Bab 12

32 5 0
                                    

"Ifti dah okay ke?" Dato'Imran membantu Ifti yang baru sedar untuk duduk.

"Okay sikit papa." Balas Ifti perlahan. Masih tidak bertenaga lagi. "Papa, Ifti lapar."

"Kejap eh. Kak Zah tengah prepare kat dapur tu." Ifti mengangguk

Dato'Imran membelai kepala Ifti lembut. Ifti senyum kearah Dato'Imran.

"Papa, thanks tau jaga Ifti sepanjang malam tadi. Sorry sebab susahkan semua orang dalam rumah ni. Mesti semalam Eif kalutkan dengar Ifti menjerit?"

Dato'Imran terkesima. Ifti tak sedar yang berjaga dari malam sampai pagi tadi tu adalah Eif.

"Ya, sayang. Eif risau sangat semalam."

Ifti senyum nipis. "Thanks papa sebab peluk Ifti semalam. Ifti rasa selamat sangat sangat."

Ifti memeluk tubuh Dato'Imran. Namun dia merasakan sesuatu yang pelik.

'Kenapa body papa tak sama macam semalam? Rasanya semalam tubuh yang peluk aku rasa sasa.'

Ifti melepaskan pelukan.

"Eif mana papa?" Ifti ubah topik. Tidak mahu memikirkan hal semalam.

"Eif tengah rest. Nak jumpa dia ke?"

"Takpelah, pa. Bagi dia rehat dulu."

IFTI tersengih melihat buah tangan yang dibawa oleh yang lain untuknya. Kepala yang disarung dengan tudung sarung digaru.

"Korang ni datang bawa buah tangan memang copy paste eh? Rina bawa epal, biskut dengan minuman soya. Naj pun sama beza flavour je biskut tu. Zarif pun sama sebiji macam Naj. Ya Allah! Sean pun?"

Mereka tergelak. Sean hanya senyum senget.

"Kitaorang pun tak sangka. Beli sendiri sendiri dah kumpul dalam kereta semua baru perasan. Puas lah kau makan benda benda ni." Gurau Rina.

"Betul. Weh, rindu lah kat kau. Baru sehari kau takde tak best ah." Naj memeluk bahu Ifti. Kepalanya dilabuhkan atas bahu Ifti.

"Sama! Seharian ni aku bosan kau takde kat kelas tau!" Rina juga ikut memeluk Ifti.

"Baru hari ni kot!"

"Tak kira! Rindu juga! Cepat sembuh tau?"

Zarif mencebik melihat tiga wanita dihadapannya itu. "Nyah! Aku nak peluk siapa?"

Ifti dan yang lain berpandangan. Zarif melirik kearah Sean disebelahnya.

"Sean, nak hug??" Acah Zarif seakan mahu memeluknya.

"No, thanks. Ifti, tandas kat mana eh?" Sean menjarakkan dirinya dari Zarif.

"Kena turun kat bawah, Sean. Dekat area dapur. Kalau dah sampai dapur nanti awak boleh nampak terus tandas." Terang Ifti. Sean mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik itu.


DIA keluar dari biliknya setelah terlena dari pagi tadi. Baru Eif mahu naik ke atas dia melihat Sean berlegar di setiap ruang rumah banglo mewah itu.

'Nak mencuri ke?'

Eif terus memerhati gerak geri Sean. Sean berhenti di satu sudut penjuru ruang tamu. Lama dia berdiri di situ. Eif semakin pelik.

"Ehem."

Sean berpaling. Eif berdiri betul betul dibelakangnya sambil berpeluk tubuh.

"Cari apa kat sini?" Soal Eif apabila Sean hanya melihatnya.

Sean senyum. Sebelah tangannya yang berada dalam poket seluar perlahan lahan dikeluarkan. Eif tajam memerhati setiap gerinya.

"What are you - " Eif yang ingin mara kearah Sean namun Sean menahannya.

"Woah! Chill. Cuma ni je." Sean tunjukkan rokok elektroniknya yang dikeluarkan dari poket seluarnya.

Eif mendengus melihat senyuman Sean yang seakan mengejek dan mencabarnya.

Apa masalah lelaki ni sebenarnya?

"Encik tak boleh berlegar dekat ruangan rumah ni tanpa tuan rumah. Kalau datang nak melawat Ifti boleh naik atas." Eif berpaling berura mahu melangkah naik namun langkahnya terhenti apabila Sean menegurnya.

"Ammar Rifqi Dato' Amsyar?"

Eif berpaling semula melihat Sean. Masih dengan senyumannya namun kali ini lebih sinis.

"You're quite popular. Mustahilkan kalau saya tak tahu."

Sean meninggalkan Eif sendiri di ruangan itu. Mata Eif menyoroti langkah Sean yang semakin menghilang.



.......................



SITUASI tegang di bilik ofis Dato' Imran. Ricky hanya memantau situasi dari luar bilik ofis Dato' Imran.

"Hei, kenapa terkejut sangat ni?" Tan Sri Mansor ketawa lepas.

"Kau nak apa datang dekat sini, Mansor? Berapa kali aku kata aku takde kena mengena dengan kematian Imad." Tertahan tahan suara Dato' Imran.

Senyuman di bibir Tan Sri Mansor hilang apabila nama Imad meniti dibibir Dato' Imran.

"Jangan cuba menidakkan kenyataan, Imran. Aku tahu kau dengan Amsyar jumpa Imad malam tu dekat rooftop dan tolak dia jatuh!" Tan Sri Mansor sudah berdiri.

"Astaghfirullahalazim! Demi Allah, Mansor! Aku dan Amsyar cuma jumpa dia untuk berbincang! Mansor, sudah lah tu. Amsyar pun dah takde. Kita lupakan hal tu. Buka buku baru."

DUM!

Habis kerusi yang berhampiran diterajang Tan Sri Mansor. Ricky terus masuk ke dalam ofis itu dan berdiri dihadapan Dato' Imran.

"Bodyguard? Takut sangat ke kau dekat aku? Kenapa kau takut? Sebab kau buat salah kan?!"

"Senang senang je kau suruh aku lupakan hal lepas, buka buku baru.. yang mati tu anak aku!" Amuk Tan Sri Mansor.

"Kalau bukan si Amirullah tu bayar orang orang tu untuk tutup mulut korang semua dah masuk penjara lah!"

Dato' Imran diam.

"Kau tak faham rasanya bila hilang anak, Imran." Tan Sri Mansor melangkah kearah pintu. Sempat dia berpaling.

"Mungkin kau akan faham bila kau hilang anak kesayangan kau."

"Mansor! Mansor!' Dato' Imran cuba untuk mengejarnya tapi dadanya tiba tiba terasa sempit.

"Dato' Imran?" Ricky memapah Dato'Imran untuk duduk.

"U.. ubat.."

Ricky mencari ubat di dalam poket kot yang disangkut. Sebuah bekas kecil diambil lalu sebiji ubat diberikan kepada Dato' Imran.

"Dato', Kita pergi ke hospital ya?"

Dato' Imran menggeleng pantas. Dia tidak mahu Eif dan Ifti risau.

"Tapi Dato'...."

"Please.." Mahu tidak mahu Ricky terpaksa akur.

Dia teringat tentang ugutan lelaki berpangkat Tan Sri itu. Perlu ke dia bagitahu Eif?

TBC












Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now