• BAB 31 •

652 38 0
                                    

       " KENAPA singgah sekejap je ? " Tanya Puan Hajah . Dia dah cukup gembira anak dia pulang kerumah bersama isterinya .

      Seyraa memandang Danish kemudian dia tersenyum ke arah Puan Hajah .

      " Takde lah ibu , mana ada singgah sekejap je , kitorang nak duduk sini dua hari bole ? " Kata Seyraa .

     Danish terkejut . Dua hari ?

    " Seyraa . ."

    " Boleh tak ibu ? " Tanya Seyraa manja sambil memeluk kuat lengan Danish . Matanya mencerlung memandang Danish .

    " Boleh , duduk dua minggu pun boleh " Balas Puan Hajah dengan senyuman yang lebar .

     " Ibu , Danish nak naik atas dulu eh " Danish meminta diri , dia menarik tangan Seyraa dengan kuat . Sambil itu Seyraa masih tersenyum memandang ibu mentuanya .

     " Dua hari kau cakap ? Aku dah janji dengan ayah . . "

    " Kau tak kesian ke kat ibu . Dia teruja tau jumpa aku . So aku pun nak rapat jugak dengan ibu . Alang alang boleh jadi menantu kesayangan ibu " Balas Seyraa .

     Dia memotong percakapan Danish . Danish memandang Seyraa dengan perasaan yang agak geram . Masalahnya dia dah janji dengan ayah Seyraa nak bawak Seyraa tinggal berdua di rumah .

     Urusan beli rumah dia letakkan pada Zakwan sebab buat masa ni tempat Zakwan berulang alik dari universiti dekat dengan tempat kerja dia . Jadi dia suruh Zakwan cari rumah yang kosong .

    " Kenapa ? " Tanya Seyraa tak puas hati bila Danish pandang dia macam nak telan !

    " menantu kesayangan ek ? "

    " Haah " balas Seyraa sepatah sambil menyilang tangan . Dia memandang seluruh bilik Danish .

    " Wah , ni bilik kau ke ? " Tanya Seyraa teruja sambil menuju ke arah katil Danish . Katil Queen !

     Kemudian dia menuju ke tingkap , rupanya bukan tingkap tapi sliding macam pintu yang boleh bergerak . Bukak bukak je ada beranda .

     " Wahh ! " Seyraa keluar berdiri di beranda . Pemandangan takdelah cantik sangat sebab nampak rumah rumah je tapi okay la boleh ambik angin .

     Tadi pun dia perak rumah Danish ada tangga . Wahh !

     Danish menyeluk kedua tangan kedalam poket sambil berjalan menuju ke arah Seyraa . Perempuan ni biar betul , dia punya teruja tu macam tak pernah tengok rumah dua tingkat .

     Seyraa toleh kebelakang tengok tengok Danish sedang bersandar di pintu sambil menyilang tangan . Seyraa tersenyum malu , kemudian dia masuk ke dalam bilik semula melihat barang barang yang ada dibilik Danish .

      Gambar satu keluarga itu menarik perhatian Seyraa .

     " Kau . . ada abang ke ? " Tanya Seyraa .

     " Haah " Balas Danish .

     Seyraa melihat seorang pakcik yang berdiri di sebelah Puan Hajah . Ayah dia ke ? Handsome jugak , patutlah anak dia pun handsome .

     Seyraa memandang Danish yang sedang membelek barang di meja belajar . Seyraa tak patut tanya pasal ayah Danish sebab ayah lelaki tu kan dah meninggal dunia .

     Bila tengok gambar ni pun , Danish masih kecil lagi . Dia dengar cerita ayahnya meninggal masa dia darjah 5 . Dengar pun daripada Zakwan lah .

     Dengar cerita jugak pun rumah Zakwan berdekatan saja dengan rumah Danish.

               ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺
 
     DANISH turun tangga dengan mata yang masih mengantuk . Pukul 12 ruang tamu masih cerah dan bunyi tv . Seyraa jugak takde dalam bilik . Dia tertidur tadi lepas solat Isyak .

𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎Where stories live. Discover now