• BAB 16 •

543 34 0
                                    

"DIORANG semua ni dari mana akak ?" Tanya Seyraa sambil mengerling sekumpulan lelaki yang sedang menjamu selera di sudut hujung kedai.

Selepas matanya ternampak Danish , dia terus mengambil topi dan memakainya sehingga menutup mata.Mungkin Danish tidak dapat melihat ataupun mengecamnya.

"Diorang tu tak tahu pulak akak dari mana . . nampak macam dari tentera tapi tak kut , rambut diorang tak botak pun , anak baru polis maybe " Balas Nisa sambil membancuh coffee .

"Bila diorang nak balik ?" Tanya Seyraa.

"Ish , mana lah akak tahu ! Nih Lia , satgi Lia tolong jaga chashier okay , akak ada hal kejap dekat bank " Balas Nisa terus dia berpesan kepada Seyraa agar menggantikan tempat dia sementara waktu.

"Hah ? Chashier ? Ish taknak lah !" Seyraa bantah terus .

"Alah . . ! Kejap je , kalau settle awal akak balik awal lah eh lagi sepuluh minit akak pergi " Kata Nisa .

Selepas selesai dia membancuh coffee , dia menghantarnya kepada pelanggan yang duduk di meja single . Selepas itu dia terus membuka apron khas pekerja Texas dan keluar daripada kedai makanan tersebut.

Seyraa duduk di tempat chashier sambil bermain telefon , dia rasa mungkin mereka semua tu lambat lagi kut nak habis makan jadi Seyraa siap membancuh jus dahulu dan bersantai sambil bermain telefon.

"Assalamualaikum , cik ? " Sapa seorang lelaki.

"Erk ? Hye , waalaikumussalam ermmm nak bayar eh ? " Seyraa segera bangun mencapai alat pengiraan duit .

"Haahh cik , even kitorang datang sekali tetapi tulah diorang nak bayar asing " Kata Ikmal terhadap gadis dihadapannya ini.

Dalam sedang bercakap dia cuba mencari raut wajah gadis yang sedang tertunduk itu , malu ker ? kalau malu ja situ cane boleh jadi cashier ? .

"Terima kasih Encik . ."

Seyraa menghulurkan resit selepas lelaki tersebut selesai membuat bayaran . Ikmal mengukirkan senyuman manis dan berlalu pergi.

"Aduh ! Ramai lagi , kenapa diorang tak bayar sekali je terus ? " Kata Seyraa perlahan .

Dia sabar melayan karenah semua lelaki tersebut satu persatu , ada yang cuba mengorat dia ada yang cuba bertanyakan nombor telefon dia . Erhh ! Stress rupanya jadi cashier ni.

Apabila turn by turn semakin laju , tangan Seyraa jadi semakin laju menekan mesin kira duit itu sehingga tak sedar yang sudah sampai ke pelanggan terakhir , dia mengangkat muka dengan jelas .

"Seyraa ?? "

Senyuman manis terukir . Seyraa terus mengambil duit kertas di tangan Danish itu lalu memberi semula duit baki .

"Terima kasih , datang lagi ! byee " Kata Seyraa.

Danish teragak agak hendak pergi dari kedai itu tetapi Seyraa bertindak drastik menolak dia agar pergi dari situ segera . Dah kenapa perempuan ni , tapi sumpah Danish tak expect Seyraa nak kerja sambilan macam ni .

Dalam otak dia selama ni dia selalu ingat Seyraa sudah masuk universiti yang bagus bagus dan mesti hampir mendapat graduasi sekarang .

Tapi sebaliknya . .

___________________

"DANISH ada call ibu tak ?" Tanya Daniel selepas selesai mengemas barang berniaga mereka.

"Harini belum lagi nampaknya . . semalam pun dah lewat dia telefon , katanya ni minggu terakhir sebab tu semakin banyak kerja kena buat . Ibu pun taknak paksa dia call setiap hari " Balas Puan Hajah .

"Dia ada jugak telefon Along , dia macam ada masalah jugak kat sana tapi bila tanya taknak bagitahu . Along pun tak tahu nak buat apa sebab tu Along tanya ibu tu "

"Lahh , dia ada masalah ke tak cerita kat ibu pun "

"Ibu . . anak mana je yang suka cerita masalah dia kat ibu bapa , mesti pendam sendiri punya " Kata Denial sambil memimpin Puan Hajah masuk ke dalam kereta .

_________________

"BATANG sayur tu taruk tepi Kak long , itu pun mama nak kena bagitahu ke ?" Bebel Puan Deyla apabila melihat kerja cincai anak daranya itu.

" Susah lah mama . . " Seyraa merungut , terus meletakkan sayur kangkung tersebut di dalam bekas.

"Asyik cakap susah . . susah jer , cuba lah buat dulu macam mana bila Kak long dah jadi isteri nanti ? Nak potong kangkung pun tak reti " sekali lagi Puan Deyla berleter.

"Mama nii . . ! sejak sejak Kak long habis SPM kan , mama asyik sebuttt jee pasal kahwin . kenapa ek ? Macam ada something wrong " Kata Seyraa .

Mukanya sudah berubah cemberut mulut memuncung sambil tangan bermain main dengan sayur timun .

"Dah tak sabar sangat ke nak jadi tua " Kata Seyraa perlahan tetapi Puan Deyla dapat mendengarnya.

"Iyaaa . . ! Memang mama nak jadi tua dah pun , mama harap mama dapat merasa ada cucu sebelum mama pergi " Balas Puan Deyla.

"Mamaa . .! "

"Iya betul lah !"

_________________

"BRO ! Leftenan nak jumpak kau " Ikmal menepuk bahu Danish yang sedang bermain telefon di atas katil .

"Sekarang ke ?" Tanya Danish sambil melihat jam .

"Haahh , Leftenan kata sekejap je " Balas Ikmal.

Danish terus bangkit daripada meniarap keluar daripada dorm menuju ke arah pejabat Leftenan .

Tiga ketukan kemudian suara tegas mengarahkannya masuk , Danish masuk ke dalam dengan cara yang berdisiplin . Kalau disuruh duduk baru dia duduk .

"Duduk Danish ." Arah Leftenan Adnan.

Danish melabuhkan duduk di atas kerusi menghadap meja Leftenan Adnan berhadapan dengan Leftenan Adnan.

"Saya perhatikan buku rekod awak dari awal awak masuk sampai lah sekarang minggu yang terakhir , saya dan pihak PDRM telah buat keputusan nak angkat awak menjadi seorang detektif "

Leftenan Adnan terus masuk ke topik yang ingin disampaikan terus , dia tidak mahu membuang masa kerana lusa adalah hari terakhir para pelatih berada di pusat latihan sebelum diiktiraf kan.

Danish merenung Leftenan Adnan lama , dia tak tahu nak cakap apa . Tak pasti nak anggap ini satu tawaran atau dia sebenarnya tidak layak nak jadi seorang polis ?



𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now