasan keluar masuk sekolah , kena langgar kang dengan cikgu baru tahu.
       
       Sebuah kereta memicit hon ke arah Zakwan , kereta itu bergerak perlahan dan tiba tiba tingkapnya diturunkan sebelumenampakkan wajah Cikgu Layzen.

       "Hey Zakwan apa yang kamu suka duk berlari dekat tengah jalan ni.Kang tak sempat jawab soalan sampai habis kang , saya tak tahu lah" Kata Cikgu Layzen , mengusik  Zakwan.

       Zakwan ketawa mengekek sambil menggaru telinga.

      "Cikgu nak pergi mana cikgu?cikgu kata ada mesyuarat" Tanya Zakwan , berasa pelik.

      "Cikgu dapat berita . . Ayah Seyraa kemalangan tu yang pengetua beri kelonggaran dekat Cikgu sebagai guru kelas dia . . Pengetua suruh saya melawat ayah dia.Lagipun tengah sesi SPM sekarang takut mental dia down , dia perlukan motivasi yang banyak buat masa ni . Jangan lupa , esok exam addmath !" Balas Cikgu Layzen panjang lebar.

     "Cikgu ! Nak ikut ?" Tanya Danish.

     "Serieslah Korang nak ikut?" Tanya Cikgu Layzen dengan tertanya tanya.

      "Dah dapat keizinan parents ke belum?"

      Danish memandang Zakwan.

      "Takpa Cikgu tu kita settle kemudian"

      "Haa,dah!cepat masuk"

      
       

  

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now