Bab 21

34 6 0
                                    

Ifti terdiam mendengar cerita 4 tahun lepas. Matanya terpaku pada wajah tampan dihadapannya itu.

Ya.. Suaminya...

"Kita bergaduh malam tu sebab Ifti rasa abang kongkong Ifti. Abang buat bersebab sayang...Tapi mungkin dah takdir malam abang ikutkan sangat ego abang. I snapped at you..."

Eif tertunduk sikit.

"... Harshly."

Ifti langsung tidak menyampuk sedikit pun.

"Bodohnya abang bila abang biarkan Ifti keluar macam tu je. Bila abang jumpa sayang, keadaan sayang teruk... Your eyes... Sayang tahu kan?" Ifti mengangguk perlahan.

Dia buta.

"Abang... Abang tahu ke siapa punya kerja semua ni?" Soal Ifti sebab dia betul betul nak tahu angkara siapa yang kucar kacirkan hidup dia sekarang ni.

"Abang tak pasti betul ke tak tapi papa kata semua ni disebabkan Tan Sri Mansor. Ayah kepada arwah kawan papa dan papa abang. Dia kata papa sayang dan arwah papa abang yang bunuh anak dia sebab dendam dia nak bunuh semua ahli keluarga kita."

Tangan Ifti naik menutup mulutnya sendiri, terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Bunuh?"

Tergamam. Terkedu.

"Sayang," Eif mengambil jemari Ifti lalu digenggam erat.

"Abang takkan bagi diorang sentuh Ifti lagi. We'll get through this. Together."

"Papa?" Airmata Ifti mula bergenang ditubir mata.

"Jangan risau. Papa takkan apa apa." Airmata Ifti diseka menggunakan ibu jari.

...........................

Mereka kembali semula ke rumah kondo mewah itu. Kali ini dah takde rahsia rahsia.

"Malam ni ada orang nak datang rumah tau." Ifti toleh belakang memandang Eif. "Siapa?"

"Ibu saudara abang. Sayang tak ingat kot. Dulu ibu selalu datang sini teman sayang kat rumah." Ujar Eif sambil meletakkan barang barang Ifti.

"Amalia..."

"Huh? Siapa, sayang?"

"Amalia. Tu... Ibu saudara abang ke?" Eif tersenyum. "Betul lah tu. Amalia Binti Tan Sri Amirullah."

"Oh.." Tak sangkah dia betul kali ni.

"Macam mana sayang boleh ingat?"

"Tak tahu. Tiba tiba je nama tu muncul dalam otak ni." Jawab Ifti ringkas.

Eif senyum.

Dia tahu susah untuk Ifti ingat semuanya.

"Sayang rehat dulu. Abang nak prepare minum petang ni." Eif melipat lengan baju kemeja yang dipakainya itu sehingga ke paras siku.

Mata Ifti tidak lepas memandang wajah suaminya itu.

Dah suami yang sah kan? Pandang jelah!

"Ifti nak tolong boleh?"

Eif menjongket keningnya.

"Nak tolong? Tak nak rest?"

Ifti geleng kepala.

"Okay. Jom."

Mereka bergerak menuju ke dapur. Eif mengeluarkan bahan bahan yang dia perlu untuk membuat karipap.

"Woah! Abang reti buat karipap?" Teruja Ifti melihat lincah saja tangan Eif bergerak membuat adunan untuk karipap.

"Mestilah! Ingat abang macam ni tak reti masak karipap ke?" Bangga sekejap Eif.

Masing masing kusyuk untuk mengadun tepung sehingga menjadi doh yang diinginkan. Ifti tengok kiri dan kanan kaunter dapur. Timbul rasa pelik.

"Abang nak buat karipap oksigen je ke?"

"Eh! Cantik sikit. Karipap abang isi dia full house tau!" Sempat lagi Eif mencebik sedikit bibirnya. Ada ke patut dia kata karipap aku karipap oksigen!

