Bab 14

30 6 0
                                    

YUSRY keluar dari bilik wad yang menempatkan pekerja di rumah Ifti. Eif yang setia menunggu di luar pantas mendapatkannya.

"So?"

"Security breach. Ada sorang lelaki ni serang dia dan cuba untuk bunuh dia tapi disebabkan dia bertindak mempertahankan diri, tikaman tu cuma kena tepi badan dia. Jauh dari perut dan organ penting yang lain." Jelas Yusry hasil soal siasat tadi. Eif mengangguk faham.

Yusry, pegawai polis yang handle kes ni merangkap kawan baiknya.

"I'm pretty sure you're aware about this situation, Eif. Aku nasihatkan korang pindah buat sementara waktu ke tempat yang lebih selamat." Usul Yusry.

Eif pandang Yusry. "I know. Aku tengah fikir macam mana nak bagitahu Ifti pasal ni."

"Kau tak bagitahu hal sebenar lagi ke, Eif? Dia tak tahu lagi kau suami dia?" Pertanyaan Yusry dijawab dengan gelengan. "Masha Allah, Eif."

"Aku tahu Yus. Susah aku nak protect dia bila dalam keadaan macam ni. She's clueless! Tambah lagi dia kerap mimpi buruk pasal insiden lepas."

"Aku tak nak dia bertambah sakit. Aku tak sanggup tengok dia sakit lagi macam sebelum ni."

"Habis tu kau sanggup tengok dia dalam ketakutan yang dia sendiri tak ingat apa yang jadi? Lambat atau cepat dia kena hadap juga fobia tu.." kata kata Yusry menyentak Eif.

"Lagipun kau rindu dekat dia kan? Aku faham Eif perasaan kau tu. Merindui orang yang kita sayang walaupun jasad dia ada depan mata tapi dia bukan lagi yang dulu."

"Gunakan masa yang kau ada ni untuk kembali kan dia. Okaylah, aku kena gerak balik balai dulu. Apa apa perkembangan aku inform dekat kau."

"Okay, bro. Thanks." Yusry senyum sebelum berlalu pergi. Eif melepaskan keluhan perlahan.



.......................



Bunyi kaca pecah diluar rumah mengejutkan mereka. Ricky dan Xin menjengah ke luar bersama senjata mereka.

"Stay here." Pesan Ricky kepada yang lain.

Xin sudah mendahului Ricky keluar dari rumah mencari punca bunyi kaca pecah.

"Ricky! Sini!"

Xin mengambil batu yang dibungkus menggunakan kertas dari dalam kereta. Cermin kereta itu pecah disebelah belakang.

Ricky menghampiri Xin lalu membuka bungkusan kertas itu. Tidak lama kemudian mereka berpandangan sesama sendiri.



HIDE AND SEEK GAME. YOU HIDE AND I'M SEEKING FOR YOU.

EIF merengus. Keratan kertas itu direnyuk lalu digenggam erat.

"Siapa punya kerja ni?"soal Ifti yang hanya memerhati sejak tadi.

Hanya mereka berdua saja ketika ini di bilik kerja Dato' Imran. Eif memandang Ifti.

"Ifti, awak tak kisahkan kalau ada kelas tambahan lepas ni?" Berkerut dahi Ifti. Kelas apa pula ni?

"Kelas apa?"

"Saya nak ajar awak basic. Senang je." Eif keluarkan telefon pintarnya.

"Khai, tolong hantar kick boxing punya equipments. Nanti aku hantar address rumah. Hantar juga dua tiga orang budak kita kat sini. Hantar je sesiapa nanti aku cerita kat kau apa jadi. Okay. Thanks, bro." Panggilan ditamatkan. Eif memandang Ifti semula.

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now