Bab 6

86 9 0
                                    

TADI dia beria-ria menguap bila badan dah stand by atas katil segar bugar pula rasa mata ni. Hailah.

Ifti mengambil telefon pintarnya yang berada diatas meja sebelah katilnya. Laju saja tangan Ifti membuka aplikasi whatsapp lalu perbualannya bersama Eif dibuka. Ifti scroll perbualan dirinya dengan Eif sampailah ke bawah.

Hatinya berbelah bahagi sama ada perlu ke dia memulakan perbualan lagi?
"Tak nampak pelik ke kalau aku chat dia ni?"

"Karang dia fikir aku syok kat dia!"
"Eh! Lantaklah!"

Jemari Ifti menari diatas skrin keyboard pada telefon pintarnya itu.


TING!


BUNYI telefon pintar menarik perhatian Eif. Aplikasi whatsapp dibuka lalu chat Ifti dibaca.

Eif - Ifti

Awak dah tidur ke? - Ifti

Eif tersenyum senget melihat chat yang dihantar. Tubuh direbahkan atas katil empuk dibilik tetamu itu sambil matanya masih tidak lepas memandang kearah skrin telefon.

Saya belum tidur lagi. Kenapa, Ifti?

Eif menghantar balasan kepada chat Ifti tadi. Tidak lama kemudian chat Ifti masuk semula.

Saya tak boleh tidur. Hmm.. Hot chocolate? - Ifti

Okay. Saya buatkan untuk awak.

Eif bingkas bangun dari pembaringannya lalu keluar ke dapur. Kabinet atas dibuka lalu dua mug dikeluarkan.

Tengah dia membancuh minuman untuk mereka berdua, kak Zah masuk ke dapur.

"Eh? Eif tak tidur lagi?" Tegur Kak Zah. Eif senyum. "Eif teman Ifti. Tak boleh tidur katanya."

"Lah.. yeke? Takpe, biar kak Zah bancuh hot chocolate tu."

"Takpe kak Zah. Setakat hot chocolate saya boleh bancuh sendiri."

Kak Zah tersenyum. "Nak ingatkan Ifti lah ni?"

Eif koyak senyum mendengar tebakkan Kak Zah itu.

"Kalau macam tu kak Zah masuk bilik lah dulu. Kamu berdua jangan tidur lewat pulak." Eif buat tanda 'ok'.


HARUMAN hot chocolate dihadapannya itu begitu menggoda Ifti. Laju saja tangannya mencapai mug itu lalu dihirup perlahan.

Ya Allah.. Sedapnya mamat ni buat.

Tapi... 'Rasa' dia familiar.

Tanpa sedar senyuman terukir dibibir comel Ifti. Eif yang turut menyisip hot chocolate itu tersenyum melihat Ifti.

"Favourite awak memang hot chocolate ke?" Ifti mengangguk tanda mengiyakan.

"Saya memang suka gila dengan hot chocolate ni! Saya paling suka hot chocolate someone tau! Rasa dia macam yang awak buat ni lah."

Eif melihat wajah polos Ifti. 'That's me, sayang. Abang yang selalu buatkan untuk sayang.'

"Someone? Siapa?" Biarpun Eif tahu jawapan yang bakal dia dengar tapi hatinya meronta ingin mendengar!

"Hmm... Saya tak ingatlah. Sebab papa kata dulu saya accident. Mungkin sebab tu kot saya tak berapa nak ingat."

Wajah Ifti berkerut memikirkan sesuatu. Eif yang perasan akan hal itu pantas menghalang Ifti dari terus memikir soal itu. Takut ia memberi impak lain untuk Ifti.

"Kalau saya ingat nanti saya bagitahu awak eh? Hmm... Esok awak ke yang hantar saya pergi kolej?" Ifti mengubah topik lain. Eif layankan saja.

"Saya akan bersama awak 24 jam. So, rasanya awak boleh bagi saya jadual kuliah awak. Senang sikit saya nak pick up."

"Wajib ke?"

"Tak. Tapi kalau awak nak dengar saya membebel boleh lah."

"No, Thanks." Ifti terus menghirup hot chocolate miliknya itu sambil palingkan wajahnya kearah lain. Eif hanya tersenyum sinis melihat reaksi Ifti itu. Tahu takut!


Pagi...


DATO' Imran mendekati Eif yang sedang berdiri dihadapan taman mini rumah itu. Lelaki itu sudah lengkap memakai kot hitam dipadankan dengan kemeja hitam di dalam.

"Sampai bila Rif?" Eif sedikit tersentak sebelum memandang kearah Dato' Imran yang kini berdiri disebelahnya.

"Maksud papa?"

Dato' Imran tersenyum. "Sampai bila nak rahsiakan dari Ifti?"

" I have no idea, pa."

"Lagipun Rif tak nak terlalu mendesak Ifti. Biarlah Ifti ingat Rif perlahan-lahan." Itu jawapan Eif. Dato' Imran yang mendengar hanya mampu melepaskan keluhan perlahan.

"Papa rasa lain sangat semenjak beberapa hari ni."

"Papa rasa apa?"

"Papa rasa macam nak pergi jauh. Entahlah Rif. Mungkin juga mainan minda." Ujar Dato' Imran.

Eif sudah rasa cuak namun pantas disingkir perasaan itu sebab dia akan cuba lindungi sedaya upayanya.

"Pa..."

"Papa, Eif. Jom breakfast dulu." Ifti muncul dari sebalik pintu gelangsar. Eif terpaksa melupakan apa yang ingin dia katakan tadi.

"Marilah, Rif." Mereka berjalan masuk secara beriringan ke dalam rumah banglo itu.


..........................



"WEI, siapa yang ambil kau kelmarin? Kecoh junior kitorang dengar lelaki jemput kau." Soal Naj tidak sabar.

Ifti yang baru saja duduk tercengang.

"Serious lah junior pun kecoh?" Ifti menyoal kembali. Wah! Boleh famous dia lama lama!

"Iya, Nyah. Aku sendiri pun dengar. Cer citer. Kau... Ada boyfriend eh? Apalah. Ada boyfriend tak bagitahu kitorang pun!" Zarif menyampuk. Air minumannya diambil lalu diteguk perlahan.

"Tu bukan boyfriend lah! Itu bodyguard yang papa aku upah." Terbatuk-batuk Zarif memdengar.

Naj yang mendengar sudah makin mendekatkan diri kepada Ifti. "So, handsome tak?"

Ifti sengih nakal. "Boleh tahan."

"Woooo.." Naj sudah berbunyi nakal.

"Silly!"

Naj sudah tergelak mendengar 'makian' lembut Ifti itu.

"Wei, korang ketawa tak ajak aku pun!" Rina yang baru saja datang terus memeluk bahu Ifti dan Naj.

"Kau nak join ketawa ke?" Rina angguk. "Ketawalah." Selamba badak Naj berkata.

Rina berdecit geram. Susah dapat kawan macam ni!

"Excuse me,"



TBC

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now