"Okay... Tapi abang nak letak inti apa? Ifti tak nak nampak pun bahan lain selain doh abang buat ni." Ifti garu kepala yang tidak gatal.

Eif tersedar akan sesuatu "Ya Allah! Sayang! Abang lupa nak masak kari ayam dengan kentang dulu!"

Ifti ketawa lepas melihat wajah kalut itu mengeluarkan ayam dari freezer untuk defrost.

"Allah... Lambat lagi lah macam ni." Keluh Eif. Dia baru nak tunjuk skill dekat isterinya itu.

Ayam yang keras macam batu itu dibelek seketika oleh Eif. Punah harapannya!

Tiba - tiba telefon pintar Ifti berbunyi. Nama pada ID pemanggil terpapar nama Rina. Ifti menjawab panggilan itu.

"Aku takde kat rumah sekarang.. Ha, aku kat mana? Err.. Aku aku kat rumah saudara aku. Tinggal kat sini sementara waktu. Eh, Rina! Asal call ni? Ada hal penting ke?"

Cepat saja Ifti mengubah topik. Tidak mahu Rina bertanya lebih soal dia tinggal di mana ketika ini.

"Aku jumpa korang esoklah kat kelas. Okay, bye." Telefon diletakkan semula atas kaunter dapur.

Eif masih lagi sibuk menguruskan hal ayamnya itu. Tak habis habis.

"Apa kata minum petang ni kita minum coffee je?" Kesian dia tengok Eif struggle nak potong ayam yang masih keras tu.

Akhirnya lelaki itu mengalah. Satu keluhan terlepas dari bibir Eif. Nak sangat dia buat karipap tu bagi Ifti rasa tapi nak buat macam mana dia dah lupa nak defrost dulu ayam tu.

"Abang beli roti kat cafe depan sana tu jelah. Ifti nak apa?"

Ifti hanya menjongket bahunya. "Abang beli jelah apa apa. Ifti tak kesah."

Eif mengangguk. "Okay. Wait for me, ya?"


Pintu rumah tertutup rapat. Ifti beralih ke ruang tamu. Dia memandang setiap penjuru rumah kondo itu. Di satu sudut rumah itu, ada sebuah rak buku yang tersimpan banyak jenis buku ilmiah, fiction dan majalah.

Ifti membelek setiap buku yang ada. Matanya tertumpu kepada salah satu muka surat depan buku itu.

'Nur Iftiara, you are the stars in my sky, the melody to my heart's song, and the light that brightens my days. Forever grateful for your presence in my life'

                                         Your husband,
                                 
                                       -  Ammar Rifqi -

Tanpa sedar, bibir Ifti terukir senyuman nipis. Dia meletakkan buku itu semula. Kali ini dia tertarik pada sebuah album gambar. Ifti membawanya ke ruang tamu dan duduk di atas sofa.

Rupanya itu album perkahwinan mereka.

Bertunang...

Ijab Kabul...

Resepsi...

Tanpa sedar airmata Ifti menitik.

Setitik...

Dua titik...

"Isk.. Isk.." Ifti mula teresak sendiri. Tangannya bergetar menyentuh gambar gambar yang ada dalam album itu. Terasa sempit dadanya ketika ini.

Kali ini setiap memori seakan laju saja menyerbu ke dalam ingatannya. Ifti sudah mula mengingati hari hari bahagianya bersama Eif 4 tahun lepas. Dia ingat semuanya. Dia yang tentukan tema hari bahagia mereka.

Dari esakkan perlahan bertukar kepada tangisan yang sudah tidak mampu Ifti tahan lagi. Susana di rumah itu sepi dan hanya suara tangisan Ifti sahaja yang kedengaran.

"Abang... Ifti dah ingat.."



"Though time may have dimmed your memory, the love we shared still lingers in the air, like a timeless quote etched in our hearts."

TBC



Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now