Bab 25

30 6 0
                                    

EIF memandu keretanya menuju ke kampus Ifti. Dalam fikirannya masih lagi bermain dengan rancangan Yusry tadi.

Flashback...

"Tan Sri Mansor dengan Sean tu licik. Kita boleh sumbat mereka dalam penjara tapi dengan cara kita ada bukti jenayah yang diorang lakukan dan aku cuma boleh berharap dekat kau sekarang ni." Eif pandang Yusry. Lama Eif berfikir.

"Guna aku sebagai umpan. Aku tahu diorang takkan lepaskan aku walaupun diorang dapat Ifti. So, guna aku sebagai umpan untuk dapatkan bukti yang kau nak."

"Eif, takkan kau nak jadi umpan..."

"Aku yakin, Yus. Rancangan ni akan berjaya." Yusry mengeluh perlahan. Akhirnya dia bersetuju.

"Baiklah. Aku akan hantar sorang polis under aku yang paling aku percaya untuk misi ni. Rancangan dia macam ni, orang aku ni akan bagitahu Tan Sri Mansor cara untuk tangkap kau. Kau kena ready dengan segala kemungkinan. Jangan risau. Team aku akan standby dekat location tu."

"Kau setuju?"

Lama Eif berdiam sebelum akhirnya dia menjawab. "Anything. Asalkan dua orang bangsat tu dibawa ke pengadilan."

End Flashback....

Kuat hatinya mengatakan jika Ifti tahu soal itu isterinya itu mesti takkan benarkan dia buat semua tu. Tapi apa lagi cara yang dia ada?

Eif mengeluh.

Namun, dia pantas mengubah ekspresi wajahnya setelah matanya menyapa wajah penat Ifti yang menunggunya di depan gate universiti.

"Assalammualaikum, hai abang." Ifti masuk ke dalam kereta. Eif senyum lalu menghulurkan tangan kanannya kepada Ifti. "Waalaikumussalam sayang."

Ifti pantas menyambut lalu dikucup penuh hormat tangan suaminya itu.

"Kelas okay?" Soal Eif. Ambil berat.

"Okay. Cuma biasalah. Sunyi je." Terluah juga rasa hati yang ditahan sepanjang hari itu.

"Rina masih tak nak dengar apa yang sayang nak cakap?"

Ifti menggeleng.

Eif memulakan pemanduan. Sebelah tangan mengemudi stering sebelah lagi menggenggam erat jemari Ifti.

"Suatu masa nanti Rina akan tahu, sayang. Abang tak suka tengok Ifti sedih sedih macam ni."

Ifti pandang Eif yang fokus memandu. "Abang, boleh tak kalau Ifti nak jenguk ibu?"

"Maksud sayang nak balik rumah ibu kat kampung ke?" Ifti mengangguk laju. Eif melihat kearah Ifti sekilas sambil tersenyu. "Boleh sayang. Jumaat ni kita balik."

"Eeiii tak sabarnya!" Gembira Ifti. Seketika dia terlupa dengan masalahnya.

.......................


Setelah beberapa hari mencuba untuk menghubungi Sean, akhirnya Sean mahu untuk berjumpa dengannya. Rina berdandan cantik untuk menarik perhatian Sean.

Rina menanti Sean penuh sabar di salah satu cafe yang ada di dalam mall itu. Sean mendekati Rina bersama senyuman manis.

"Dah lama tunggu?" Tanya Sean lalu duduk dihadapan Rina.

"Baru je. Sean, thanks sebab sudi nak jumpa I."

"I minta maaf sebab putuskan hubungan kita sebelum ni Rina. I sedar yang I takkan dapat perempuan macam you lagi kalau I lepaskan you. Kita getback?" Manis kata kata Sean. Rina terharu. Memang itu yang dia hendak selama ni!

"Before that, boleh temankan I ke kereta tak? I nak bagi you something tapi lupa nak bawa tadi."

"Sure." Rina bersetuju tanpa ragu.

Mereka beriringan keluar dari cafe itu dan menuju ke lif. Sean sengaja memarkir keretanya jauh dari kereta yang lain.

Kunci kereta dibuka. Sean menyuruh Rina untuk lihat ke tempat duduk memandu.

"Kat mana, Sean? I tak nampak p.... Hump!!" Mulut Rina ditekup dari belakang. Lalu dia ditolak masuk secara paksa ke tempat duduk belakang.

"Kunci pintu tu! Jangan bagi dia lari!" Kedengaran jelas suara Sean memberi arahan.

Orang yang memegang Rina pantas menutup mata Rina menggunakan kain. Rina membentak, cuba untuk lari.

"Diam, betina!"

Pipi Rina ditampar kasar. Berdesing telinga Rina. Rina menangis merayu untuk dilepaskan.

"Buka mulut dia." Arah Sean.

Kain yang diikat pada mulut Rina dilepaskan. Rina memaki hamun Sean.

"Kau nak buat apa kat aku ah?! Lepaskan aku, jantan tak guna!!" Pekik Rina.

Sean ketawa.

"Kau yang merayu aku kenapa sekarang kau nak marah kat aku? Kau yang serah diri kau kat aku. Bukan aku tau. By the way, kau kena buat something untuk aku. Kalau kau tak nak, kau boleh pilih nak aku kubur kau kat mana." Berderau darah Rina mendengar kata kata Sean.

Ini bukan Sean yang dia kenal!

"Kenapa kau buat aku macam ni, Sean? Apa salah aku?! Ke... Ifti yang arahkan kau kan?"

"Boleh tahan bodoh juga kau ni kan? Macam mana lah kau boleh tuduh kawan baik sendiri sampai macam tu sekali? Okay lah. Aku yang hantar gambar gambar tu dekat kau. Kau nak tahu kenapa? Sebab sebelum ni aku rasa 'khidmat' kau dah tak aku perlukan. Rina, kau boleh percaya aku cintakan kau?" Sean ketawa lagi kali ini lebih keras.

"Aku cuma pergunakan kau untuk dapat aku boleh sentiasa dekat dengan Ifti! Supaya aku boleh bunuh dia! Tapi rupanya kau pun tak berguna!"

Mendengar cemuhan Sean, Rina sudah menangis teresak esak. Kini, barulah dia menyesal dengan apa yang jadi antara dia dan Ifti.

"Sean... Lepaskan aku. Aku janji aku takkan buka mulut pasal ni. Please..." Rayuan Rina tidak diendahkan.

"Tutup mulut betina tu! Bingit!" Arah Sean. Serentak lelaki yang sentiasa dekat dengan Rina mengikat semula mulut Rina menggunakan kain.

Kereta yang dibawa oleh Sean sudah keluar dari Kuala Lumpur dan menuju ke destinasi yang bakal menjadi saksi kematian waris Dato' Imran tidak lama lagi.

"In the garden of our love, even the most beautiful roses have thorns, but we choose to hold them together, for the pain is a reminder that we are still blooming in the same soil of our shared journey."

- Ammar Rifqi -


TBC

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now