Bab 22

36 6 0
                                    

Pintu dikuak dari luar. Cepat cepat Ifti mengelap airmatanya sendiri. Eif masuk ke dalam rumah bersama plastik berisi roti dan swiss roll cake.

"Menu minum petang dah ada!" Gembira Eif tunjukkan plastik itu dihadapan Ifti. Ifti paksa diri untuk mengukir senyuman. "Abang, Ifti nak hot chocolate macam selalu boleh?"

Eif terpaku seketika. Bukan sebab permintaan Ifti tapi sisa airmata di pipi mulus itu.

Dia menangis?

"Boleh. Sayang duduk je dulu. Abang hidang jap lagi." Ujar Eif tidak mahu memaksa Ifti untuk membuka mulut untuk memberitahunya. Baginya, kalau Ifti nak bagitahu dia, dia akan dengar.

"Sayang abang," ucap Ifti. Suaranya lebih ikhlas dari sebelum ni.

Eif tersentak. Kalau dulu memang itu adalah perkataan wajib yang Ifti ucap untuknya tapi bukan isteri dia tak ingat lagi ke?

.......................

SEMINGGU berlalu. Ifti keluar dari perkarangan kolej lebih awal dari sepatutnya. Poket seluarnya diseluk untuk mengambil telefon pintarnya.

"Aduh! Bateri kong lah pulak! Zarif mana ada hari ni. Nak call abang pun tak dapat." Ifti melepaskan keluhan berat.

"Ifti,"

Satu suara yang menegurnya dari belakang membuatkan Ifti terkejut. Sean berdiri bersama beberapa buah buku ditangannya. Lelaki itu memberikan senyuman lebar kepada Ifti.

"Oh.. Hai Sean. Buat apa kat sini?" Ujar Ifti sambil memerhati sekeliling jika ada bayang Rina sekali.

"Nak balik. Ifti dah habis kelas ke?"

"Dah. Nak balik juga ni. Hmm... Rina mana? Tak nampak pun."

"Rina ada kelas lagi. By the way, kalau takde siapa yang ambik awak saya boleh tumpangkan." Pelawa Sean.

Mendengar pelawaan Sean, Ifti terus saja bersetuju sebab dia memang nak cepat sampai rumah. Ifti mengangguk setuju.

"Jom!"



Skip*


EIF baru saja selesai meeting bersama client untuk urusan pengambilan bodyguard. Dia keluarkan telefon pintarnya dari poket seluar slack hitamnya. Nombor Ifti cuba untuk dihubungi namun terus saja masuk ke dalam voicemail.

"Dia ke mana?" Kata Eif pada diri sendiri.

"Eif!" Khai menepuk bahunya perlahan.

"Asal?"

Khai tidak menjawab. Dia hanya memberikan saja fail hitam itu kepada Eif. Eif menggaru keningnya perlahan sambil memandang fail yang berada ditangannya ketika ini.

"Fail apa ni?"

"Kau baca sendiri, Eif. Aku cuma boleh tolong kau setakat ni je. Tapi apa pun yang kau tahu lepas ni aku harap kau tabah and jangan cepat melatah, okay?"

"Asal ni?" Eif menyelak isi kandungan fail itu.

Terdapat beberapa gambar CCTV yang diambil 4 tahun lepas di sekitar lokasi terakhir Tan Sri Amirullah dan Dato' Amsyar berada. Eif selak lagi. Dalam gambar CCTV itu jelas kelihatan seorang lelaki tinggi meniarap ke bawah kereta yang dinaiki oleh keluarga Eif. Di tepi kereta kelihatan tool box yang berisi beberapa peralatan lain.

"Kau... Kau dapat gambar ni dari mana?" Mendatar suara Eif.

"Aku ada kawan kat England. Dia tolong aku cari dan restore data berkaitan dengan kemalangan keluarga kau 4 tahun lepas dan dia berjaya dapatkan salinan CCTV dekat lokasi terakhir kereta ni berhenti." Jelas Khai.

Eif terdiam. Dia membaca laporan yang selama ini dia tidak pernah nampak. Kes keluarganya itu selama ini ditutup dan hanya diisytihar sebagai kemalangan biasa.

"The initial examination of the brake system revealed unusual marks on the brake lines. Upon further inspection, we discovered the brake lines had been deliberately cut. The brake failure was not due to wear and tear; it was a deliberate act to cause this tragic accident."

Bergetar tangan Eif memegang report sebenar kemalangan 4 tahun lepas.

"Jadi official report yang polis bagi dekat aku 4 tahun lepas tu tipu lah kan?" Eif mengetap giginya kuat. Menahan amarah.

"Ada orang yang dah bayar polis polis tu untuk tutup pasal kes ni. Dorang buang rekod investigation dari forensik ni dan kata ia cuma kemalangan biasa." Tambah Khai.

Eif jatuh melutut. Tangannya masih menggenggam erat kertas itu. Khai berusaha untuk menenangkan kawannya itu.

"Aku... Aku tak tahu, Khai..."

"Kuatkan semangat kau, Eif. Kita cuba fight balik untuk buka kes ni balik."



........................



"Kita dah sampai."

Ifti terkedu seketika. Dia sudah mula merasakan sesuatu tidak kena dengan Sean. Macam mana Sean boleh tahu dia tinggal di mana sekarang?

Lambat lambat tangan Ifti membuka seatbelt lalu keluar dari kereta itu. Dia cuba berlagak biasa dihadapan Sean.

"Thanks, Sean." Ucapnya sedikit mendatar.

"Most welcome. Hati hati." Sean memberikan senyuman manis kepada Ifti namun Ifti merasakan senyuman tu menakutkannya.

Lutut yang menggeletar digagahi juga untuk melangkah ke lobby utama kondominium. Access card dikeluarkan untuk dia access lift naik ke tingkat rumahnya.

Di dalam fikiran Ifti ketika ni cuma Eif saja!

Masuk saja dia dalam rumah, Ifti terus terduduk diatas lantai. Lututnya masih lemah dan menggeletar. Telefonnya dikeluarkan. Niat untuk mengecas telefon pintarnya itu namun cepat cepat Ifti matikan niatnya.

Ifti capai telefon rumah. Dia mencari nombor Eif di dalam list yang dilekat atas meja bagi memudahkan Ifti.

"Abang... I'm scared."




Skip....




RINA mengeluh perlahan setelah keluar dari kelas. Penat!

Ping!

Rina unlock skrin utama telefon pintarnya dan melihat WhatsApp yang dihantar oleh nombor tidak dikenali.

'Kawan kau ada affair dengan Sean.' - Unknown

Gambar yang dihantar kepada Rina itu adalah gambar Ifti duduk berdua di dalam kereta dengan Sean dan beberapa lagi gambar seperti Ifti berbual mesra dengan Sean.

Rina mengetap giginya menahan sakit hati. Ifti khianati dia!

"Memories can be both a tender embrace and a relentless blade, carving the heart with the pain of what once was."

TBC


Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now