Bab 4

97 11 0
                                    

Missing someone isn't about how long it has been since you'e seen them or the amount of time since you'e talked. It's about that very moment when you're doing something and wishing they were right there with you


"WEI, esok kelas jam berapa eh?"soal Naj aka Najiha kepada yang lain.
"Jam 9. Kau ni susah nak ingat jadual kan? Lain kali kau tampal besar besar jadual dalam bilik kau baru senang kau nak ingat."bebel Zarif. Memang pantang Zarif dengar orang-orang yang tak tahu urus masa ni!

"Blah ah kau. Aku tanya sepatah kau jawab aku berpatah patah. Bingit tau tak?"balas Naj dengan nada geram.
"Eh, dahlah. Kita keluar ni nak tengok wayang bukan nak tengok korang gaduh."Ifti cuba mengamankan kedua pihak. Rina hanya mampu ketawa terbahak-bahak di sebelah Ifti.
"Korang ni sesuai sangat. Sorang lembut sorang lagi kasar. Memang kuat betul jodoh korang berdua ni!"
"Rina!"

"Rina!"

Zarif dan Naj berpandangan sebelum buang pandang kearah lain.

"Tengok tu? Panggil nama aku pun serentak."usik Rina lagi. Ifti hanya mampu menggeleng kepalanya.

"So, nak singgah mamak tak?"cadang Ifti.
"On!"jawab Naj. Soal mamak ni memang dia nombor satu.

"Aku okey je."Zarif memberi jawapan dengam cara gediknya. Naj buat gaya seperti ingin muntah.

Zarif parking kereta agak jauh dari kedai mamak yang selalu mereka kunjungi.

"Tak ada ke parking yang dekat sikit? Seramlah dengan kawasan gelap lagi."kata Rina.

"Kan kita dah pusing berapa round tadi. Ni aje yang paling dekat lagi pun kita kan ramai. Kalau ada apa belasah ajelah."ujar Zarif sambil lewa.

"Kaulah yang belasah. Kitaorang ni perempuan."

"Kau perempuan ke, Naj?"sempat lagi Zarif memerli Naj. Naj tumbuk bahu Zarif sehingga lelaki itu terjerit kecil.

"Sakitlah!"

Zarif menggosok bahunya yang sengal akibat tumbukan Naj tadi. Rina paut lengan Ifti sambil mereka bergerak meninggalkan Zarif dan Naj sendiri.

"Wei! Korang tunggu lah!" Berlari anak Naj mengejar langkah Ifti dan Rina yang jauh dihadapan.

"Nyah! Tunggulah!"



Skip*


Eif's POV

Aku bergelak ketawa dengan Khai dan juga Ricky di kedai mamak itu.
"Ifti lah."Ujar Khai tiba-tiba. Aku toleh belakang melihat. Kelihatan Ifti bersama dengan dua orang perempuan dan juga seorang lelaki. Lelaki?!

Aku ketap bibir tahan geram. Ricky siku Khai apabila melihat perubahan mood aku.

"Bro, kau kenapa? Tengok orang macam nak telan aje?"

"Sekarang pukul berapa?"soalku tanpa menjawab pertanyaan Khai tadi.
"Dah jam 10.37 malam."jawab Ricky.

"Sejak bila dia dah pandai keluar malam ni?"gumam aku perlahan.

"Eif, Ifti tu siapa bagi kau sebenarnya? Sejak hari tu lagi aku rasa pelik dengan kau ni."

"Kau nak pelik apa, Khai? Salah ke aku layan perempuan?"Rimas aku dengan pertanyaan Khai.

"Eif yang aku tahu takkan benarkan orang sesuka hati naik lif yang di khas untuk founder. Tapi hari tu aku terserempak dengan Ifti turun guna lif tu. Ke... Kau ada hubungan dengan Ifti ni?"tebak Khai. Tebakkan Khai tetap mengenai sasaran. Aku hanya mengiyakan kata-katanya.

"Bila wei? Asal aku tak tahu?"

"4 tahun lepas."

"What?!" Hampir sahaja aku jirus teh tarik ais didepanku ini kearah Khai.

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now