Bab 2

126 12 0
                                    

Ifti menadah tangan berdoa setelah siap menunaikan solat subuh. Lama dia berdoa barulah tangan di sapu pada wajahnya.

Sepanjang malam tadi dia langsung tidak dapat melelapkan mata dengan tenang. Bila mata dipejam pasti mimpi buruk! Tapi rasanya sudah agak lama dia tidak bermimpi buruk seperti itu tapi sejak bertemu dengan lelaki di butik itu malam tadi dia kembali bermimpi buruk.

Siapa dia sebenarnya?

Kepala yang berdenyut dipegang kejap. Ifti memejamkan matanya bagi menghilangkan rasa sakit yang mencengkam.
"Aduh... Kenapa kepala aku sakit sangat ni..?"keluh Ifti perlahan. Telekung dibuka dari kepalanya dan dilipat kemas. Sejadah di lipat lalu diletak atas ampaian kecil yang berada di hujung bilik.

Panadol diambil dari laci meja sebelah katil. Air dituang ke dalam gelas kaca. Ifti memasukkan panadol ke dalam mulut dan cepat-cepat air diminum. Selang beberapa minit barulah kepalanya ringan sedikit dan sakit juga beransur hilang.

Jam pada dinding bilik dilihat. Sudah hampir jam 7 pagi. Lebih baik dia turun memasak sarapan untuk Dato' Imran sebelum pergi ke pejabat pagi itu. Ifti bangkit dan menuju ke pintu bilik. Langkah diatur berhati-hati apabila menuruni tangga. Kedua-dua tangannya kuat memegang pagar pada tangga. Sejak 4 tahun lepas dia seakan fobia untuk turun ke tangga seolah-olah dia pernah jatuh di tangga.

Pernah ke?

"Ifti buat apa tu?" Ifti terus duduk disalah satu anak tangga. Hatinya seakan mahu gugur apabila ditegur dari arah belakang secara tiba-tiba.
"Papa... Nasib baik jantung Ifti tak gugur."Dadanya yang berdebar kencang diurut beberapa kali.

Dato' Imran tergelak perlahan melihat reaksi anaknya itu.
"Cara Ifti turun tangga tu menggelikan hati papa. Comel sangat turun tangga macam tu."
"Papa tahu kan anak papa ni fobia turun tangga tak tentu pasal?" Ujar Ifti bersama senyuman nipis.
"Oh ya. Papa tahu tak kenapa Ifti fobia turun tangga? Pelik lah? 4 tahun lepas papa kata Ifti terlibat kemalangan kan? Tapi kenapa pula Ifti nak kena fobia bila turun tangga?"tambah Ifti lagi. Dato' Imran terdiam. "Ifti..."
"Hmm?" Ifti pandang wajah Dato' Imran yang berdiri disampingnya. "Ifti ingat tak apa-apa masa kemalangan 4 tahun lepas?"
"Hmm... Ifti tak ingat lah, pa. Papa cuma cakap dulu Ifti kemalangan kereta and mata Ifti cedera sebab tu perlu buat surgery." Jelas Ifti.

Dato' Imran diam lagi. Otaknya ligat berfikir sampai bila menantunya itu mahu merahsiakan perkara sebenar kepada anaknya?

Ifti melambai-lambai tangannya dihadapan muka Dato' Imran.
"Pa? Papa!" Dato' Imran tersedar.
"Papa mengelamun apa pagi-pagi ni?" Geli hati Ifti melihatnya.
"Meh, papa bantu Ifti turun tangga. Lambat sangat papa nak tunggu kamu turun." Dato' Imran paut lengan Ifti lembut dan membantu Ifti turun tanpa memegang pagar tangga.
"Nak cepat papa buatlah lif dalam rumah ni hihihi." Seloroh Ifti. Dato' Imran jentik dahi Ifti perlahan. Ifti hanya tergelak.

..................

EIF melangkah masuk ke pusat latihan Empire Legacy. Di situlah mereka melatih pelatih baru untuk menjadi bodyguard yang terbaik.
"Selamat pagi, bos!"ucap salah seorang pelatih yang baru dua minggu mengikuti latihan.

Eif hanya membalas dengan senyuman. Dia segera ke tempat pelatih-pelatih baru yang telah lulus ujian kecergasan dan tahan lasak berkumpul.
"Good morning everyone!" Lantang Eif memberikan salamnya.

Pelatih-pelatih baru itu terus sahaja bangkit dari duduk mereka dan membuat beberapa barisan. Khai memberikan senarai nama yang telah lulus kepada Eif.

Eif melihat sekilas senarai nama itu sebelum memandang wajah-wajah muda dihadapannya itu.
"Awak semua kenal siapa saya?"soalan pertama Eif kepada mereka semua. Salah seorang pelatih mengangkat tanganya.
"Encik Ammar Rifqi. Founder Empire Legacy."jawabnya dengan penuh yakin. Eif senyum dan angguk. "Betul. Siapa nama awak?"
"Aryan, Encik Ammar."
"Mulai sekarang call sign awak dalam organisasi ini adalah Ian. Awak setuju?" Aryan angguk laju dan senyum.
"Bagus! Awak semua boleh panggil saya kat sini sebagai encik Eif dan rakan disebelah saya ni awak boleh panggil dia encik Khai. Is it clear?"
"Yes, sir!"
"Good! Hari ni latihan pertama kamu adalah fitness. Saya nak semua orang kena cukup fit dahulu sebelum melakukan sebarang latihan mempertahan diri. Semua di sini ada background seni bela diri, right?"
"Encik Eif, siapa yang akan latih kami?" Soal salah seorang pelatih yang senyap sejak mula.
"Untuk bulan pertama ni saya dan encik Khai yang akan latih awak sendiri. Stage by stage." Jawab Eif ringkas sahaja. Pelatih itu mengangguk faham.

