Bab 9

41 8 0
                                    

Sebelum itu....

Seorang lelaki menapak mendekati bilik wad Dato' Imran. Di tangannya terdapat sejambak bunga mawar merah gelap seakan hitam. Dia berdiri dihadapan pintu bilik wad Dato'Imran sambil memerhati kiri dan kanan memastikan tiada yang tahu kedatangannya.

Pintu bilik dikuak perlahan lalu dia menapak masuk sebelum pintu dikunci dari dalam. Lelaki itu meletakkan jambangan bunga itu dikaki katil lalu mendekati Dato'Imran yang masih lena.

Picagari dikeluar dari poket seluarnya. Setelah memastikan cecair yang ada dalam picagari itu, dia menyuntikkan picagari ke dalam IV drip sehingga habis. Mesin yang dipakaikan pada Dato'Imran mula berbunyi nyaring. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum bergegas keluar dari bilik wad itu.

Di sebalik dinding, lelaki itu dapat melihat doktor dan beberapa jururawat yang lain berlarian masuk ke dalam bilik wad Dato'Imran. Selang beberapa minit Dato' Imran dibawa keluar ke tempat lain.

Masa kini.....

Xin memberikan jambangan bunga mawar yang doktor temui atas katil Dato'Imran kepada Eif.

Syukurlah tiada apa apa perkara buruk yang terjadi kepada Dato' Imran. Mujur doktor sempat untuk memberi rawatan susulan kalau tak dia sendiri tidak tahu macam mana untuk berhadapan dengan Ifti.

"Bunga kematian." Eif pandang Xin.

"Ouh. Bunga mawar merah gelap seakan hitam ni kalau dekat luar negara melambangkan kematian." Terang Xin. Eif merenung jambangan bunga mawar itu.

Macam mana orang selain mereka tahu Dato' Imran ada dekat hospital tu?

"Eif,"

Khai mendekatinya.

"Orang kita jumpa picagari ni dalam bilik wad Dato'Imran. Dah confirm picagari ni bukan pihak hospital punya."plastik berisi picagari diberikan kepada Eif.

"Khai, Xin korang tolong aku transfer Dato' Imran ke hospital lain. Make sure takde siapa pun tahu pasal ni."

Mereka mengangguk. Eif melangkah keluar dari hospital itu. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama Ifti ditekan.

'Ifti, balik kejap lagi saya ambil tempat biasa. Ada benda saya perlu bagitahu awak.'

Setelah itu, dia pantas memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital.


Skip*

"Bahaya?"

Ifti terkejut. Masuk saja dia dalam kereta tadi Eid terus memberitahunya tentang situasi yang terjadi sekarang. Dia risau.

"Papa macam mana? Papa ada musuh ke? Macam mana awak boleh yakin yang benda tu angkara orang luar?..." Bertubi tubi Ifti bertanyakan.

"Ifti! Ifti! Relax. Semua terkawal. Pihak polis dah take over kes ni." Eif perasan tangan Ifti mula bergetar hebat.

Mahu saja tangan itu dicapai lalu digenggam kemas untuk meredahkan anxiety Ifti tapi dia tahu itu bukanlah keputusan yang baik buat masa sekarang.

Ifti menggenggam erat tote bag miliknya. Matanya dipejam erat cuba untuk mengawal perasaannya sendiri.

"I... I can't breathe.."

Eif memandang Ifti cemas. Ifti sudah memegang dadanya erat seakan menahan sakit.

"Ifti, buka mata. Look at me!" Bahu Ifti dipegang kejap. "Please open your eyes. Abang perlu tahu Ifti okay atau tidak.."

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now