• BAB 15 •

613 35 0
                                    

       "YA ALLAH , Seyraa ! Bangun Seyraa . . dah pukul 9 setengah ni masuk kerja pukul 10 kan ? " Puan Deyla terus membebel sebaik saja masuk ke dalam bilik anaknya itu.

      Selepas 1 tahun yang lalu , Seyraa banyak jugak mendapat tawaran dari University yang berada di dalam negeri Pahang ini tetapi malangnya pendapatan yang ada sekarang tidak mampu untuk menampung pelajaran Seyraa apabila di universiti nanti.

       Walaupun Seyraa okay saja Puan Deyla dan Encik Saffar tetap rasa bersalah dengan anak sulung mereka itu , inilah masanya anak mereka itu mendapatkan pelajaran yang penting dan nanti apabila sudah bekerjaya baru boleh membantu keluarga.

      Atas desakan orang tua , Seyraa menerima juga tawaran biasiswa daripada universiti Malaysia Pahang di Pekan.Tetapi tawaran tersebut untuk kemasukan pada bulan hadapan jadi , Seyraa membuat kerja sambilan untuk mengisi masa lapang.

     "Mama . . . harini orang cuti laa" Kata Seyraa dengan suara yang serak lagi mengantuk.

     "Yelah kalau iyee pun cuti , bangun lah anak dara oi pergi mandi lepastu tolong mama masak ! " Leter Puan Deyla sambil tangannya mengikat langsir.

      "Baru pukul 9 setengah mama . . mama nak masak apa pagi pagi ni ?" Tanya Seyraa sambil bantal menutup muka daripada cahaya matahari memasuki mata.

       "Haihh , kalau macam gini lah gaya kamu ni Kak Long , memang sampai tua pun takde orang nak datang masuk meminang" Kata Puan Deyla .

       Tangannya sibuk mengemas meja belajar Seyraa yang bersepah dengan kertas kertas reset.

       Sudah mama ni , masuk pula bab kawin , sumpah sebelum dia lepas SPM mama tak pernah pun sebut pasal kawin tau.Nak SPM lagi la kalau macam ni ! Eeee .

       "Seyraa . . . bangun sayang " Sekali lagi Puan Deyla memanggil.

       "Iye , iye dah bangun dah ni" Balas Seyraa.

      Puan Deyla memandang anaknya itu dengan senyuman . Kadang kadang pemalas , kadang kadang terlebih rajin budak ni ! Macam mana nak jaga anak orang nanti makan minum suami.

       "Jangan lupa mandi , lepastu tolong mama potong sayur dekat dapur . Tadi kata tak kerja kan hari ni , jangan banyak alasan dengan mama" Kata Puan Deyla .

       Kata kata terakhir sebelum keluar daripada bilik Seyraa.

       Seyraa mengambil telefonnya di atas meja kecil sebelah katil , wayer charge dicabut dan suis ditutup.

       Dia mengunci jam pada pukul 10.15 pagi , dia berjanji selepas itu dia akan bangun dan terus pergi mandi.Kepala terus diletakkan di atas bantal empuk . Cahaya matahari yang menembusi tingkap bilik dibiarkan saja.

                           ________________

      SELEPAS latihan kedua tamat pada pukul 4 petang , semua pelatih diminta bersiap sedia untuk solat asar . Danish melepaskan lelahnya di tepi longkang sambil mengelap peluh yang mengalir di dahi.

      Penat juga nak capai kan impian dia ni , tetapi semua keluarga dan juga tak lupa niat dia yang ikhlas untuk halalkan Seyraa , dia terus bertahan . Pernah juga dia lihat ramai rakan rakan dia yang lain terus surrender apabila mendapat latihan yang berat dan sukar . Namun bagi Danish ini semua adalah cabaran yang  sekali saja datang dalam hidup.

      "Oi !" Ikmal menyinggung bahu Danish yang sedang mengelamun.

     "Kenapa ?" Tanya Danish.

      "Takdelah kau ni asyik termenung jauh je aku tengok , kau ada girlfriend ke?" Ikmal cuba menyelidik kehidupan Danish.

      "Takdelah , aku cuma teringat mak aku je , mana ada girlfriend " Balas Danish.

      "Yelah tu , eh minggu depan kan minggu last kita , so hujung minggu ni kitorang bincang nak keluar makan burger Texas , nak tanya pendapat ketua kita , tapi dia tak boleh join pulak ada masalah keluarga katanya , itu yang kitorang nak tanya kau . Kau kan penolong , Setuju tak?" Kata Ikmal panjang lebar.

      "Aku okay je , tak kisah " Balas Danish .

      "Bagusss ! "
      
      "Eh korang ! Danish setuju tu , kira on kat lusa ek ?" Kata Ikmal terhadap rakan rakan yang lain.

       Semua orang bersorak gembira apabila sudah mendapat persetujuan daripada Danish.Mereka mendapatkan Danish kemudian berjalan sama sama menuju ke surau apabila azan sudah habis berkumandang.

      Sambil berbual tentang aktiviti pada hari lusa sebelum habis task next week and then tiba lah hari penyerahan jawatan .

                         _________________

      "HYE LIA , dah sarapan belum ?" Sapa Najmy di pagi hari yang indah .

      "Hye , dah sarapan dah" Balas Seyraa dengan senyuman ' malas nak layan ' . Selepas itu dia meminta izin untuk masuk ke dalam kedai untuk melakukan kerja.

       Najmy menghantar perjalanan Seyraa sehingga perempuan itu hilang daripada pandangannya.Jual mahal betullah perempuan ni , susah gila nak dapatkan dia.

       "Morning Lia ! Harini kerja kita sikit je tau sebab ada tempahan meja makan harini so kerja kita memang sikit harini just serve makanan je" Sapa Nisa pula yang berada di kaunter pembayaran.

       "Banyak ke tempahan tu ? berapa family ? " Tanya Seyraa.

        "Entahlah tak silap akak , bukan family kut , dia macam gathering pekerja " macam tu haa " Balas Nisa.

       "Ouhh , okay akak . So Lia nak kena buat apa sekarang ni ?"

       "Tak ada apa pun , kemas kena meja aje lepastu tolong akak serve makanan okay tepat pukul 11 setengah"

        "Okay akak"

       Seyraa terus melakukan kerja mengemasnya disetiap sudut kedai tersebut , tiada satu habuk pun yang tertinggal .

       Kemudian tepat pukul 11 setengah pagi , dia membantu Nisa menghidangkan makanan di atas meja yang sudah ditempah oleh pelanggan . Nampak gaya macam ramai je yang nak datang nanti . Tiga meja bergabung jadi satu meja yang panjang.

        Selepas menghidangkan meja , Seyraa duduk sahaja di bahagian kaunter pertanyaan atau dipanggil kaunter order .

        Sewaktu dia ralik main fon , dia tidak sedar bahawa pelanggan tersebut sudah pun tiba 10 minit yang lalu , terkejut dia bila tengok banyak seragam baju kemeja putih yang disesuaikan dengan seluar slack hitam . Ya tuhan , jodoh ini .

       Satu figura menarik perhatiannya.

       

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now