Beberapa lagi soalan lain diutarakan kepada Eif dan Eif menjawab dengan tenang dan sabar.
"Eif,"

Eif mendongak melihat gerangan orang yang memanggilnya. Xin melambaikan tangannya.
"Khai, kau take over jap."
"Okey."

Eif mendekati Xin. Lelaki itu memberikan dokumen kepada Eif.
"Ni Jannah suruh aku bagi dekat kau. Katanya urgent case. Perlu approval kau cepat."jelas Xin kepada Eif.
"Urgent case?" Eif belek dokumen itu perlahan sambil membacanya. Buntang matanya melihat nama client mereka kali ini.

Papa?

Skip*

TAN Sri Mansor membuka sampul surat yang diberikan oleh Sean, orang upahannya untuk melaksanakan kerja-kerja jahatnya.

Beberapa keping gambar dikeluarkan. Tan Sri Mansor membelek setiap satu gambar yang ada bersama senyuman sinis.
"Jadi perempuan ni tak mati lah?" Sean angguk.
"Suami dia?"
"Aku masih belum dapat jejak lagi."balas Sean. Tan Sri Mansor angguk
"Aku nak kau hapuskan mereka berdua. Aku tak nak ada seorang pun waris Tan Sri Amirullah dan Dato' Imran dalam dunia ni. Selagi mereka wujud, aku takkan boleh menang."

Sean tunduk sedikit sebelum keluar dari bilik kebal Tan Sri Mansor.

Tan Sri Mansor berjalan melihat satu persatu khazanah yang diletak dalam bilik kebal itu. Frame gambar yang terletak elok atas kabinet dicapai. Gambar tiga sekawan itu dilihat penuh kebencian.
"Imad... Jangan risau. Dendam kau akan aku balas. Imran dan seluruh keluarga dia akan mati. Itulah harga yang perlu mereka bayar sebab dah bunuh kau, Imad."

SUASANA janggal menghiasi pertemuan mereka pada kali ini. Eif pandang Ifti tajam dan serius. Ifti sudah rasa ingin lari keluar dari ofis itu kerana direnung tajam seakan Eif ingin menelannya hidup-hidup.
"Hmm..."
"Apa tujuan awak ambilkan bodyguard untuk Dato' Imran?"Soal Eif.

Ifti tercengang. Salah ke? Orang nak lindungi papa kot!

"Saya nak upah bodyguard untuk jaga papa saya. Saya tak nak ada benda buruk berlaku dekat papa saya. Takkan itu pun salah?"ujar Ifti dengan nada tidak puas hati. Eif tersenyum.

'Mak aih. Lawa betul senyuman dia.' Monolog Ifti dalam hati. Hampir sahaja dia ikut tersenyum namun pantas dia memasamkan mukanya.
"Kalau awak tak nak ambil job ni saya boleh pergi tempat lain. Jangan ingat Empire Legacy ni famous saya terhegeh sangat nak upah bodyguard kat sini." Ifti berdiri dan mengambil handbagnya dan berura-ura untuk pergi namun pantas sahaja Eif menahan.
"Saya tak cakap apa pun, Cik Ifti. Suka sangat buat andaian kan sejak dulu."kata-kata Eif menyentakkan Ifti.
"Sejak dulu? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"laju sahaja Ifti mengutarakan soalan itu. Eif urut tengkuk sendiri. Dia terlepas cakap pula!
"Saya cuma cakap aje. Kenapa? Memang betul ke awak suka buat andaian dari dulu?"kilas Eif pula. Ifti cebik bibir.
"Okey, cik Ifti. Tapi sebelum kita proceed kepada agreement boleh saya tahu satu perkara?"
"Apa dia?"
"Dato' Imran bukan ada bodyguard sendiri ke?" Ifti berfikir sesuatu.

Eif juga turut terfikir. Setahunya dulu Dato' Imran memang ada bodyguard sendiri. Ifti pula dibawah jagaan keluarganya memandang Ifti adalah isterinya.
"Saya pun tak tahu."balas Ifti setelah lama berfikir. Eif pelik.
"Betul. Saya sendiri tak tahu. Sejak beberapa minggu ni papa hanya keluar bersama dengan driver aje. Saya dah tak nampak bodyguard papa lagi."tambah Ifti lagi untuk menguatkan kata-katanya sebelum ini.
"Langsung tak ada?"
"Langsung."

Eif pelik. Dia pandang wajah Ifti. Wajah itu nampak polos aje. Tak ada niat untuk menipunya. Tapi tak logik kalau Ifti nak tipu.




TBC

Follow, Vote and Comment! Bab seterusnya akan menyusul nanti. Xoxo!

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now