Bab 8

71 8 0
                                    

KAFETERIA agak sibuk pada waktu makan tengahari. Eif menarik Ifti ke satu sudut yang masih ada ruang untuk mereka.

Badan Ifti mengeras. Dah kenapa mamat ni pegang aku? Tak tahu haram ke? Haram! H.A.R.A.M!

Tapi semua itu hanya terluah dalam hati. Entah kenapa bibirnya seakan terkunci dengan perlakuan Eif yang menyentuh tangannya tanpa lapik.

Eif lepaskan pegangannya pada tangan Ifti sebelum dia ambil tempat di hadapan Ifti.

"Nasib baik masih ada tempat. Ifti nak makan apa?" Soal Eif tepat kearah Ifti.

"Err... Apa - apa aje. Saya tak memilih sangat." Balas Ifti agak kekok.

Eif angguk lalu berdiri. Sebelum sempat dia berlalu Ifti menahannya dan memberikan duit untuk makanannya.

"Simpan duit awak. My treat."

Usai berkata Eif meneruskan langkah. Ifti hanya mampu melihat Eif dari kejauhan. Dalam masa yang sama hatinya seakan berbunga dengan layanan Eif.

Gentleman.

Kepalanya berdenyut tiba-tiba. Ifti memejam matanya sambil memegang kepala sendiri.

"Ifti nak selalu di sisi abang."

"Abang pun nak selalu di sisi sayang. Selamanya."

Gigi diketap kuat melawan sakit kepalanya yang semakin mencengkam. Ifti memejam matanya serapat yang mungkin.

Eif yang kembali bersama makanan mereka terkejut. Lantas dulang berisi makanan diletakkan atas meja lalu dia mendekati Ifti.

"Ifti! Awak okey tak ni? Kenapa?" Gusar Eif yang melihat keadaan Ifti itu.

"Eif... Awak siapa sebenarnya..?" Ifti membuka matanya perlahan. Ketika itu pandangan mereka bersatu. Eif terkedu sendiri.

Selepas itu Ifti seakan kembali tersedar. " Maaf, Eif. Saya tak tahu kenapa saya boleh tanya awak ni siapa."

"... Saya kerap nampak bayangan lain bila dengan awak. " Terkunci mulut Eif mendengar.

"Hmm awak belikan saya apa tu?"

Laju saja Ifti menukar topik apabila melihat perubahan wajah Eif.

"Saya beli nasi goreng ayam je untuk awak and soya bean."

"Thanks, Eif."


*skip


"Korang buat apa kat sini?"

Terkejut Ifti dengan kehadiran kawan-kawannya yang lain itu yang paling mengejutkan Sean juga ada sekali di situ.

What?!

Ifti menyiku lengan Rina beberapa kali ketika yang lain melihat keadaan Dato' Imran.
"Sean buat apa kat sini?" Bisik Ifti perlahan.
"Dia kata nak jenguk sekali. Kitorang bagi ajelah dia ikut sebab dia pun kawan kita kan."

Ifti membulatkan bibir 'ouh' tanda faham.

DARI kejauhan Eif memerhati orang orang yang berada di dalam wad peribadi itu.

Antara ramai ramai di situ, Eif sangsi melihat seseorang yang belum pernah dia lihat bersama Ifti pun sebelum ni.

Siapa?

Setahunya satu satunya lelaki yang sering bersama Ifti cumalah Zarif. Jadi siapa pula lelaki cina ni?

Ifti mendekati Eif yang seakan sedang memikirkan sesuatu itu. Berkerut saja dahi bodyguard bukan upahannya tu. Amboi.

"Termenung apa? Berkerut aje dahi tu." Ifti menegur. Eif hanya menggeleng kepalanya. 'Biarlah dulu hal lelaki tu.'

"Awak okay tak ni?" Ifti masih lagi memandangnya risau. Eif berikan senyuman.

"I'm okay, Ifti. Penat sikit kot."

"Rehatlah dulu. Awak mesti dari pagi tadi lagi kat sini jaga papa saya. Takpe. Awak rehat dulu." ujar Ifti bersimpati.

"Tak apa, Ifti. Benda biasa je." Balas Eif pula. Ifti hanya mampu mengangguk.


.......................



"MAY I know you?"

Langkah Sean terhenti. Dia berpaling melihat gerangan orang yang menegurnya. Eif sedang berdiri memandangnya tanpa lepas. Sean memberikan senyuman.

"Nobody. Cuma kawan baru Ifti." Balas Sean bersahaja.

"Kenal Ifti bila?

"Today."

" And you say that you are her friend?"

"Why not? Ifti takde objection pun? Do you have any problem with me?"

Diam. Eif melepaskan keluhan perlahan sebelum kembali memandang Sean.

"Sorry about that. I'm just being protective  cause she's my client." Ujar Eif. Sean hanya senyum. " No problem. It's your duty, right?"

Sean menepuk bahu Eif beberapa kali sebelum meninggalkan Eif sendirian di situ.

Mata Eif hanya menyoroti pemergian Sean. Telefon yang berada di kocek seluarnya dikeluarkan.

"Khai, tolong check profile nama Sean. Aku nak tahu details lengkap pasal dia."



Skip**



"Nama dia Sean Lee. Takde record jenayah atau sebarang maklumat mencurigakan. Semua okay. Just ordinary person yang sambung belajar dalam bidang sains computer and info baru aku dapat dia sekarang tengah further study kolej yang sama dengan Ifti."

Panjang lebar penerangan Khai. Eif meneliti gambar Sean yang berada dalam fail itu. Entah kenapa dia rasa Sean ada sembunyi kan sesuatu.

"Dude, kau okay ke tak ni? Dato' Imran tadi macam mana?" Khai duduk dihadapan Eif.

"Dato' Imran stabil. Tapi aku musykil dengan lelaki ni. Aku tak tahu kenapa." Ujar Eif meluahkan kerisauannya.

"Aku rasa dia takde niat buruk pun. InsyaAllah. Kita Sama Sama jaga Ifti." Kata kata Khai sedikit sebanyak meringankan beban yang digalas Eif.

"Aku risau. Aku tak nak perkara dulu berulang semula. Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi. Cukuplah aku hilang baba dan atuk aku dulu."

"Eif.. InsyaAllah semua okay. Sekarang ni kita fokus Cara nak tahu dalang sebenar yang cuba hancurkan keluarga korang ni. Kita orang ada dengan kau Eif. Jagan risau."

Eif tersenyum senang. Baru saja hatinya tenang sedikit telefonnya berdering.

"Hello?"







TBC

#Holaaaaaaaa. Sorry guys baru nak update. Sebab busy family gathering. Sis akan cuba lebih consistent lepas ni. Btw, enjoyyyyy.




Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now