Bab 20

45 5 0
                                    

SUDAH beberapa hari Eif berulang alik masuk ke kondo yang didiami Ifti buat sementara waktu itu. Tidak kira pagi petang siang malam kadang kadang ada saja mata mata jirannya yang memandang sesuatu kearahnya jika dia melepasi mereka.

Dia nak risau apa? Perempuan dalam rumah tu isteri dia yang sah!

Petang itu, Eif datang lagi bersama barang dapur yang dipesan Ifti. Ifti membuka pintu rumah dari dalam dan kebetulan jiran sebelah keluar dari rumah bersampah beg sampah ditangan. Sempat lagi dia menjeling kearah mereka berdua. Ifti gigit bibir bawahnya menandakan dia gelisah.

"Jangan pedulikan dia. Jom." Eif terus saja masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan mata jiran itu yang masih melekat kepada mereka.

"Tapi..." Ifti menutup pintu rumah itu sebelum mengejar langkah Eif ke dapur.

Barang barang yang dibeli tadi dikeluarkan satu persatu. Ifti berdiri dihadapannya masih lagi dengan riak gelisahnya.

"Eif, pakcik tadi tu asyik tengok kita je. Dah berapa kali dia nampak awak masuk rumah ni. Kita... Kita kan takde hubungan apa apa." Perlahan suara Ifti.

"Takut kena tangkap basah dengan saya ke?"

Ifti angguk.

"Kahwin lah dengan saya." Selamba Eif.

Mata Ifti mencerlung kearah Eif. Ingat nak kahwin macam main kahwin kahwin masa zaman budak budak tu ke?

"Biarkan jelah, Ifti. Nanti dorang stop sendiri lah tu." Ujar Eif sambil tangannya tangkas meletakkan barang barang dapur yang lain keatas kabinet.

Buah buahan dan sayur diletakkan ke dalam fridge.

"Awak ni ambik mudah je benda macam tu. Saya tak nak lah kahwin muda. Lagi lagi kalau kena tangkap basah. Eeiii tak nak!" Eif tersenyum sumbing mendengar.

"Oh ya," Ifti kembali bersuara. "Tadi Papa saya ada call. Dia kirim salam kat awak."

"Waalaikumussalam." Jawab Eif.

"Saya pelik lah." Eif mengangkat mukanya melihat Ifti. "Pelik kenapa?"

"Awak dengan papa saya ni macam rapat sangat. Dah macam ada hubungan kekeluargaan pula."

Eif hanya senyum tidak menjawab.



Seminggu lepas itu ....


"ENCIK! Ha! Nilah rumahnya. Dah berapa hari ada lelaki keluar masuk rumah ni. Berdua duaan dengan seorang perempuan. Ni lepas maghrib tadi lelaki tu tak keluar keluar dari rumah." Adu lelaki yang dikenali sebagai Yusuf itu.

Kakitangan daripada JAIS itu mengangguk sesama sendiri sebelum salah seorang daripada mereka mengetuk pintu rumah.


IFTI yang ketika itu sedang menonton Netflix di ruang tamu tersentak. Dia memandang kearah Eif  yang masih berdiri di dapur.

"Awak ada bagitahu sesiapa ke awak tinggal kat sini?" Soal Eif tegas. Ifti menggeleng kepalanya laju.

Eif perlahan lahan menuju ke pintu utama. Langkahnya waspada dengan sebarang kemungkinan. Sebaik sahaja dia menguak pintu, beberapa lelaki berkopiah memandang kearahnya dengan wajah serius. Eif memejam matanya perlahan sambil mendengus perlahan.

"Minta maaf, Encik. Kami dapat aduan yang encik duduk berdua duaan dengan seorang gadis dalam rumah ni." Ujar lelaki yang mengetuk pintu tadi.

Ifti menghampiri Eif. Lelaki lelaki itu berpandangan sesama sendiri. Ada yang mengangguk ada juga yang mengucap. Ifti panik. Dia memandang kearah Eif. Wajah lelaki itu tenang saja tanpa reaksi risau.

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now